Penyakit panau pada badan memang sering buat lelaki stres. Nak berlenggeng (tidak memakai baju) pun rasa malu bila badan penuh dengan panau. Silap haribulan orang takut nak dekat. Mana tidaknya, badan penuh dengan tompok-tompok putih ataupun tompok kemerahan.
Sebelum nak atasi dengan 6 cara ini, pastikan anda ambil tahu punca-punca terjadinya panau agar mudah untuk anda mengelak ataupun merawatnya.
Kalau dibiarkan lama dan tidak dirawat, panau pada badan akan menjadi sebati dengan kulit kita sehingga boleh mengganggu tahap keyakinan diri walaupun ia muncul di tempat yang tersorok.
Jadikan seperti masker dan letakkan pada kulit berpanau setengah jam sebelum dibersihkan. Lakukan sekerap mungkin sehingga berhasil.
Anda boleh menggunakan bawang putih kerana ia bersifat anti kulat. Boleh digosok pada kulit berpanau ataupun makan secara mentah jika anda mampu tahan dengan baunya. Lakukan dengan sekerap mungkin.
Boleh gunakan yogurt asli ataupun yogurt yang tidak berperisa untuk dijadikan sebagai masker di bahagian yang berpanau. Ini kerana yogurt adalah agen terbaik untuk mematikan kulat ataupun yis.
Boleh gunakan limau bersama kapur dan sapukan pada kulit yang berpanau selepas mandi. Limau boleh menormalkan pH kulit.
Sekerap mungkin mandi selepas badan anda berpeluh. Elakkan daripada berkongsi baju ataupun tuala yang lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat (yis).
Paling penting, kulit yang berpanau menunjukkan sistem imum badan lemah. Sangat disarankan untuk mengambil vitamin C, Alfalfa, Herbal Blend Cream dan Garlic untuk menguatkan sistem pertahanan badan.
Sumber: Azeni Ahmad