Penyakit panau pada badan memang sering buat lelaki stres. Nak berlenggeng (tidak memakai baju) pun rasa malu bila badan penuh dengan panau. Silap haribulan orang takut nak dekat. Mana tidaknya, badan penuh dengan tompok-tompok putih ataupun tompok kemerahan.
Sebelum nak atasi dengan 6 cara ini, pastikan anda ambil tahu punca-punca terjadinya panau agar mudah untuk anda mengelak ataupun merawatnya.
PUNCA PANAU PADA BADAN
- Sistem imun badan yang rendah menyebabkan mudah berlakunya jangkitan kulat ataupun yis pada kulit.
- Selalu memakai pakaian yang lembap ataupun basah. Contohnya memakai baju yang baru dijemur di ampaian sebelum baju kering secukupnya. Ataupun memakai pakaian yang baru sahaja dijemur dan masih dalam keadaan panas.
- Dalam keadaan badan ‘panas’ yang baru lepas melakukan aktiviti, terus membasuh muka ataupun mandi. Berlawanan suhu panas dan sejuk menyebabkan terjadinya bakteria pada kulit badan.
- Mempunyai jenis kulit yang berminyak.
- Kurang menjaga kebersihan diri.
- Membuang kalenjar adrenal
Kalau dibiarkan lama dan tidak dirawat, panau pada badan akan menjadi sebati dengan kulit kita sehingga boleh mengganggu tahap keyakinan diri walaupun ia muncul di tempat yang tersorok.
6 CARA RAWAT & HILANGKAN PANAU PADA BADAN
1. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana (sandalwood powder)
Jadikan seperti masker dan letakkan pada kulit berpanau setengah jam sebelum dibersihkan. Lakukan sekerap mungkin sehingga berhasil.
2. Bawang putih
Anda boleh menggunakan bawang putih kerana ia bersifat anti kulat. Boleh digosok pada kulit berpanau ataupun makan secara mentah jika anda mampu tahan dengan baunya. Lakukan dengan sekerap mungkin.
3. Yogurt
Boleh gunakan yogurt asli ataupun yogurt yang tidak berperisa untuk dijadikan sebagai masker di bahagian yang berpanau. Ini kerana yogurt adalah agen terbaik untuk mematikan kulat ataupun yis.
4. Limau & kapur
Boleh gunakan limau bersama kapur dan sapukan pada kulit yang berpanau selepas mandi. Limau boleh menormalkan pH kulit.
5. Jaga kebersihan diri
Sekerap mungkin mandi selepas badan anda berpeluh. Elakkan daripada berkongsi baju ataupun tuala yang lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat (yis).
6. Ambil vitamin
Paling penting, kulit yang berpanau menunjukkan sistem imum badan lemah. Sangat disarankan untuk mengambil vitamin C, Alfalfa, Herbal Blend Cream dan Garlic untuk menguatkan sistem pertahanan badan.
Sumber: Azeni Ahmad
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI