Kesihatan

PANAS BARAN Membawa Padah, 10 Tip Atasi Perasaan Amarah Ini

Share

Panas baran yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Perkara sekecil kuman pun boleh jadi besar! Kemarahan yang tidak terkawal boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan dan hubungan anda. Maka, anda perlu atasinya agar tidak merebak lebih teruk sikap panas baran dalam diri.

Untuk hidup yang lebih bahagia dan tenang. Ikuti ini:

1. Ambil masa bersendirian

Bila anda rasa ingin meletup, cuba ambil masa bersendirian, jauh daripada orang sekeliling selama 10 hingga 15 minit, cuba tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.

2. Bila rasa tenang luahkan

Sebetulnya penting untuk anda tenang, tidak kisahlah dalam apa jua situasi sekalipun perlu anda rasa tenang. Hal ini kerana, jika anda tidak tenang nescaya anda rasa panas dan tidak tenteram, anda jadi kusut dan tidak tentu hala. Bila sudah tenang, luahkan apa yang terpendam dalam hati.

3. Senaman ringkas

Jika anda rasa panas naik perlahan-lahan, cuba pergi berjalan atau berlari, atau luangkan masa lakukan aktiviti fizikal kegemaran anda, jika perlu ke gim. Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia otak yang boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang.

4. Fikir sebelum cakap

Kita selalu dengar perumpamaan ‘fikir sebelum cakap’, hal ini penting kerana takut nanti anda menyesal tak sudah pula, kalau boleh fikirkan dulu apa yang anda ingin katakan, jangan main serkap jarang.

5. Cuba selesaikan masalah seboleh mungkin

Sebagai contoh jika bilik abang anda terlalu kotor, cuba tidak memasuki atau datang ke bilik tersebut, jika pinggan mangkuk langsung tidak dibasuh, ringankan tulang membasuhnya. Kiranya lebih baik anda selesaikan terus masalah anda daripada mengamuk. Sentiasa ingatkan diri bahawa mengamuk hanya mengeruhkan suasana sahaja. Tetapi kalau dah kerap sangat mereka melakukan kesilapan yang sama, lebih baik bersemuka tapi kena ada caranya, jangan serkap jarang okay.

6. Sentiasa gunakan ‘I Statement’ bila selesaikan masalah

Sebelum menuding jari kepada orang lain yang hanya keruhkan suasana – baik gunakan ‘I statement’ dalam ayat anda. Sebagai contoh, ‘Awak langsung tak buat kerja rumah’ tukar kepada ‘Saya kecewa awak tinggalkan meja begitu sahaja tanpa tawarkan bantuan pada orang lain’. Cuba gunakan ‘I Statement’ sebaik mungkin.

7. Jangan berdendam

Walau susah sekalipun cuba untuk maafkan individu tersebut. Jangan berdendam kerana ianya hanya akan menyakitkan hati anda sahaja. Jika anda maafkan individu tersebut, ia mengkin suatu pengajaran di masa hadapan jika berdepan dengan masalah sebegini lagi. Anda boleh sentiasa beringat!

8. Latih diri lakukan kemahiran tenangkan diri

Sebagai contoh, bila rasa panas sahaja cuba katakan ‘take it easy’, ‘mengucap Ashtagfirullah’, tarik nafas dalam, urut dada atau anda boleh cuba dengar muzik yang tenang dan nyaman. Orang kata senaman seperti yoga baik untuk ketenangan diri, jadi cuba amalkan.

9. Minta bantuan

Jika tidak boleh juga, hadirkan diri ke kaunseling ataupun terapi bagi baiki masalah panas baran anda. Yang paling penting, sentiasa berdoa pada-Nya.

10. Perlu ada sifat sense of humor

Anda perlu ada sifat sense of humor agar hidup tidak stress. Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi apa yang membuatkan anda marah. Cuba elakkan sindiran, ia hanya akan menyakitkan perasaan dan membuat keadaan lebih teruk.

Kawal amarah okay!

Published by
Nana