
Siapa tak kenal dengan penyanyi bersuara lunak kesayangan ramai ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang kini makin berseri-seri menunggu kelahiran puteri tersayang. Beliau juga banyak mengharumkan nama negara maka tidak hairanlah beliau masih kekal diminati setelah 2 dekad dalam industri.
Menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, penyanyi bertaraf living legend ini menerima kejutan apabila seorang peminatnya dari bumi Brazil mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Tak sangka kan sejauh itu pengaruh Tokti sampai?
Minat sejak dengar Kesilapanku Keegoanmu
Repost Dari Datuk Seri Siti Nurhaliza
Peminat yang menggunakan nama Philoso membuat ucapan selamat berkenaan menerusi Twitternya. Tambahnya, dia mula meminati penyanyi ini selepas pertama kali mendengar Kesilapanku Keegoanmu. Lagu berkenaan merupakan salah sebuah lagu dari album Siti Nurhaliza II yang diterbitkan pada 1997! Lama sangat dah minat ni!
Tambah menarik apabila Philoso mengatakan dia sentiasa membawa Siti di hati dan kulitnya. Buktinya, dia siap membuat cacahan tatu wajah Tokti di lengannya! Memang fanatik habis ni!
Suara paling indah di dunia
Peminat Singapura kongsi kisah mula minati Siti
Netizen kagum dengan tatu “Siti”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenapa Wanita Berusia 30 Hingga 45 Menjadi Pilihan Lelaki Muda?

Lebih Penyanyang
- Lebih berusia bermakna lebih matang. Seperti juga buah, lebih tua lebih manis. Cara layanan dan kasih sayang yang ditunjukkan juga sedikit berbeza dari wanita yang lebih muda. Wanita begini lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Ciri-ciri tersebut mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki yang tercari-cari layanan seperti ibunya sendiri.
Lebih cool
- Wanita berusia lebih tenang. Berbual dengannya terasa nyaman. Harus ingat, lelaki lebih suka jika masalahnya didengari dan dibantu dari mendengar bebelan yang boleh menyesakkan lagi kepala. Wanita berusia dan matang kebiasaannya adalah PENDENGAR yang terbaik.
Mudah di bawa berbincang
- Seorang wanita yang boleh mendengar dan membantu menyelesaikan suatu masalah tanpa melibatkan emosi, ini bermakna dia seorang yang mudah dibawa berbincang.
Terpaut Bila Berdamping
- Hampir kesemua lelaki tidak akan mengaku suka wanita berusia. Pada asalnya TAKNAK pun ngurat tetapi lama kelamaan muncul pula rasa sayang bila sentiasa bersama. Perhatiannya, kelembutannya, cara layanannya boleh membuatkan diri terawang-awang angau.
Pandai Bermanja
- Melayan seperti anaknya sendiri. Kebiasaannya layanan begitu yang diberikan wanita berusia kepada pasangannya yang lebih muda. Sentiasa memanjakan lelaki. Ingat, dimanja dan disayangi adalah dua perbuatan yang lain maksudnya. Jangan menolak jika suami atau pasangan meminta anda memotong kukunya walhal dia boleh melakukan sendiri. Itu tandanya dia ingin dimanjakan. Lelaki bila rasa dimanja maka kasih sayangnya terhadap pasangan lebih teguh. Antara permintaan lelaki yang sering didambakan dari pasangan:
- Pasangan memberi usapan di kepala tatkala dirinya sedang memandu kereta
- Memeluknya dari belakang sewaktu dirinya sedang asyik melakukan pekerjaan
- Pasangan tidak menolak setiap kali lelaki merapatkan tubuhnya tanpa melibatkan seks
- Disediakan pakaian untuk dipakai
- Ada segelintir lelaki ingin rambutnya disikat oleh isteri setiap hari. Wow!
- Terasa dimanja apabila pasangan memarahinya seperti ibu tentang perkara yang remeh.
Wanita 30-45 Mempunyai Kecantikkan Tertinggi Dalam Hidupnya
- Ini fakta yang harus diakui. Wanita lebih cantik apabila diusia begini. Kecantikkannya lebih menyerlah dan dilihat bijak memilih fesyen tersendiri.
Lebih Pandai Melayan Lelaki Di Ranjang
- Jangan perlekehkan kebolehan wanita berusia apatah lagi yang pernah berumahtangga. Selain matang, wanita yang pernah berkahwin lebih memahami kehendak nafsu lelaki kerana pernah berpengalaman dalam hal begini. Jika lelaki bujang membina kehidupan bersama mereka, ini adalah bonus!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
‘Phewiit’ Amy Search Tawan Annapurna Di Usia 60 Tahun,Perkongsian Dia Buat Kita Teruja Nak Pergi Beb!

Amy Search, penyanyi rock legenda, memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.
Untuk pengetahun Annapurna Base Camp( ABC) merupakan jalur pendakian gunung kedua popular di Nepal, selepas Everest. Selain itu ia juga salah satu daripada tiga puncak tertinggi yang terdapat di pergunungan Himalaya. Jadi kira hebat jugak lah Amy menawan puncak ini di usia 60 tahun.
Ini kita lihat pengalaman yang dikongsikan oleh Amy search sebelum beliau sampai ke puncak gunung ini.
Tidak Putus Asa & Saat-saat Terindah Itu Akhirnya Sampai Jua
Saat ini ABC hanya lebih kurang 200meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku cakap dekat Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dan Loe beri gloves untuk aku pakai. Loe terus jalan dulu untuk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan.
Jika sblom ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.
Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah
A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bergelar Bapa Bukan Alasan Langsung Tidak Bersenam_Radin Suwardi

“Minatnya yang mendalam terhadap membina fizikal yang ideal menjadikan saya mula cenderung untuk melangkahkan kaki ke gimnasium setiap hari. Meski saya sibuk menguruskan kerjaya sebagai Quality Team Leader di Subang Airport, saya tetap memberikan ruang dan masa untuk diri sendiri melakukan latihan dan senaman setiap hari. Bagi saya itu bukanlah suatu alasan untuk tidak menjaga kepentingan kesihatan yang semangnya memberi manfaat kepada tubuh badan kita.
Saya bermula pada tahun 2012 ketika itu saya cuma berhasrat untuk mengekalkan berat badan sahaja. Namun, apabila minat itu muncul ia cenderung untuk saya terus bergiat aktif di dalam bidang aestetik dan kecergasan. Saya mula memasuki pertandingan pada tahun ini dan berjaya memasuki top 20 untuk pertandingan Muscle Chef. Buat masa ini, saya juga mula melakukan kerja separuh masa sebagai jurulatih peribadi untuk mereka yang memerlukan latihan intensif.
MASKULIN : SEBAB MAHU BERUBAH?
Ketika saya sedang melanjutkan pelajaran di kolej, bentuk fizikal saya agak kurus. Namun ketika sudah memasuki alam kerjaya, saya menyedari akan perubahan bentuk fizikal yang semakin membesar. Hal ini mungkin disebabkan faktor tekanan kerja yang menyebabkan saya tidak fokus terhadap kesihatan dan penjagaan diri. Oleh sebab yang demikian saya mula menjejakkan kaki ke gimnasium untuk mengembalikan bentuk fizikal yang lebih fit. Bermula daripada itu, timbul minat dengan bantuan daripada jurulatih peribadi saya untuk meneruskan minat dalam bidang kecergasan. Kesedaran ini membuka mata saya untuk terus membina motivasi diri dan mencetuskan inspirasi kepada orang lain.
MASKULIN : SIAPAKAH MENJADI IDOLA ANDA?
Saya meletakkan Jeremy Brenda dan jurulatih saya sendiri iaitu Amirul Firdaus sebagai sumber inspirasi di dalam bidang kecergasan ini. Hal ini kerana, bagi saya mereka mempunyai figura dan juga fizikal yang cukup sempurna di dalam bidang kecergasan ini. Saya kagum dengan pencapaian yang telah mereka raih sepanjang penglibatan di dalam bidang ini dan sememangnya mereka saya jadikan sebagai idola untuk mencipta kejayaan yang sama.
MASKULIN : APAKAH CABARAN TERBESAR SEPANJANG MENDAPATKAN BENTUK BADAN BEGINI?
Cabaran terbesar saya untuk kekal fit adalah pola pemakanan. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk makan sesuatu yang digemari atau yang diidamkan setiap hari. Namun, untuk mengaspirasikan bentuk badan yang diidamkan dan sempurna sebagai seorang pengamal sukan kecergasan, diet atau pengambilan makanan itu adalah fokus utama yang harus dikawal dan diutamakan. Saya agak sukar untuk menolak makanan yang dihidangkan, namun jika saya terpaksa mengambilnya saya akan gandakan latihan. ‘Cheat day’ juga saya gunakan sebaiknya untuk menikmati makanan yang gemari namun kerja keras dengan latihan yang intensif harus saya lakukan selepas hari tersebut.
MASKULIN : KONGSIKAN MENGENAI RUTIN SENAMAN YANG ANDA LAKUKAN?
Saya mempunyai jadual senaman setiap minggu di mana setiap hari latihan saya mengikut pola yang berbeza agar latihan yang dilakukan menjadi lebih efektif untuk keseluruhan fizikal. Namun kebiasaannya saya akan melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum melakukan ‘weight training’ dan diakhiri dengan kardio. Saya akan menghabiskan masa selama dua jam sehari di sebelah petang selepas pulang daripada tempat kerja. Namun apabila hujung minggu, kebiasaannya saya akan menghabiskan lebih banyak masa di gimnasium untuk lebih fokus kepada latihan yang lebih intensif.
MASKULIN : DIET YANG ANDA AMALKAN?
Meski rutin diet merupakan cabaran besar buat saya, namun jadual pemakanan ini saya amalkan setiap hari demi mencapai bentuk fizikal yang lebih ideal. Saya akan pastikan menu ayam rebus setiap hari bersama nasi basmati. Rutin pemakanan ini berjadual sebanyak empat kali sehari iaitu bermula sarapan pagi. Makan tengahari, minum petang dan makan malam selepas latihan. Di samping itu juga, saya akan selitkan dengan ‘snack’ seperti kacang, buah-buahan, oat dan roti untuk mengalas perut. Saya tidak mengamalkan pengamalan supplement protein kerana saya mendapat bekalan protein secara semula jadi daripada ayam segar yang saya ambil sekilo setiap hari. Saya mahu mengambil sumber makanan secara natural dan bersih untuk disalurkan ke dalam tubuh.
MASKULIN : SEDIKIT TIP KESIHATAN?
Bagi saya, setiap individu yang ingin memulakan latihan kecergasan di gimnasium sememangnya memerlukan jurulatih untuk mengetahui cara dan teknik penggunaan peralatan di gimnasium dan ‘form’ latihan yang lebih sempurna agar latihan yang dilakukan lebih signifikan dan efektif selain mengelakkan sebarang kecederaan akibat kecuaian diri sendiri. Permulaan untuk melakukan latihan sebenarnya tidak perlu untuk menggunakan peralatan dengan berat yang tinggi, malah perlu bermula daripada yang paling ringan. Form perlu lebih betul untuk memastikan progres mahupun perjalanan latihan lebih sempurna.
MASKULIN : NASIHAT
Usah malu untuk bertanya kerana sering bertanya soal teknik dan panduan latihan sememangnya memberi impak yang positif buat diri anda. Hal ini kerana, latihan yang perlu dilakukan setiap hari memerlukan panduan daripada mereka yang lebih berkemahiran dan tinggi pengalaman di dalam bidang ini. Tidak salah jika perkongsian ini disebarkan kepada semua individu agar berkeyakinan dan bermotivasi tinggi untuk berubah ke arah kebaikan dan pengamalan gaya hidup yang lebih sihat.
GAMBAR : INSTAGRAM RADIN SUWARDI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI