Pihak berkuasa Pakistan telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan sebarang adegan penuh inbtimasi seperti di atas katil dan adegan panas antara pasangan ditayangkan di kesmeua televisyen di negaranya.
Pakistan yang merupakan negara yang majoritinya adalah umat Islam mengambil langkah drastik ini kerana adegan-adegan panas tersebut dikatakan tidak mengikuti budaya dan mencerminkan masyarakatnya yang sebenar.
Tindakan ini juga dikatakan sebagai susulan daripada aduan orang ramai yang mendakwa semakin banyak kandungan feminis yang menyinggung perasaan penonton.
Menurut pihak berkuasa yang mengawal regulasi penyiaran Pakistan, The Pakistan Electronic Media Regulatory Authority (PEMRA) mereka telah mengeluarkan amaran dan meminta semua rangkaian televisyen menghormati garis panduan dan tidak menyiarkan kandungan yang keterlaluan.
BACA: Hubungan Semakin Hambar, Hangatkan Hubungan Intim Dengan 4 Trik Ini
Jelas mereka lagi penyiaran tanpa kawalan yang berlaku dalam drama Pakistan sebelum ini telah mengakibatkan ramai orang awam tidak senang dan melakukan aduan.
Antara adegan lain yang turut diharamkan ialah babak melibatkan keganasan, pemakaian kurang sopan, hubungan intim di luar perkahwinan, menggoda, di atas katil, penggunaan dadah dan momen sentuh-menyentuh antara pasangan.
PEMRA juga mendapati drama-drama yang berani mencabar garis panduan berkenaan sangat popular di kalangan penonton dan inilah yang membimbangkan pihak mereka.
Tahun lalu sebuah drama mengisahkan tragedi pembunuhan melibatkan seorang bintang media sosial menjadi drama paling popular di Pakistan.
Adakah pendekatan dan ketegasan yang dibawa oleh pihak berwajib di Pakistan ini wajar dipuji atau ia dilihat sebagai langkah menyekat kreativiti seni pembikin drama?
Bagaimana dengan pendapat anda, adakah anda rasa ia satu tindakan yang sangat keras?
Bagi MASKULIN, kebebasan berkarya itu perlu ada. Namun dalam pada masa yang sama pembikin drama atau filem harus peka dengan sensitiviti masyarakat setempat. Mereka harus ingat setiap negara dan masyarakat mempunyai perkara taboo tersendiri.
Jika berani untuk melanggar apa jua garis panduan yang diberikan mereka juga harus berani untuk berdepan dengan apa jua akibatnya di masa akan datang sama ada dari pihak berkuasa atau masyarakat sendiri.
Jangan jadikan sesuatu perkara yang salah itu sebagai jalan untuk bebas dari sebarang kesalahan.
Sumber: TheNews