Ramai yang ingin tahu apakah makanan yang sesuai diambil ketika diet? Adakah pengambilan nasi boleh menentukan berat badan anda akan bertambah atau berapakah jam yang efektif untuk bersenam?
Menurut Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah melalui Facebooknya, tidak kira apa pun yang kita ambil, pastikan akhirnya kita bersenam.
Dia juga menggalakkan kita bersenam minimum 150 minit seminggu.
Dia turut memberi sedikit tip untuk orang ramai yang ingin berdiet agar menggunakan pinggan yang kecil, elak menambah makanan yang dimakan dan menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan diet suku suku separuh.
KAWAL PORTION MAKANAN.
Tak habis-habis yang bertanya boleh makan ini tak, boleh makan itu tak. Diet ini elok tak, diet itu elok tak.
Kenapa lah susah sangat. Tak payah susah-susah beli bahan mahal-mahal. Brown rice lah, basmathi lah. Nasi bertatahkan emas sekali pun tak akan menguruskan anda jika sekali makan sampai tambah 10 kali.
Tolonglah.
Bersenam.
Bersenam.
Bersenam.
Minima 150 minit seminggu.
#sukusukuseparuh
Suku karbohidrat.
Suku protein.
Separuh sayur dan buah-buahan.
Tips hari ini: guna pinggan yang kecil. Dan jangan tambah.
Life is simple.
Please don’t complicate it.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Senaman Baik Untuk Kaki
Sama ada anda sedar atau tidak, didapati tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada mereka berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
1. Lunge
– Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.
– Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
– Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
-Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
-Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
-Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
-Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
-Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.
-Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
-Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
-Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju. -Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
-Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
-Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
-Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak. Dapatkan langkah dan teknik senaman yang betul.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Betulke Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Kanser?
Sudah berapa kali anda tidur dengan lampu terbuka, ataupun tertidur semasa menonton TV lewat malam, tidak pun menggunakan komputer sebelum tidur?
Salah satu faktor untuk mendapat tidur yang berkualiti dan mengekalkan biological clock anda adalah dengan tidur dalam tempat/keadaan yang gelap. Sekiranya anda terlalu banyak terdedah kepada cahaya semasa tidur, ia adalah amalan yang tidak sihat.
Terdedah kepada cahaya akan meransang saraf di mata ke otak yang mengawal hormon, suhu badan dan beberapa fungsi yang lain – ia memberikan kesan kepada bagaimana badan kita akan rehat dan bekerja.
Terlalu banyak cahaya, sebelum kita masuk tidur boleh mengganggu kualiti tidur anda. Bahkan, berdasarkan satu kajian, mendapati bahawa terlalu banyak terdedah kepada kitaran cahaya boleh menjejaskan kesihatan, termasuklah meningkatkan risiko kemurungan.
Pada siang hari, dapatkan cahaya yang mencukupi. Pada malam harinya pula, kurangkan pendedahan anda kepada cahaya.
Buat rutin untuk tidur, agar dapat kurangkan terlelap di hadapan TV atau lupa untuk matikan lampu. Sebaiknya, anda berhenti daripada menggunakan sebarang peralatan elektronik seperti komputer, laptop, smartphone, tablet dan sebagainya 30-60 minit sebelum masuk tidur.
Peralatan elektronik tersebut mengeluarkan cahaya yang boleh mengganggu kualiti tidur kita.
Dapatkan tidur yang berkualiti sangat penting untuk semua orang, terutama kanak-kanak, kerana ia memberikan impak yang nyata kepada proses pembesaran mereka.
Kenapa Tidak Boleh Tidur Dengan Lampu Terbuka? Perlu Tidur Dalam Gelap?
Bilik tidur zaman sekarang dipenuhi dengan lampu, agar ia kelihatan lebih cantik dan menawan. Apa yang tak kena dengan perkara ini adalah pendedahan kepada cahaya berlebihan (terutama semasa tidur) boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan.
Untuk memahami pendedahan kronik cahaya (chronic exposure) pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu lihat bagaimana manusia tidur sebelum datangnya teknologi lampu/elektronik.
Manusia sebelum ini terdedah kepada dua jenis cahaya sahaja – cahaya matahari pada waktu pagi dan siang. Manakala cahaya bulan dan api pada waktu malam. Dua jenis cahaya ini sahaja yang memainkan peranan untuk menstabilkan circadian rhythmicity.
Zaman sekarang, kita sudah ada artificial lightning at night (LAN), LED, AMOLED dan sebagainya – ia sangat berbeza dengan 2 jenis cahaya yang disebut tadi.
Sila lihat video dibawah, ia sangat membantu anda untuk faham akan masalah tidur dengan lampu terbuka ini:
Tutup Lampu Sebelum Tidur
Kajian mendapati bahawa tidur dengan lampu terbuka boleh mengurangkan kadar melatonin anda kepada 90 minit, berbanding anda tidur dalam gelap. Apa yang lagi teruk adalah penggunaan peralatan elektronik sebelum masuk tidur.
Kebanyakan peralatan elektronik seperti smartphone, tablet dan komputer menggunakan light-emitting-diode (LED) – jenis cahaya yang boleh mengatasi melatonin. Hal ini kerana melanopson – satu photopigment yang terdapat di dalam sel retina mata memainkan peranan kepada circadian rhythmicity – ia sangat sensitif kepada cahaya biru.
Kajian mendapati bahawa cahaya dari skrin komputer (terutama pada waktu malam) boleh mengurangkan kadar melatonin para pelajar. Pada masa yang sama, skrin tablet juga boleh mengatasi melatonin, lantas mengganggu anda tidur.
Kaitan Cahaya dan Kanser?
Yang paling sedih adalah apabila gangguan tidur berlaku, ia boleh membawa kepada sesetengah kanser (jangan risau, ini kes paling berat). Namun, ia masih dalam peringkat kajian, kerana para pengkaji tidak mengetahui sebab utama, cuma mereka tahu tidur dengan lampu terbuka dan kanser ada perkaitannya.
Sebagai contoh, kajian yang dijalankan selama 10 tahun ke atas 1670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur mendapati bahawa mempunyai 22% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara – berbanding dengan yang tidur dalam gelap.
Para pengkaji menanggap bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon dan melatonin.
Perkara ini akan menjejaskan orang yang bekerja shift malam. Dalam kajian terkawal, mendapati bahawa jururawat yang bekerja pada shift malam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan jururawat yang hanya bekerja pada waktu pejabat.
Lampu Biru, Kemurungan dan Imun
Terdedah kepada cahaya biru berlebihan terutama semasa tidur telah menyebabkan kemurungan ke atas tikus makmal – perubahan sikap yang ketara adalah mereka tidak lagi suka minum air gula sepertimana mereka suka dahulu.
Terdedah kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia. Biasanya orang yang tidur denga lampu terbuka akan senang rasa pening, loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap.
Hal ini kerana badan kita sebenarnya perlu keadaan yang gelap untuk mendapatkan rehat yang sepenuhnya. Sekiranya kita tidur dengan lampu terbuka, maka kita sudah mengganggu bagaimana badan kita sepatutnya berfungsi.
Lantas, mengganggu sistem imun daripada berfungsi dengan baik.
Ia Boleh Menyebabkan Penuaan Awal
Melatonin mempunyai kandungan antioksida, yang mana memainkan peranan yang penting dalam anti-penuaan. Kajian sudah konklusikan bahwa sekiranya kadar melatonin dalam badan kita terganggu, maka ia boleh menyebabkan kita kelihatan lebih tua – tidak awet muda lagi dah.
Ia Boleh Menyebabkan Masalah Berat Badan
Cahaya pada waktu malam juga boleh membawa kepada kenaikan berat badan, kerana ia akan mengubah jadual waktu makan anda. Tikus makmal yang terdedah kepada LAN, mengalami kenaikan berat badan – walaupun bersenam dan makan makanan yang sama dengan tikus makmal yang lain.
Kesimpulan
Secara ringkas, artikel ini menyarankan kita semua agar menutup semua lampu dan berhenti daripada terdedah kepada peralatan elektronik sebelum tidur.
Hal ini kerana tidur dengan lampu terbuka bukan sahaja boleh menjejaskan kitaran tidur kita, bahkan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan pada masa hadapan.
Harap artikel ini membantu anda, sila kongsikan artikel ini kepada orang lain di media sosial, kerana masih ramai orang yang tidak peduli akan perkara remeh temeh ini.
sumber:panduansaya.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Beri Tenaga Palsu, Ini 5 Bahaya Serbuk Kopi Instant 3-In-1 Perlu Anda Hadapi
Tidak dinafikan memang ramai gunakan serbuk instant 3-in-1 untuk dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah mahu pun pejabat.
Namun demikian, tidak semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain kononnya minuman tersebut dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi di hujung minggu, ini risiko lain yang perlu anda hadapi :
1. Beri tenaga palsu
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu dapatkannya dari sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
2. Menghisap darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
3. Perosak organ penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
4. Penghidup kanser
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
5. Jangan tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI