Nama Ronaldo mungkin dianggap oleh ramai pihak sebagai pemain bola sepak yang kini menghampiri zaman senja atau penghujungnya.
Kini beraksi bersama kelab dari Arab Saudi iaitu Al-Nassr, Ronaldo dilihat telah merevolusikan populariti bola sepak negara tersebut ke tahap yang cukup luar biasa.
Pada usia 38 tahun, Ronaldo dilihat masih lagi mempunyai stamina dan kecergasan yang sangat luar biasa.
Walaupun beraksi di liga yang tahap kompetitifnya mungkin sedikit rendah namun tidak bermakna Ronaldo harus mengenepikan kecergasaannya untuk berada di tahap terbaik.
Seperti mana yang ramai di antara kita tahu, Ronaldo merupakan seorang pemain bola sepak yang cukup obses dan mengamalkan disiplin yang sangat tinggi dalam menjaga kondisi fizikalnya.
Malah ramai bekas rakan sepasukannya berkongsi bagaimana mereka melibat rejim latihan, diet dan juga senaman yang cukup luar biasa dilakukannya.
Berada di kelab terbaru, Al-Nassr perkara tersebut turut disaksikan senditi oleh pakar pemkanan kelab tersebut, Jose Blesa. Dalam satu perkongsiannya dia mendedahkan rahsia diet yang diamalkan Ronaldo.
Bercakap tentang perkara tersebut besama media Sepanyok iaitu Ideal, Jose Blesa berkata Ronaldo mempunyai diet yang cukup ketat bagi memastikan preatasi dan kecergasaanya berada pada tahap terbaik ketika di atas padang.
“Cristiano mempunyai kesedaran kepentingan diet dan pemakanan yang sangat baik. Dia akan mengambil dan makan pelbagai jenis makanan untuk mempunyai tenaga untuk setiap permainan dan latihan, tanpa sebarang campur tangan pelik dalam fesyen.
“Sejak dia tiba di sini, semua pemain lebih giat berlatih dan mengamalkan diet yang lebih ketat. Saya tidak pernah melihat kelab seperti ini di mana pemain meningkat hampir 90% dalam komposisi badan mereka setiap kali saya melihat mereka. Mereka mempunyai kurang lemak, lebih banyak otot dan mereka melakukan semua senaman di hujung jari mereka,” jelasnya.
Selain itu, Jose Blesa turut memuji tahap prefesionalism yang dibawa oleh pemain legenda tersebut dan pengaruh positif yang dibawa olehnya ke dalam pasukan Al-Nassr. Jadi tidak hairalah mengapa dia sendiri menganggap Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.
“Dia merupakan pemain bola sepak terbaik dalam sejarah atau salah satu daripada dua pemain terbaik. Saya tidak pasti, seperti orang lain, tentang bagaimana rasanya bekerja dengannya dan jika kelab itu akan banyak berubah, tetapi saya tidak menemui pemain bola sepak yang lebih profesional daripadanya.
“Setiap perbualan bersamanya adalah satu pembelajaran atau ilmu baharu untuk saya. Kami bertemu dan bercakap tentang dietnya, tentang bagaimana dia memahami kepentingan ini dan berehat untuk prestasi,” tambahnya lagi.
Buat anda sendiri yang mungkin lebih muda dari Ronaldo, apa alasan anda untuk tidak melakukan senaman dan mengamalkan diet yang baik demi kesihatan diri untuk sekarang dan masa akan datang!