Agak leceh jika sering terpaksa menukar pakaian untuk pergi bersenam selepas menjalankan aktiviti harian anda. Namun tahukah anda ada beberapa pakaian yang sesuai untuk digayakan bagi kedua-dua aktiviti tersebut?
Berikut adalah beberapa jenis pakaian lelaki yang boleh dikatakan serbaguna:
T-Shirt atau polo yang berkualiti tinggi dengan potongan yang bagus boleh digayakan untuk aktiviti harian dan senaman yang ringan seperti jogging atau berbasikal. Pelbagai jenama telah mula mengeluarkan T-shirt atau polo berasaskan fabrik yang selesa untuk akitiviti senaman.
Seluar sukan yang ringan dan berkebolehan lembap adalah pilihan yang baik untuk senaman dan boleh digayakan untuk aktiviti harian. Pastikan ia mempunyai potongan yang kemas dan sesuai dengan reka bentuk badan anda agar anda kekal kelihatan segak dan sporty walaupun bukan ketika bersenam.
Pilih kasut sukan yang moden dan bergaya. Kasut berjalan atau kasut berlari ringan boleh dipakai dengan pakaian harian anda dan juga sesuai untuk senaman ringan.
Hoodie atau jaket yang berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang kemas sangat sesuai untuk dipakai ketika bersenam. Namun ia juga boleh kelihatan trendy
dan sporty jika dipadankan dengan jeansPakaian yang menggunakan teknologi kain canggih seperti anti-odor atau anti-bakteria boleh membantu anda berasa segar sepanjang hari, terutamanya selepas melakukan senaman.
Bagaimanapun, pakaian ini bukanlah sesuai untuk semua jenis acara. Pastikan anda semak tatacara pemakaian bagi acara-acara tertentu agar anda tidak berpakaian yang tidak bersesuaian dan tidak menghormati acara.
Panduan ini hanyalah untuk aktiviti harian tanpa kod pemakaian tertentu. Pilihlah pakaian yang sesuai dengan aktiviti harian anda dan tetap selesa. Anda juga boleh mencuba untuk memadankan elemen pakaian sukan dengan pakaian kasual untuk penampilan yang serbaguna dan bergaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!