Pakaian Sesuai Ketika Bersenam, Lebih Ketat Atau Longgar Lebih Baik Untuk Anda

Share

Kerinduan ramai di antara anda untuk melakukan senaman di gimnasium selepas sekian lama akhirnya terubat. Kebenaran untuk melakukan aktiviti fizikal di gimansium memberikan kelegaan kepada ramai penggemar aktiviti kecergasan dan kesihatan.

Namun untuk keselamatan patuhilah setiap SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan sebaiknya. Kita kini menjadi penentu untuk menjadikan wabak melanda sekarang dapat dikurangkan penularannya.

Menyentuh tentang bersenam di gimnasium di antara perkara yangb penting ialah memilih pakaian yang sesuai. Setiap orang pastinya mempunyai kecenderungan tersendiri untuk memilih pakaian yang lebih ketat atau longgar ketika melakukan senaman.

Salah satu perkara yang sering diambil ringan oleh ramai orang ialah memilih pakaian yang selesa, breathable dan memberikan sokongan yang baik. Jadi adakah pakaian lebih ketat atau longgar lebih baik untuk melakukan senaman?

KESELESAAN & ELAK KECEDERAAN

Melakukan senaman menggunakan pakaian lebih ketat memberikan sensasi tubuh badan menjadi lebih kompak dan secara tidak langsung memberikan visual bahawa anda lebih kurus. Namun jika melakukan senaman menggunakan pakaian terlalu ketat ia akan menyebabkan aktiviti senaman jadu kurang selesa.

People photo created by master1305 – www.freepik.com

Malah jika ia berlarutan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Perkara paling penting dalam memilih pakaian senaman yang sesuai ialah memberikan penekanan di bahagian pinggang, perut dan juga punggung.

Tidak dinadikan pakaian lebih ketat sering menjadi pilihan ramai untuk bersenam kerana ia membuatkan badan anda lebih kompak. Akan tetapi apabila ia terlalu ketat bahagian sekeliling pinggang dan punggung boleh terasa sakit dan berlakunya kecederaan serius. Ia juga boleh menjejaskan aliran darah tergannggu di bahagian tersebut.

Untuk atasu masalah ini anda harus pastikan untuk memilih pakaian yang membenarkan anda melakukan pelbagai gerakan dengan selesa. Pakaian yang longgar pula memberikan keselesaan untuk bersenam. Cuma masalahnya ia tidak melekat pada badan lalu membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa.

PAKAIAN MENGIKUT AKTIVITI SENAMAN

Apa yang paling penting ilah tidak memilih pakaian terutamanya baju yang terlalu menggelebeh. Apatah lagi memakai baju yang saiz lebih besar dari saiz normal anda. Pakaian extra loose dan baggy adalah BIG NO!

Woman photo created by standret – www.freepik.com

Melakukan senaman berbeza dalam persekitaran yang juga berlainan menuntut anda untuk memilih pakaian sesuai. Sebagai contoh untuk melakukan larian di kawasan terbuka anda perlu elak memakai seluar yang terlalu ketat dan membataskan pergerakan.

Begitu juga untuk aktiviti yoga di mana ia merupakan senaman berimpak rendah dan lebih relaks. Jadi untuk senaman ini anda bolehlah pilih pakaian yang lebih longgar. Sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau kecergasan, usah terlalu terburu-buru.

Pilihlah pekaian yang sesuai kerana bukan sahaja ia memberikan keselesaan tetapi memberikan kualiti senaman yang jauh lebih baik!

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim