Peruncit pakaian global Uniqlo melancarkan koleksi Roger Federer baharu oleh JW Anderson. Koleksi yang menggabungkan gaya klasik Roger dengan penampilan moden serta berwarna-warni JW Anderson bagi pakaian sukan bakal menemui anda di pasaran Malaysia bermula 11 September 2023.
Selain baju polo dan seluar pendek menggunakan material Uniqlo Dry Ex, koleksi ini turut merangkumi pakaian tidak khusus jantina seperti seluar mudah nilon dengan piping di sisi, baju sejuk bulu kambing premium dengan warna yang berani, dan jaket fabrik bulu berzip penuh dengan poket di dada.
Ads
“Kami begitu teruja melancarkan koleksi baharu kami yang direka bersama oleh Roger Federer dan JW Anderson. Gaya baharu LifeWear dicipta dengan menggabungkan bakat unik seorang legenda tenis dan pemimpin fesyen,” kata Ketua Pemasaran Global termasuk Sukan Uniqlo, Koji Yanai.
“Ketika menghasilkan pakaian tenisnya, kami sering bertukar pendapat dengan Roger tentang bagaimana ia boleh dipakai dan dinikmati di dalam dan di luar Gelanggang. Mengambil kira perkara tersebut, kami langsung memikirkan JW Anderson kerana dia mempunyai pemahaman yang mendalam tentang sukan dan pakaian prestasi. Saya yakin semua orang akan menemui sesuatu dalam koleksi baharu yang sesuai dengan gaya harian masing-masing,” tambahnya.
Ads
ROGER FEDERER & JW ANDERSON TERUJA SALING BEKERJASAMA
Dalam pada itu, Roger pula berkata yang dia sentiasa menginginkan sebuah koleksi yang sesuai untuk bermain tenis namun tetap versatile untuk turut digunakan di bahagian lain dalam kehidupan sehariannya.
“Saya bernasib baik kerana Jonathan berkongsi visi ini. Bersama-sama, kami dapat mencipta koleksi yang bergaya dan selesa berasaskan gaya tenis klasik. Jonathan berbakat, kreatif dan sangat sederhana. Ia adalah satu keseronokan untuk bekerjasama dengannya dalam koleksi ini,” ulasnya lanjut..
Ads
Pengasas JW Anderson, Jonathan Anderoson turut berkongsikan bagaimana teruja dan gembiranya saat dia diberitahu untuk mencipta sebuah koleksi dengan legenda tenis itu.
“Itu kerana menonton Roger bermain sangat mempengaruhi saya. Berfikir banyak tentang maksud LifeWear untuk semua orang berbeza yang memandang tinggi kepada Roger, kami mereka bentuk koleksi yang boleh dipakai dalam perlawanan sebenar, untuk rupa klasik, atau boleh dipakai di sekitar bandar”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Usia itu hanyalah angka”. Mungkin itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mulut jejaka-jejaka yang usianya mungkin sudah di penghujung 30-an dan sudah memasuki 40-an. Sedar atau tidak nampak seperti itu adalah ayat penyedap hati.
Ramai lelaki bila usia sudah meningkat seakan-akan sudah berputus ada dalam bergaya. Malah ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar!
Kenapa perlu jadi begitu sedangkan bergaya itu boleh kita lakukan sampai usia berapa sekali pun. Selain menambah keyakinan diri, penampilan yang segar dan nampak lebih muda membuatkan kita mudah didekati. Selain itu ia juga baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip bagaimana anda boleh nampak 10 tahun lebih muda dari usia sebenar!
JAGA KONDISI GIGI
Salah satu perkara yang sering menghantui lelaki meningkat usia ialah kondisi gigi yang semakin parah. Namun dengan teknologi perubatan terkini anda mampu mendapatkan gigi yang baik dan cantik dengan pelbagai jenis kaedah rawatan. Senyuman terukir akan lebih nampak muda dan menarik jika ia bersih dan putih.
Tidak dinafikan masalah botak tengah adalah musuh utama lelaki. Buat anda yang masih ada rambut lebat, usah biarkan ia terbiar begitu sahaja. Dapatkan gaya rambut yang relevan dengan trend terkini. Tidak salah untuk menggayakan rambut lebih muda asalkan ia tidak keterlaluan. Bagi yang ada masalah rambut, melaburlah duit sedikit untuk beli produk berkualiti atau dapatkan rawatan dengan pakar rambut.
STAMINA DAN FIZIKAL
SIla tengok perut anda sekarang. Adakah ia semakin maju ke hadapan dan boroi? Itu tandanya anda sebenarnya sudah lama meninggalkan aktiviti senaman. Bentuk badan yang ‘fit’ dan sihat juga boleh membuatkan anda nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Tidak terlambat untuk anda melakukan rutin senaman setiap hari. Begitu juga dengan tabiat pemakanan. Makanlah dengan diet yang seimbang.
GUNAKAN SUNSCREEN
Negara kita merupakan negara yang beriklim panas. Bila terdedah dengan cahaya matahari dengan lama ia boleh menjejaskan kulit terutamanya di bahagian wajah. Salah satu tip untuk menjaga kondisi kulit ialah dengan menggunakan krim sunscreen. Cuba guna selama sebulan, pasti anda akan nampak perubahannya.
Semoga perkongsian ini mampu menjadikan anda nampak lebih muda dan bergaya!
Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda bahawa telefon pintar bukan sahaja merosakkan mata anda, tetapi ia juga akan memberi kesan kepada wajah anda. Telefon pintar anda terdedah dengan bakteria dan dan skrin yang kotor. Mana tidaknya, anda meletakkan telefon anda merata-rata tempat. Jadi, setiap kali anda mengangkat ganggang, pasti bakteria akan merosakkan wajah anda. Berbeza dengan lelaki, perempuan biasanya lebih gemar menjaga kulit wajah mereka. Tak perlu memakai earphone pun kalau nak jawab panggilan tu, Cuma setiap kali anda meletakkan teleon pintar di cuping telinga anda, pastikan anda lap permukaan skrin terlebih dahulu.
2)Aftershave
Ini kerap berlaku kepada lelaki di luar sana. Produk aftershave biasanya mengandungi alkohl yang sangat melampau. Ini tidak baik untuk kulit anda sebenarnya. Dinasihatkan agar anda sedikit berhati-hati apabila memilih aftershave. Mungkin anda boleh bertukar kepada losyen yang lebih selamat? Pokoknya, cari produk yang berkualiti ye.
3)Makan tidak teratur
Makan yang teratur bukan saja boleh turunkan berat badan, ia juga boleh membuatkan kulit anda kekal cantik dan bersih. Jangan skip meal anda setiap hari. Selain daripada pemilihan makanan yang sihat, faktor jadual makan anda juga harus di beri keutamaan.
4)Sarung bantal
Mengapa sarung bantal turut memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit? Tidur merupakan perkara paling seronok bagi semua orang. Bantal adalah benda pertama yang anda akan cari setelah penat seharian berkerja. Walaupun anda telah cuci muka anda, namun sarung bantal yang kotor tidak membolehkan muka anda kekal bersih. Kerap tukar sarung bantal anda.
5)Helmet
Kepada anda yang menggunakan motor sebagai kenderaan anda untuk pergi ke kerja, helmet merupakan perkata utama yang perlu anda jaga dalam kehidupan anda. Wajah anda bukanlah bersih setiap kali anda menyarungkan topi keledar anda. Mungkin ada kalanya anda sarung setelah anda habis bermain gym ataupun futsal. Kepala dan wajah anda dalam keadaan berminyak. Ini akan merosakkan kulit anda lebih teruk dari biasa. Selain daripada membasuh muka anda dengan bersih setiap hari, apa kata kalau anda menukar span di dalam helmet 5 bulan sekali, ataupun spray penyembur anti bakteria agar helmet anda agar sentiasa segar.
6)Mandi
Mandi pun salah ke? Mandi di sini lebih fokus kepada mereka yang menggunakan heater (air panas) di dalam bilik mandi. Mengapa ia boleh merosakkan kulit anda? Kerana air panas boleh keringkan kulit anda. Kulit anda akan kusam jika anda mengambil masa yang lama dalam bilik air. Dianggarkan untuk seseorang berada di dalam bilik air hanya 5-10 minit sahaja. Habis semua urusan dalam bilik air, sila keluar jika ingin menjaga kulit anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.