Pakaian Buat Lelaki Kurus Agar Nampak Lebih Menarik Di Mata Wanita

Share

Tidak dinafikan lelaki yang bertubuh lebih kurus lebih mudah mencari pakaian. Namun, ia sebenarnya tidaklah semudah yang di sangka.

Ini kerana jika silap memilih anda akan nampak jauh lebih kurus dari bentuk badan yang sebenar.

Masih ada ragamnya yang perlu lelaki kurus berikan perhatian agar penampilan dan gaya anda tampak lebih segak, terutamanya menarik di mta wanita.

Apa yang penting, pilihlah jenis baju yang sesuai dan tepat dengan bentuk badan untuk mengelakkan badan anda kelihatan ‘sekeping’.

Ini antara jenis-jenis pakaian yang boleh anda sarungkan pada tubuh badan lelaki kurus.

1. Flared Jeans

Foto: Pinterest

Sarungkan flared jeans sebagai alternatif agar bentuk badan anda nampak lebih menarik. Seluar jeans yang kembang di bahagian bawah ini akan memberi ilusi tubuh yang lebih berisi, selain membuatkan penampilan anda lebih stailo.

2. Kemeja dan seluar panjang

Jika inginkan gaya formal, anda boleh suai padankan kemeja dengan seluar panjang. Yang penting, lelaki kurus perlu elak memakai kemeja dan seluar panjang yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan badan anda nampak lebih kurus.

3. Chino

Foto: Pinterest

Jika bosan memakai seluar panjang biasa, anda juga boleh menggayakan chino. Potongannya yang longgar di bahagian pinggang, paha dan bawah kaki boleh memberi ilusi tubuh nampak lebih berisi. Hadir dalam pelbagai warna, anda boleh padukan chino ini dengan t-shirt untuk gaya santai walaupun anda memilih chinos berwarna gelap seperti hitam.

4. T-shirt

T-shirt memang menjadi pakaian wajib untuk lelaki kerana ia pakaian yang paling ringkas dan mudah untuk digandingkan dengan apa jua pakaian. Walaupun t-shirt yang longgar lebih selesa, namun elak memakai t-shirt yang terlalu longgar atau terlalu ketat. Cukupn sekadar memakai t-shirt yang sesuai dan sepadan dengan bentuk tubuh. Apa yang penting, elak menyarungkan t-shirt bergaris vertikal kerana ia akan menonjolkan bentuk badan anda yang sememangnya kurus.

5. Jaket atau blazer

Lelaki kurus juga boleh menjadikan jaket dan blazer sebagai ‘sahabat karib’ kerana ia boleh memberikan ekstra volum dalam gaya anda. Pemakaian jaket dan blazer dapat memberi penegasan pada bahagian dada dan bahu sehingga penampilan anda nampak lebih maskulin. Pilihlah jenis jaket dan blazer dengan bahu yang sedikit tebal untuk menambahkan volum pada tubuh anda.

6. Seluar kargo

Seluar yang longgar dengan banyak poket ini juga boleh menyembunyikan siluet tubuh anda yang ‘sekeping’ kelihatan lebih berisi. Padankan seluar kargo ini dengan t-shirt untuk gaya yang kasual.

BACA: Tip Pilih Seluar Slack Khaki Ikut Jenis Bentuk Badan

7. Aksesori bersaiz sederhana

Aksesori seperti jam tangan, tali pinggang, kaca mata atau beg juga boleh digayakan oleh lelaki kurus, asalkan berukuran sederhana.

Jika anda memakai jam tangan bersaiz besar, bimbang perhatian orang akan tertumpu pada tangan anda. Oleh itu pilihlah aksesori yang sesuai dan seimbang dengan bentuk badan anda.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim