Penjagaan Diri

Pakai Topi atau Biarkan Je? Tips Bijak untuk Rambut ‘Bad Day’

Share

Kita semua pernah melaluinya lagi – lagi yang tergesa-gesa, rambut yang tidak menjadi atau cuaca yang langsung tak membantu.

Bad hair day boleh membuatkan keyakinan diri menurun, tetapi jangan risau!

Sama ada anda memilih untuk menyembunyikan rambut dengan topi atau membiarkannya seadanya, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

Foto : GQ

Pakai Topi,  Cara Pintar Menyelamatkan Gaya

Topi adalah penyelamat utama untuk hari-hari di mana rambut anda seperti ada ‘drama’ tersendiri.

Dalam masa kurang dari satu minit, anda boleh menyelesaikan masalah rambut yang mengembang, kusut atau leper.

Selain menyembunyikan masalah, topi juga memberikan sentuhan fesyen pada penampilan anda.

Dengan pelbagai jenis seperti bucket hat, beanie atau snapback, anda boleh terus kelihatan bergaya tanpa perlu berusaha lebih.

Jadi, topi adalah pilihan ideal untuk menyelamatkan rambut sambil menjaga penampilan anda.

Foto : Depositphotos

Biarkan Je, Tampil Seadanya dengan Penuh Keyakinan

Jika anda tidak mahu menyembunyikan rambut, biarkan saja.

Bad hair day sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada gaya anda.

Percaya atau tidak, rambut yang sedikit berantakan kini dianggap chic.

Gaya messy bun atau loose ponytail memberikan aura santai tetapi tetap memikat.

Bad hair day juga adalah peluang untuk anda serlahkan keunikan diri.

Tampil dengan gaya rambut natural menunjukkan anda yakin dengan diri sendiri dan itu lebih penting daripada kesempurnaan.

BACA LAGI : Cara Jaga Rambut Agar Sentiasa Nampak Kemas, Sihat Dan Bersinar

Pakai Topi atau Biarkan Je? Pilihan Ikut Situasi!

Jika anda dalam mood malas atau masa terlalu suntuk, topi adalah penyelesaian terbaik.

Tiada siapa akan tahu apa yang berlaku di bawahnya!

Namun, jika anda ingin menampilkan gaya natural dan yakin, biarkan rambut seadanya. Ingat, tidak semua orang akan perasan ‘masalah’ yang anda risaukan.

Bad hair day bukanlah penghalang untuk anda tampil yakin dan bergaya.

Sama ada anda memilih untuk menyarungkan topi atau membiarkan rambut terbuka, yang penting adalah bagaimana anda membawa diri.

Ingat, rambut mungkin ‘tak jadi,’ tetapi keyakinan diri sentiasa boleh ‘on point.’ Jadi, buat pilihan anda dan hadapi hari dengan penuh gaya!

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain