Jika anda dalam mood malas atau masa terlalu suntuk, topi adalah penyelesaian terbaik.
Ads
Tiada siapa akan tahu apa yang berlaku di bawahnya!
Namun, jika anda ingin menampilkan gaya natural dan yakin, biarkan rambut seadanya. Ingat, tidak semua orang akan perasan ‘masalah’ yang anda risaukan.
Bad hair day bukanlah penghalang untuk anda tampil yakin dan bergaya.
Sama ada anda memilih untuk menyarungkan topi atau membiarkan rambut terbuka, yang penting adalah bagaimana anda membawa diri.
Ingat, rambut mungkin ‘tak jadi,’ tetapi keyakinan diri sentiasa boleh ‘on point.’ Jadi, buat pilihan anda dan hadapi hari dengan penuh gaya!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gaya rambut terbaru yang digayakan oleh influencer atau selebriti lelaki pasti menjadi ikutan atau trend tapi awas bagi kita yang beragama Islam!
Gaya Rambut Bergaris Atau Bercorak Hukumnya MAKRUH, Hindari Lebih Baik!
Foto Via Pexels
Namun begitu, sebagai seorang Islam tidak semua benda boleh kita ikut dan contohi. Anda pernah mendengar istilah qaza’? Ia berkaitan dengan gaya pemotongan rambut yang hanya memotong pada sebahagian kepala sahaja.
Adakah gaya pemotongan qaza’ ini dibolehkan dan apakah hukumnya di sisi syariat? Mari ikuti penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti di bawah ini.
Larangan Memiliki Potongan Rambut Bergaris/Bercorak
Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Rambut merupakan mahkota setiap insan. Naluri setiap manusia berkeinginan untuk memiliki fesyen rambut tertentu seiring dengan peredaran zaman. Namun sebagai umat Islam kita perlu cakna tentang beberapa larangan dalam memiliki potongan rambut tertentu agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Maksud qaza’
Secara umumnya, menurut Al-Misbah al-Munir (502), definisi qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut tanpa sebahagian yang lain.
Manakala Imam al-Nawawi dalam Minhaj Syarh Muslim (14/01) pula mendefiniskan qaza’ sebagai mencukur sebahagian rambut seorang anak dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Berdasarkan kedua-dua definisi tersebut, dapat kita fahami bahawa qaza‘ adalah perbuatan seseorang yang memotong atau mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian rambut yang lain bagi tujuan mengikuti fesyen potongan rambut tertentu.
Gaya Rambut Bergaris Atau Bercorak Hukumnya MAKRUH, Hindari Lebih Baik!
Antara contoh potongan rambut termasuklah fesyen yang berbentuk seperti skin fade, taper fade, flat top, pompadour, 4am fade, upper cut, under cut, crew cut, mid fade dan lain-lain.
Bagaimanapun, terdapat hadis yang melarang perbuatan qaza‘ seperti yang diriwayatkan oleh Ubaidullah bin Hafs RA yang bermaksud:
“Aku mendengar Rasulullah SAW melarang qaza’. Ubaidullah berkata, aku berkata, “Apakah qaza’ itu?”. Ubaidullah mengisyaratkan kepada kami dan berkata, “Apabila seorang anak dicukur dan ditinggalkan rambutnya di sini dan di sini serta di sini”. Ubaidullah mengisyaratkan kepada kami kepada ubun-ubun dan kedua sisi kepalanya. Ubaidullah ditanya, “Anak perempuan dan anak lelaki?”. Dia berkata, “Saya tidak tahu”. Dia mengatakan , “Seorang anak”. Ubaidullah berkata aku pun kembali bertanya, maka dia berkata rambut pelipis dan bahagian tengkuk bagi anak lelaki tidak mengapa. Qaza’ adalah meninggalkan rambut di bahagian ubun-ubun sementara tidak ada rambut di kepalanya. Demikian pula membelah rambut kepalanya begini dan begini.” (Riwayat Al-Bukhari)
Gaya Rambut Bergaris Atau Bercorak Hukumnya MAKRUH, Hindari Lebih Baik!
Selain itu, terdapat larangan melakukan qaza‘ dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang melakukan qaza’. Aku bertanya kepada Nafi’, apakah itu qaza’? Nafi’ menjawab mencukur sebahagian rambut anak kecil dan membiarkan sebahagian yang lain.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, jelas menunjukkan tentang larangan perbuatan qaza‘ dalam Islam iaitu memotong atau mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Imam al-Nawawi melalui Raudhah al-Talibin (3/234) menyatakan dalam penulisannya, bahawa makruh (perbuatan) qaza‘ iaitu mencukur sebahagian kepala sama ada di tempat yang berbeza atau di tempat yang sama berdasarkan hadis (Bukhari dan Muslim) yang disebut larangannya.
***
Kesimpulannya, para ulama telah bersepakat bahawa qaza‘ adalah perbuatan yang MAKRUH sekiranya dilakukan pada tempat yang berbeza atau di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, qaza‘ DIHARUSKAN untuk tujuan PERUBATAN (berbekam atau seumpamanya) dan hukum ini terpakai ke atas lelaki dan perempuan.
Umat Islam juga perlu mengetahui bahawa menghindari melakukan qaza‘ adalah lebih baik daripada melakukannya.
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat kaum Adam semua. Semoga bermanfaat!
Lelaki yang rambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri, lelaki rambut panjang ini juga memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang sihat dan beralun boleh membuatkan lelaki lain cemburu, sekali gus menanam cita-cita mahu membela rambut yang panjang juga.
Malah orang perempuan pun boleh cemburu bila orang lelaki pandai menjaga rambut panjang.
Dalam entri kali ini, Maskulin telah menemubual seorang pelakon stunt berambut panjang, Azlym Aziz yang sering muncul dalam filem-filem aksi seperti Tombiruo, Abang Long Fadil 2, Polis Evo 2, Badang The Movie, KL Wangan dan banyak lagi.
Jadi kepada anda yang berambut panjang atau bercita-cita untuk simpan rambut panjang, bolehlah ikuti 5 tip penjagaan rambut seperti yang Azlym kongsikan ini.
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut pelindung cahaya.
5. Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urutlah rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.
Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Itulah antara 5 tip yang sering Azlym lakukan untuk memastikan rambut panjangnya sentiasa cantik dan sihat, selain relevan untuk digayakan dalam setiap babak aksi yang dilakukannya.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tip lain? Apa kata kongsikan dengan Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran UV, habuk dan kekotoran, skrub muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Malah skrub muka ini juga dapat menjadikan kulit lebih berseri sekali gus membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Jika anda melakukan proses ini dengan betul, ia mampu memberi banyak manfaat untuk kulit wajah anda.
Bagi memastikan anda tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas masalah kulit, ini lima alasan kenapa lelaki perlu mengamalkan pengelupasan kulit dalam rejim penjagaan wajah.
1. Bersihkan wajah dengan maksimum
Lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wakah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
2. Membuang sel-sel kulit mati
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya. Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
3. Buat wajah awet muda
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia. Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam regim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
4. Kulit wajah lebih cerah
Melakukan skrub wajah secara rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
5. Menyamarkan noda pada wajah
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka. Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.