Baru-baru ini tular gambar seorang atlet e-sukan professional Mobile Legends, Mohd Faris Zakaria atau lebih mesra di sepa sebagai Soloz mengunjung pusat pameran kenderaan mewah di Bangsar hangat diperkatakan.
Apa yang menjadi bualan ramai bukan kereta Ford Mustangnya berwarna merah itu, tetapi kerana penampilannya yang bersahaja itu menjadi highlight orang ramai.
Dia berpakaian dengan sweatshirt serta mengenakan selipar yang dipinjam oleh rakannya sahaja ketika mengujungi pameran kereta berharga setengah juta ringgit itu.
Maskulin difahamkan melalui laporan Harian Metro, ia sebenarnya ke pameran tersebut atas jemputan pihak tertentu untuk melihat kereta berkenaan secara lebih dekat lagi.
IKLAN
Malah kami difahamkan, bayaran yang diraih Soloz menerusi Mobile Legends tidak memberi masalah kepadanya untuk membeli atau membayar bulanan kenderaan terbabit.
Rata-rata memuji tindakan Soloz kerana walaupun dia mampu membeli kenderaan tersebut, tetapi gaya hidupnya yang sederhana dalam berfesyen itu mendapat pujian ramai.
IKLAN
Ini dia beberapa gambar yang sempat di ambil melalui Instagram miliknya
Nama Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di negara kita. Populariti filem-filem Bollywood sejak sekian lama cukup mekar di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila melakukan kunjungan ke negara kita sambutan yang diberikan memang luar biasa.
Karier Shah Rukh Khan yang kini sudah berusia 57 tahun masih lagi utuh. Terbaru filem lakonannya berjudul ‘Pathaan’ akan mula ditayangkan di India bermula penghujung bulan ini. Ia turut dibintangi dua bintang berpengaruh Bollywood iaitu Deepika Padukone dan John Abraham.
Menerusi trailer ‘Pathaan’ yang boleh ditonton di atas talian pasti anda semua terpesona melihat fizikal Shah Rukh Khan yang cukup tegap dan padu dengan six-pack. Melihatkan fizikal seperti itu pada seorang lelaki yang usianya sudah 57 tahun sedikit sebanyak membibitkan rasa kagum.
Pastinya anda juga sama seperti MASKULIN tertanya-tanya apakah rutin latihan yang dilakukan oleh yang popular dengan filem berstatus legenda seperti ‘Kuch Kuch Ho Ta Hai’ dan ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ ini?
KERJA KERAS & DISIPLIN
Pada Mac tahun lalu, Shah Rukh Khan mula memberikan teaser bentuk badannya tersebut menerusi Instagram kendaliannya. Apakah rahsia Shah Rukh Khan?
Rahsia latihan intensif yang dilakukannya dikongsikan oleh jurulatih fizikal atau peribadi, Prashant Subhash Sawant yang telah berkerja bersama Shah Rukh Khan sejak dua dekad lalu.
“Saya telah melatih Shah Rukh Khan sejak 24 tahun. Dalam empat tahun lebelakangan ini kami bersama-sama berusaha untuk filem ini. Walaupun berdepan pandemik namun Shah Rukh Khan tetap konsisten dengan latihannya,” jelas Prashant.
Kongsinya lagi, Shah Rukh Khan banyak melakukan aktiviti angkat berat. Sebelum itu dia turut melakukan latihan litar dan senaman kardio.
“Tetapi kini kami telah menggabungkan lebih banyak latihan kekuatan yang membantu dia kelihatan lebih baik dan lebih besar. Kami mengambil masa dua tahun untuk membina susuk tubuh kencang yang anda lihat di skrin. Rangka dan rupanya telah berubah sepenuhnya,” kata Prashant dalam satu temu bual bersama Indian Express baru-baru ini.
Jelasnya lagi, filem ‘Pathaan’ akan menjadi sebuah naskhah yang cukup berbeza kerana transformasi yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan. Tambahnya lagi, perkara ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerja keras dan dedikasi luar biasa oleh aktor tersebut.
Malah dia turut menggelarkan Shah Rukh Khan sebagai ikon kecergasan buat semua peringkat usia selain memberikan fokus yang spesifik terhadap dietnya.
“Setiap perkara yang dilakukannya akan diambil kira dan dirancang dengan teliti. Dari pengambilan karbohidrat, lemak dan protein. Transformasinya itu dianggap sebagai kerja sepasukan.
Lihatlah dedikasi yang ditunjukkan oleh Shah Rukh Khan. Walaupun usianya sudah separuh abad namun ia tidak menghalangnya untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan mampu membina bentuk fizikal yang mantap!
Semoga menjadi inspirasi untuk kita semua ya.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak bangga jika ayah kandung kita sangat sabar sehingga sanggup bertukang membuat meja lipat dari kederat dan titik peluhnya.
Inilah yang dikongsikan oleh @yysella, menurutnya ayahnya telah membuat dirinya terpaku dan terkesima melihat kreativiti dan usaha ayahnya menyiapkan meja lipat tersebut.
korang tengok lah abah aku buat meja lipat bukak-bukak je siap dah ada kerusi!! pic.twitter.com/fxrvl7J4GC
Menurutnya Ayahnya berusia 63 tahun tetapi masih kuat, bersemangat dan lebih memukau ayahnya masih boleh main PUBG. Tambahnya ayahnya itu merupakan polis pencen yang kini sudah bersara dan duduk di rumah sahaja.
so ni lah my abah tahun ni umur dia dah 63 tahun dah tapi still kuat bersemangat siap boleh main pubg! eheh Doakan abah dipanjangkan umur tauuu! pic.twitter.com/g2QbLcN7Yb
Namun meja lipat yang dibuat ayahnya bukanlah dengan tujuan untuk dijual. Tetapi Hanya dibuat untuk kegunaan peribadi keluarga mereka sahaja.
Apabila di tanya di mana dapat kayu-kayu sebegitu, dia menjawab ada kenalan di tempat kerja kakaknya yang memberi kayu-kayu lebihan tersebut, namun jumlah yang diberikannya itu tidak banyak.
ade pakcik dekat tmpt keje akak kita yang bagi. tu pun tk banyak hehe
Rata-rata kagum dengan kreativiti dan memuji kesungguhan ayahnya itu hingga tweetnya itu di retweet sebanyak 7.1ribu dan jumlah like sebanyak 13.6ribu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanpa mengira agama dan bangsa, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap prihatinnya menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang-barang kelengkapan kepada Masjid Al-Hidayah Kg Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam.
Sikap teladan yang ditunjukkan bekas pemain badminton nombor satu negara ini nyata mendapat pujian ramai netizen.
Perkara ini telah dimuat naik menerusi akaun facebook Masjid Al-Hidayah Kg.Sungai Penchala bersama tiga keping gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid tersebut.
“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei
Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.
Kredit: Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.
Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.