Perlu diakui kadangkala kita seakan memandang remeh akan kondisi dan kesihatan kaki. Cuba tanya diri sendiri sejauh manakah anda tahu dan peka dengan kesihatan kaki?
Seorang doktor yang sering memuat naik perkongsian menerusinya posting Facebook, Dr Khairul Faizie telah membuat satu sharing yang menarik tentang simptom kaki ‘bunian’.
Sebenarnya ia bukanlah bernama ‘bunian’ tetapi bunion.
Menerusi perkongsian itu seorang pesakit telah menemuinya dan berkata dia memiliki simptom kaki ‘bunian’. Namu ia diperbetulkan oleh Dr Khairul yang menyatakan nama sebenarnya simptom tersebut ialah bunion.
Bunion merupakan kondisi di mana terdapat benjolan yang menyakitkan berlaku di bahagian dalam kaki terutamanya di sendi jari. Ia juga dirujuk sebagai hallux valgus.
Ramai yang menyangka mereka bebas daripada kondisi ini namun apa yang perlu anda tahu ialah ia berlaku serta berkembang dengan perlahan-lahan. Tekanan yang dikenankan terhadap sendi menyebabkan ia terhimpit dan membenjol.
Ikuti perkongsian lanjut tentang bunion daripada Dr Khairul Faizie di bawah:
Sebaik sahaja duduk di kerusi patient, lelaki ini pun bagitau aku:
“Doktor, saya dah check kat internet…kaki saya ni ada bunian..sakit doktor”
Ads
Haaaaa? Aku terperanjat. Dan aku risau jugak nak periksa kakinya, kang aku pulak hilang kena kidnap dek bunian.
Bila aku check….Laaaaaa….. ” Ini namanya B – U – N – I – O – N “
BUNION atau nama medical nya HALLUX VALGUS ialah keadaan di mana tulang pada sendi jari Metatarsophalangeal joint ( MTP joint) di ibu jari kaki anda, menyenget ke dalam ( lari alignment nya ), dan lama kelamaan membentuk bengkak pada sendi itu. ( Rujuk anatomi kaki yang disertakan dalam post ini).
Disebabkan sendi MTP ini punya alignment dah lari ke dalam ( masuk ke sisi jari kaki ke- 2), maka dari luar kita nampak ibu jari kaki bentuknya abnormal. Dan kedudukan abnormal ibu jari kaki ini akan menyebabkan simptom sakit, terutamanya ketika berjalan. Ini kerana sendi MTP itu bersifat flexible, masa kita berjalan ianya bergerak. So bila ia dalam susunan anatomi yang tak normal, dengan setiap gerakan ianya sakit.
Simptom lain Bunion ialah:
Merah dan bengkak pada kulit di bahagian ibujari kaki, sebab bergesel dengan kasut.
Kulit di bahagian bawah ibujari kaki / tepi nya boleh mengeras, membentuk kematu ( callus ) akbibat geseran dengan jari sebelah.
Lama kelamaan, pergerakan sendi ibujari itu sendiri jadi keras/ terbatas, so akan ganggu / menyusahkan pesakit berjalan.
Wanita lebih ramai kena Bunion berbanding lelaki,
Why?
Ads
Punca terjadinya Bunion:
Pakai kasut yang tak betul / sempit pada bahagian muncung. So ini memaksa ibu jari kaki teralih ke jari kaki ke 2. Lama kelamaan, posisi ini menyebabkan sendi MTP dan hujung tulang ibujari kaki menyenget ke dalam.
Faktor keturunan. Memang ada orang yang bentuk jari kakinya lebih cenderung untuk membentuk Bunion.
Ada penyakit berkaitan sendi( arthritis), seperti Rheumatoid Arthritis.
Bagaimana merawat Bunion?
A) Rawatan bukan pembedahan
1) Tukar kasut kalau pakai kasut yang muncung nya ketat. Kalau Bunion dah terbentuk, boleh cari kasut yang di reka khas untuk masalah kaki seperti Bunion.
2) Menggunakan ” Bunion Correctors “. Secara umum ada 3 jenis bunion correctors.
Toe Separators: Guna alat ini akan renggangkan jarak antara ibujari kaki – jari kedua, so mengurangkan geseran.
Bunion Sleeves: Ia melindungi MTP joint yang terbonjol tu dari bergeser dengan kasut, dan dalam masa yang sama ia bantu meluruskan ( elak further misalignment tulang) ibujari kaki.
Bunion Pad / Padding: mengurangkan geseran dan beri rasa lebih selesa. Contohnya produk Dr Scholl’ s — Bunion Cushions.
3) Penggunaan alatan Orthotics ke dalam kasut / waktu malam, seperti bunion night splint ( rujuk gambar)
4) Ice compression — tuam dengan ais pada bahagian Bunion yang sakit membantu meredakan bengkak.
5) Penggunaan pain killer, jika perlu (sakit kuat)
B) Rawatan Pembedahan.
Surgeri mungkin diperlukan jika keadaan Bunion makin teruk, dan segala usaha guna kasut khas / bunion correctors tak beri kesan yang dingini. Pembedahan bunion akan meluruskan balik tulang, tendon & ligamen kembali ke posisi asal.
Perlu difahami, pembedahan Bunion dilakukan bukan atas sebab kosmetik, yakni bukan semata mata buat surgeri untuk cantik kan semula bentuk ibujari kaki tu. Surgeri hanya perlu kalau:
Sakit yang ketara dan mengganggu kehidupan harian ( susah nak berjalan / bekerja )
Keradangan ( inflammation) pada ibujari yang teruk & kerap berulang ulang.
Sendi MTP pada ibujari kaki yang dah keras / tak boleh bengkok.
Ada banyak teknik pembedahan seperti mengikis bahagian Bunion yang terbonjol ( pembedahan Exostectomy ), pembedahan meluruskan tulang ibujari dengan memasukkan pin / skru ( pembedahan Osteotomy), pembedahan membuang sendi yang dah rosak teruk dan tulang yang senget diluruskan dengan ikatan skru / pin / plate ( pembedahan Arthrodesis).
Terima kasih Dr Khairul di atas perkongsian yang cukup berguna ini. Semoga anda pembaca MASKULIN dapat memanfaatkan perkongsian beliau untuk membendungnya di masa akan datang.
Perkongsian asal beliau di Facebook;
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kesuburan seseorang lelaki itu bergantung sepenuhnya kepada kuantiti dan kualiti sperma yang dihasilkan olehnya. Jika salah satu faktor ini terganggu, adalah sukar untuk seorang lelaki itu mencapai kehamilan.
Kemandulan di pihak lelaki boleh di kenal pasti apabila, setelah kedua-dua belah pihak diuji, masalah dikenal pasti berada di pihak suami. Diagnosis ini dicapai apabila analisa sperma menunjukkan kekurangan kuantiti atau kualiti sperma.
Terdapat pelbagai faktor yang membolehkan kuantiti dan kualiti sperma itu terganggu dan menyebabkan kemandulan seseorang lelaki.
Kemandulan lelaki adalah penyebab di dalam 50 peratus dari seluruh masalah fertiliti yang di hadapi oleh setiap pasangan.
Punca kuantiti sperma berkurangan
1. Masalah pembentukan sperma di dalam testis
Ini boleh disebabkan oleh masalah genetik, infeksi, pengembangan salur darah, ubat, trauma dan rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.
2. Masalah saluran pengaliran sperma dari testis ke air mani
Ini disebabkan oleh infeksi, pembengkakkan kelenjar prostat, vasektomi (proses pemandulan elektif) atau dilahirkan tanpa saluran untuk pengaliran sperma ke dalam air mani.
3. Masalah hormon menyebabkan kuantiti sperma berkurangan
Masalah seksual seperti masalah ereksi, tidak boleh mencapai klimaks, kecederaan saraf atau ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan masalah kesuburan di pihak lelaki.
Tip elak mandul atau ketidaksuburan sperma
Yang paling penting ialah untuk berjumpa pakar fertiliti segera seperti yang disarankan di atas untuk mengesan masalah kesuburan dan puncanya supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Jika sesuatu masalah yang memerlukan rawatan IVF untuk mencapai kehamilan, adalah lebih baik jika dilakukan di peringkat awal kerana kejayaan IVF itu sangat bergantung kepada umur pasangan wanita.
Ads
Ubah cara hidup ini untuk lelaki tambahkan kesuburan
Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting.
Pengambilan vitamin dan mineral tambahan terutamanya, zink, selenium, Coenzyme Q10 amat penting untuk memastikan kuantiti dan kualiti sperma bagus.
Senaman juga memastikan pengaliran darah yang bagus ke seluruh badan terutamanya ke organ reproduktif.
Pengawalan berat badan juga penting kerana obesiti adalah salah satu faktor yang menjejaskan kesuburan seseorang lelaki itu.
Merokok harus dielakkan kerana tabiat ini adalah salah satu punca pengurangan kuantiti dan kualiti sperma. Ia juga boleh menyebabkan masalah seksual seperti masalah ereksi kerana rokok boleh mengganggu pengaliran darah ke alat kelamin.
Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh mengganggu kesuburan seseorang lelaki
Suhu yang panas boleh mengganggu pembentukan sperma. Oleh itu adalah dinasihatkan seorang lelaki yang sedang merancang untuk mencapai kehamilan bersama pasangannya untuk mengelakkan berendam di dalam air panas (bath/sauna). Pakaian yang tidak ketat, terutama pakaian dalam penting untuk memastikan suhu badan tidak terlalu panas.
Tekanan juga boleh mengganggu kesuburan. Oleh itu, langkah-langkah untuk menangani “stres” adalah amat penting untuk membantu untuk meningkatkan kesuburan seseorang lelaki.
Masalah ketidaksuburan tidak perlu dijadikan stigma untuk menghalang seseorang itu, lelaki atau perempuan untuk tampil mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. Masalah kesuburan perlu dilihat seperti penyakit-penyakit lain yang perlu dirawat.
Di kala ini, terdapat pelbagai teknik-teknik yang boleh membantu pasangan untuk mencapai kehamilan. Yang penting pasangan itu berjumpa pakar dengan segera tanpa berlengah-lengah kerana tindak balas kepada rawatan lebih baik jika pasangan perempuan belum meningkat umurnya.
Sumber: Dr. Sumithra Devi Valiapan (Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Fertiliti, Sunfert International Fertility Centre)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Protein sangat penting untuk pembinaan otot, pilih makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya. Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
2. Elak makanan berlemak atau bergoreng
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
3. Elak perut kosong tanpa makanan
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
4. Bersenam
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
5. Rehat yang cukup
Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.