Pakai Barang-Barang Ni Kalau Tak Nak Kipas Cepat Berhabuk

Share

Jika anda seorang anak yang bagus atau suami yang selalu ringankan beban suami, pasti anda akan selalu membantu para wanita mengemas rumah kan? Dan perkara yang paling sering wanita minta anda buat adalah mengelap cermin atau kipas! Tentu anda selalu dengar mereka membebel habuk sudah mula banyak kurang dari sebulan kan?

Kami pun nak bantu para lelaki untuk tidak sering bersihkan kipas. Jadi, ini antara tip yang anda boleh peroleh untuk tidak sering bersihkan kipas.

Bahan yang perlu ada adalah pelembut dan juga cuka.

Campurkan kedua-dua bahan, rendamkan kain buruk dan lap pada bilah kipas anda setelah anda bersihkan kipas dengan cara biasa. Jangan pula dengan habuk-habuk tu sekali.

 

Biarkan selama 5 minit dan lapkan kembali dengan air biasa nescaya kipas anda akan kalis habuk dalam masa 4-5 bulan.

 

WAH, MUDAHNYA!

Kalau tak percaya, cubalah dulu dan tengok hasilnya. Memang mudah, hanya guna 2 bahan yang biasa ada di setiap rumah. Kos pun murah, tak perlu beli sabun atau pencuci mahal-mahal.

Apapun, yang penting perlulah utamakan kebersihan supaya kita tak mudah terkena penyakit dan alahan, terutamanya rumah yang ada anak kecil.

Sumber: Siraplimau.com

Published by
Maiya Deen