Gaya Hidup

Pak Nil Enggan Kendali Temu Bual Korek Sisi Peribadi Orang Seperti Dahulu

Share

Rancangan temu bual adalah platform terbaik bagi mengenal sisi peribadi atau sudut pandang seseorang, namun segalanya bergantung kepada kebolehan pengacara untuk mengajukan soalan demi mendapatkan jawapan yang terbaik.

Namun adakalanya, soalan dari pengacara mampu mencungkil dan mendedahkan sisi tidak baik seseorang apabila mereka.

Bagi pengacara ‘otai’ seperti Datuk Aznil Hj. Nawawi, beliau tidak mahu lagi mengendalikan rancangan temu bual sedemikian.

@maskulinmy ‘Otai’ dunia pengacaraan hiburan dan program temu bual, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil berkongsi pandangan tentang dunia poscast. #maskulin #majalahmaskulin #paknil #fyp #podcast #CapCut ♬ original sound – Maskulin

“Itu pilihan saya sendiri. Saya tak mahu buat program temubual yang melibatkan sisi peribadi atau mengorek rahsia seseorang,” katanya kepada Maskulin.

Tak Mahu Rasa Bersalah, Menyesal

“Saya sudah sampai tahap usia yang pentingan keamanan ketika bekerja. Bila keluar daripada set, saya tak mahu rasa bersalah dan menyesal.

Perkara itu sangat berbeza dengan ketika beliau aktif mengacara dahulu, di mana ketika itu beliau akan berasa puas apabila mampu menekan seseorang sehingga tidak mampu menjawab soalan ataupun terdedahkan perkara yang lain.

 

Tambah Datuk Aznil, atau lebih mesra digelar Pak Nil, adakalanya soalan yang diajukan bukanlah keinginannya namun atas permintaan pihak penerbit.

“Zaman kami duhulu, ada badan penapis yang akan memantau bukan sahaja dari segi kandungan tetapi juga profil tetamu dan topik yang akan dibincangkan. Pakaian pun perlu mendapatkan kelulusan,” tambahnya.

BACA: “Jangan Sia-Siakan Zaman Sekolah”, Pesan Hazama Kesal Tidak Tumpu Pelajaran Dahulu

Published by
Ruszaini Ruslan