Pahang Berjaya menumpaskan Selangor dengan 0-2 malam tadi di Stadium National Bukit Jalil. Walaupun dihimpit dengan jualan tiket yang lembab atas faktor Piala Dunia, kehadiran penyokong dari kedua-dua pasukan ini tidak mengecewakan.
Tok Gajah menebus kekecewaan kalah kepada Kedah menerusi jaringan Nor Azam Azih dan Patrick Cruz pada setiap babak. Nor Azam yang menjana gerakan dari bahagian tengah merobek pintu gol lawan menerusi rembatan ke penjuru kiri atas gawang untuk menewaskan Khairul Azhan Khalid pada minit ke-23 sebelum Tok Gajah mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti Cruz pada minit ke-57.
Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh bermula garang sebaik wisel ditiupkan dengan Mohamadou Sumareh lincah bergerak di sebelah sayap kanan.
Pahang memperoleh dua kesempatan dalam tempoh terdekat untuk menokok jaringan melalui sepakan percuma Nor Shahrul Idlan Talaha yang tepat ke dakapan penjaga gol manakala Safuwan Baharuddin melonjak tinggi, namun tandukannya Berjaya ditepis oleh Khairul Azhan.
Pahang meneruskan corak permainan yang sama sebaik permainan bersambung dan kekasaran Alfonso de La Cruz ke atas Amutu membawa padah apabila dia bukan saja diberikan kad kuning, malah menghadiahkan penalti kepada pihak lawan. Khairul Azhar hanya Berjaya mencuit bola namun sepakan Cruz masih menuju ke gawang gol.
rata-rata melihat perlawanan malam tadi seperti berat sebelah apabila Kem Selangor merungut beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka yang menyaksikan Ilham Udin Armaiyn terjatuh di dalam penalti selepas ditolak Matthew Davies pada minit ke-75, sebaliknya Pahang diberikan sepakan percuma atas kekasaran Razman Roslan ke atas Amutu.
Selangor terus bergelut namun masih tewas di tangan Tok Gajah. Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Pahang!
Sumber: Staduim Astro