Ambil Makanan Ini Sebagai Sarapan Dan Makanlah Apa Saja Lepas Tu

Share

 

Sebelum anda nak hadap jem ke pejabat tu, apa kata kalau anda isi perut anda dengan makanan yang sihat dan seimbang. Kalau busy sangat pun, ambillah masa sedkit, dan makan makanan yang bagus untuk sepanjang hari.

Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

 

Ini antara tip yang boleh anda follow semasa beraya di rumah sanak saudara.

 

  1. Kawal Nafsu

 

Kebiasaannya hidangan  mengandungi kalori yang melampau kerana minyak dan banyak lagi. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan. Dengan cara ini, boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada sistem penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang hari.

 

 

  1. Minum air masak

Selain daripada anda bilas apa yang anda makan dengan air masak, bagun tidur dan terus minum air tanpa berus gigi pun baik untuk sistem dalam tubuh anda. Dalam pada tu jangan pula untuk ambil air masak sekurang-kurangnya sampau urin jernih. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit jika anda makan bermacam hidangan pada waktu makan tengah hari. Ini untuk mengelakan anda dari sakit perut, atau sembelit. Air manis terlampau banyak juga boleh membuatkan keradangan tekak. Tak bestlah kalau sakit masa raya.

 

  1. Kurma

Siapa kata kurma hanya baik dimakan ketika bulan puasa sahaja? Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sebelum anda mulakan hari anda di pejabat amat digalakkan. Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum makan tengah hari sebagai snek.

  1. Cuba ambil buah-buahan

jika anda masih berasa lapar diantara makan tengah hari dan makan malam, kami nasihatkan anda supaya ambil buah-buahan ini disamping sayur-sayuran. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.

 

 

Sumber : Kevin Zahri

 

Published by
Maiya Deen