Gaya Hidup

‘Pagar’ Kediaman Anda Dari Dimasuki Ular Berbisa, Guna 6 Cara Ini Untuk Selamatkan Rumah

Share

Kehadiran ular berbisa adalah sesuatu yang amat ditakuti. Lebih-lebih lagi jika ia berkeliaran di sekitar kawasan rumah. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan ular berbisa yang jenis darah sejuk ini mula mencari tempat baru untuk bersarang seperti rumah kita.

Anda harus memastikan halaman rumah yang bersemak-samun atau rimbunan daun yang tidak terurus dibersihkan kerana ia mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.

BACA: Jemur Pakaian Dalam Rumah Undang Pelbagai Penyakit! Ini Antara Sebab-Sebabnya

Selain itu, ini tujuh cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ular ‘berkunjung’ ke rumah anda! :

1. Elak tanam pokok hiasan yang lebat dan tinggi

Pokok bunga memang cantik namun pokok yang berdaun lebat serta tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa bagi makhluk bernama ular. Begitu juga dengan pasu besar yang diletakkan di luar rumah. Sebaiknya letak pokok ini di kawasan yang jauh daripada rumah dan sentiasa trim daunnya agar tidak terlalu lebat.

2. Tutup lubang yang dipenuhi air atau berlecak

Apabila cuaca panas, ular mencari-cari kawasan yang berair untuk menyejukkan badannya. Jika anda terjumpa kawasan yang berlubang, berlopak dan berair, ada baiknya anda tutup lubang tersebut dengan tanah.

3. Jangan jadikan kawasan rumah sebagai sumber makanan

Tikus, serangga dan haiwan peliharaan seperti burung, ayam dan kucing sering menjadi sasaran sebagai makanan ular dan spesis ini akan menjadikan kawasan rumah anda sebagai sumber makanan. Sebaiknya, letak sangkar haiwan dalam rumah dan pasang jerat untuk menangkap tikus yang berkeliaran.

4. Tutup semua lubang di kediaman

Oleh kerana tubuhnya halus dan licin, ular mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang biarpun kecil, anda harus memastikan lubang yang ada ditutup dan dibaiki untuk mengelak daripada ular jekuar masuk terutamanya pada bahagian dinding, pintu dan tingkap.

5. Bina pagar keliling rumah

Tindakan membina pagar sekurang-kurangnya dapat menghalang kemasukan ular ke dalam kawasan rumah. Pasang juga jaring pada tingkap dan pintu untuk mengelakkan ular dapat mencari jalan untuk membuat sarang dalam rumah anda.

BACA: Sebelum Mohon Pinjaman Rumah, Kenalpasti Dahulu Sebab Bank ‘Reject’ Permohonan Kita

6. Pasang perangkap

Jika anda pernah ternampak kelibat ular yang melintas di kawasan berhampiran kediaman anda, anda boleh pasang perangkap dengan menjadikan tikus sebagai umpan. Sangkar yang kecil dan letakkan di kawasan yang mudah untuk dilihat.

 

Published by
arif.karim