Tidak dinafikan lelaki kadangkala tidak terlalu cerewet dalam memilih warna pakaian. Apa yang tersarung di badan dan nampak sesuai itulah yang kita pakai.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat beberapa padanan warna yang bukan sahaja mampu menigkatkan tahap penampilan tetapi memberikan tanggapan yang lebih positif kepada anda?
Warna memainkan peranan sangat penting. Itu sesuatu perkara dalam fesyen yang tidak dapat kita sangkal.
Berbeza dengan wanita, kita sebagai golongan lelaki kadangkala mempunyai seleksi pakaian yang agak terhad dan tak banyak seperti mereka.
Disebabkan itulah padanan warna memainkan peranan sangat penting untuk menonjolkan personaliti dan gaya elegan seorang lelaki.
Dan padanan warna yang MASKULIN nyatakan di bawha ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian formal tetapi untuk pakaian kasual setiap hari.
Jom ikuti padanan warna terbaik untuk lelaki!
Padanan warna biru gelap atau navy dengan putih meurpakan antara padanan yang terbaik untuk lelaki. Kontra warna pakaian navy dan putih membuatkan si pemakainya tampil lebih menyerlah. Ia juga mempunyai sentuhan warna klasik dan warna seperti uniform kelasi pada zaman dahulu. Sebagai contoh padanan jaket navy dan seluar warna putih atau coklat pastinya membuat si jejaka lebih elagan.
Hitam dan putih sudah jadi perkara yang sudah terlalu biasa. Kini, padanan warna hitam dan kelabu menhadi pilihan ramai pengemar smart kasual. Anda juga boleh tampil dengan gaya streetwear yang kemas dengan warna hitam dan kelabu. Variasi kedua-dua warna ini dilihat cukup ringkas namun memberi dimensi yang elegan dan menampakkan sisi maskulin.
BACA: 6 Panduan Menggayakan Kemeja Yang Lelaki Harus Tahu
Warna hijau atau olive sering kali dikaitkan dengan tema ketenteraan. Dan sememangnya tema warna ini menonjolkan sisi maskulin dan elegan jika dipadankan dengan warna sesuai. Untuk ‘melembutkan’ warna hijau yang tampak keras, padankan warna khaki untuk memberikan sedikit tona kasual.
Dua padanan ini memang sesuai untuk anda yang mencari gaya kasual atau untuk ke majlis rasmi. Mungkin anda sudah bosan dengan warna kot atau blazer berwarna hitam dan boleh mencuba padanan dua warna ini. Coklat membawa tema gelap manakala krim pula lebih ringan. Dengan tema kontra ini ia lebih elegan digayakan lelaki eksekutif.
Selain krim, warna coklat juga sesuai dipadankan dengan warna burgundy. Dengan tema lebih gelap dan nampak lebih serius, padanan dua warna ini memberikan satu gaya sensual.
Suatu ketika dahulu warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang dijauhi oleh lelaki. Tapi zaman sudah berubah dan semakin ramai lelaki berani menggayakan pakaian warna ini. Jika dipadankan dengan warna yang lebih sesuai seperti kelabu, ia akan mengurangkan sisi feminin warna pink. Mungkin anda boleh mencubanya dengan jaket dan t-shirt!
Semoga perkongsian ini mampu membantu penampilan anda jadi lebih menarik!