Tidak dinafikan lelaki kadangkala tidak terlalu cerewet dalam memilih warna pakaian. Apa yang tersarung di badan dan nampak sesuai itulah yang kita pakai.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat beberapa padanan warna yang bukan sahaja mampu menigkatkan tahap penampilan tetapi memberikan tanggapan yang lebih positif kepada anda?
Warna memainkan peranan sangat penting. Itu sesuatu perkara dalam fesyen yang tidak dapat kita sangkal.
Berbeza dengan wanita, kita sebagai golongan lelaki kadangkala mempunyai seleksi pakaian yang agak terhad dan tak banyak seperti mereka.
Disebabkan itulah padanan warna memainkan peranan sangat penting untuk menonjolkan personaliti dan gaya elegan seorang lelaki.
Dan padanan warna yang MASKULIN nyatakan di bawha ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian formal tetapi untuk pakaian kasual setiap hari.
Jom ikuti padanan warna terbaik untuk lelaki!
Ads
BIRU NAVY & PUTIH
Padanan warna biru gelap atau navy dengan putih meurpakan antara padanan yang terbaik untuk lelaki. Kontra warna pakaian navy dan putih membuatkan si pemakainya tampil lebih menyerlah. Ia juga mempunyai sentuhan warna klasik dan warna seperti uniform kelasi pada zaman dahulu. Sebagai contoh padanan jaket navy dan seluar warna putih atau coklat pastinya membuat si jejaka lebih elagan.
HITAM & KELABU
Hitam dan putih sudah jadi perkara yang sudah terlalu biasa. Kini, padanan warna hitam dan kelabu menhadi pilihan ramai pengemar smart kasual. Anda juga boleh tampil dengan gaya streetwear yang kemas dengan warna hitam dan kelabu. Variasi kedua-dua warna ini dilihat cukup ringkas namun memberi dimensi yang elegan dan menampakkan sisi maskulin.
Warna hijau atau olive sering kali dikaitkan dengan tema ketenteraan. Dan sememangnya tema warna ini menonjolkan sisi maskulin dan elegan jika dipadankan dengan warna sesuai. Untuk ‘melembutkan’ warna hijau yang tampak keras, padankan warna khaki untuk memberikan sedikit tona kasual.
COKLAT & KRIM
Ads
Dua padanan ini memang sesuai untuk anda yang mencari gaya kasual atau untuk ke majlis rasmi. Mungkin anda sudah bosan dengan warna kot atau blazer berwarna hitam dan boleh mencuba padanan dua warna ini. Coklat membawa tema gelap manakala krim pula lebih ringan. Dengan tema kontra ini ia lebih elegan digayakan lelaki eksekutif.
COKLAT & BURGUNDY
Selain krim, warna coklat juga sesuai dipadankan dengan warna burgundy. Dengan tema lebih gelap dan nampak lebih serius, padanan dua warna ini memberikan satu gaya sensual.
KELABU & PINK
Suatu ketika dahulu warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang dijauhi oleh lelaki. Tapi zaman sudah berubah dan semakin ramai lelaki berani menggayakan pakaian warna ini. Jika dipadankan dengan warna yang lebih sesuai seperti kelabu, ia akan mengurangkan sisi feminin warna pink. Mungkin anda boleh mencubanya dengan jaket dan t-shirt!
Gabungan Warna Yang Perlu Anda Elak!
Merah & hijau
Merah & orean
Hijau & oren
Coklat & hitam
Ungu & kuning
Semoga perkongsian ini mampu membantu penampilan anda jadi lebih menarik!
https://www.youtube.com/watch?v=5mj-H7JM21w
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak best langsung jadi lelaki dengan perut berisi dan perut buncit. Paling membosankan bila keseluruhan bentuk badan nampak okey, tetapi yang tak okey bila perut pula buncit.
Jangan lepaskan peluang untuk anda bergaya dengan skinny jeans yang sememangnya menjadi kegilaan lelaki untuk nampak lebih tinggi dan kurus. Jom ikuti 4 tip pemakaian skinny jeans ini untuk lelaki berisi atau perut buncit.
1. Pilih seluar warna gelap
Pastikan anda pilih skinny jeans daripada warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu pada tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan membuatkan kaki anda nampak besar.
Kalau nak pilihan yang mudah dan selamat, belilah warna hitam sebab ia sesuai dipadankan dengan mana-mana baju T. Malah ia juga akan menampakkan kaki anda lebih kecil.
2. Ambil tahu potongan seluar
Pastikan anda mengambil tahu jenis potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki seperti ini, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat.
Jika anda memakai seluar jeans yang terlalu ketat, bimbang akan menampakkan perut anda tersembul ketika berjalan mahupun duduk.
3. Jangan beli fabrik getah
Elak membeli skinny jeans yang diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti anda akan kelihatan seperti mahu beriadah di padang.
4. Jangan pakai yang banyak poket
Elak daripada memakai seluar skinny jeans yang mempunyai banyak poket kerana ia akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih besar dan gemuk.
Begitu juga dengan jaket, jangan memadankan dengan jaket bersaiz besar kerana ia bakal menampakkan badan anda tidak seimbang dan pendek. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.
Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, anda boleh meniru fesyen daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang besar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa kerjaya anda ketika ini? Pastinya untuk gapai menara gading sangat sukar atas beberapa faktor seperti peluang kerja yang sangat tipis malah Profession itu tidak lagi diperlukan. Untuk mereka yang masih lagi berusaha untuk mencapai cita-cita untuk sesebuah profession, apa kata anda lihat list kami. Mungkin ada antara kerjaya yang anda minat tapi tidak diterima lagi 10 tahun akan datang.
Juruwang
Tahukah anda bahawa Jepun sudah mula mengeluarkan teknologi pasaraya elektronik di mana anda boleh menaiki kereta dan memilih barangan di dalam sebuah bangunan, dan bayar di kaunter dengan menggunakan kad debit saja? Ya, mereka telah mengeluarkan ini. Malah ketika ini pun di Malaysia, tanpa sedar, pasar raya besar telah menggunakan kaedah kaunter elektronik dimana anda hanya perlu scan barangan anda dan bayar melalui khidmat debit. Mudah kan? Jadi di mana keperluan juruwang lepas ni?
Telemarketer
Di dalam dunia serba canggih ini, manusia sudah jarang menggunakan telefon untuk menjual barang dan sebagainya. Mereka lebih selesa menggunakan email ataupun khidmat pesanan ringkas untuk menjual. Tambahan pula, media sosial seperti FB telah diperkenalkan untuk mereka menjual barang secara online. Telemarketing telah mula tidak dilihat dibawa arus zaman. Dengan pemasaran e-mel meningkat, pekerjaan yang sama sekali tidak akan dijumpai lagi.
Agen Perlancongan
Siapa masih lagi perlukan Tour Guide jika internet dan blog-blog sudah bersepah memperkenalkan kehebatan sesebuah negara tersebut. Anda hanya perlu rajin check tiket penerbangan murah dan mula lihat apa yang murah dan sesuai untuk anda ketika anda sedang melancong. Backpackers sekarang ini menjadi trend anak muda. Jadi ke mana arah agen perlancongan? Mereka ini masih diperlukan jika sesebuah agensi atau syarikat melancong atau urusan syarikat secara berkumpulan, kerana tempat tinggal dan pengangkutan semua disediakan. Jadi mudahlah jika Agen yang menguruskan. Kerjaya ini masih diperlukan namun, keperluannya beransur tipis.
Pemandu Teksi
Suatu ketika dahulu, pemandu teksi dilihat sebagai pengangkutan paling berguna apabila ada antara anda yang pulang larut malam. Mana pula nak cari bas kan? Ketika semua orang mahu menjadi pemandu teksi kerana kerjaya ini boleh menghasilkan pendapatan lumayan, ia berlaku sekitar 80an – 90an. Namun setelah dunia mencecah abad di 21, Teksi sudah mula tidak dipandang. Ini kerana pengangkutan seperti LRT dan Bas Awam percuma menjadi pilihan orang ramai. Apa yang menariknya, rezeki teksi ketika ini disekat apabila pemandu Grab mula menempah nama. Anda pasti tahu apa yang terjadi jika pemandu teksi bertemu dengan pemandu Grab kan?
Penerbitan dan Percetakan
post press finishing line machine: cutting, trimming, paperback and binding
Kami sebagai media harus akui bahawa percetakan sudah mula tidak dipandang kerana ramai yang lebih selesa untuk ke digital. Ramai antara anda memilih untuk membaca surat khabar atau buku secara digital dimana anda hanya perlu download dan bacanya melalui telefon pintar anda sahaja. Kerana itu, ramai penerbitan sudah mula melebarkan sayap mereka menerusi digital agar tidak ketinggalan. Syarikat percetakan? Mungkin masih diperlukan namun tidak begitu banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pantone Institute sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat yang sebelum ini terkenal dengan Pantone Matching System (PMS), pemilik kebanyakan color space dalam industri terutamanya percetakan, cat dan fabrik.
Setiap tahun mereka akan mengumumkan ‘Color of the Year’ yang diramal mereka bakal menjadi warna trend untuk sepanjang tahun tersebut.
Untuk tahun 2019, Pantone telah mengumumkan Living Coral sebagai warna pilihan. Ia merupakan warna yang sedikit mellow berbanding tahun lalu iaitu ultra-violet terang.
Ramai pemerhati terutamanya dalam bidang gaya hidup, seni dan fesyen terutamanya maramalkan warna ini akan menjadi sangat popular sepanjang tahun 2019. Dengan reputasi yang dibawa oleh Pantone ia merupakan satu perkara yang diambil cukup serius oleh pemain-pemain utama industri.
Living Coral yang mempunyai elemen optimis dan kegembiraan membawa sebuah ekspresi yang meriangkan. Sesuai dengan warnanya yang sedikit lembut namun masih mempunyai elemen bold, Living Coral juga dijangka popular di kalangan lelaki.
Warna yang diinspirasi daripada hidupan laut terutamanya terumbu karang membawa erti kepelbagaian kaleidoskop warna. Mungkin ada antara anda yang keliru adakah ia sama dengan warna merah jambu? Tidak ia berbeza. Walaupun sekali imbas ia kelihatan sama namun Living Coral masih mempunyai elemen maskuliniti yang cukup jelas.
Jom ikuti perkongsian MASKULIN tentang item Living Coral yang pasti sesuai dengan gaya harian anda!
Kasut adidas Originals Coral Red GAZELLE Suede
Sneakers merupakan kasut yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki. Warna Living Coral menyerlahkan sisi berbeza anda yang selama ini mungkin yang hanya biasa menggayakan warna asas.
Kemeja Jack & Jones
Kemeja yang sinonim dengan majlis lebih formal. Nak ke kenduri kahwin? Mungkin warna ini boleh menyerlahkan penampilan anda!
Sweatshirt Calvin Klein
Walaupun negara kita beriklim tropika namun penggunaan sweatshirt masih popular terutama di kalangan profesional yang santai di pejabat. Selain selesa ia juga memberikan gaya cukup minimalis.
Beg galas Nike
2018 adalah tahun di mana sling bag atau fanny pack menjadi fenomena popular di kalangan penggemar fesyen. Tahun ini, the backpack is back!
Jam Swatch Sistem Blush
Lupakan seketika smartwatch dan jam berpersonaliti serba maskulin. Mungkin ini gaya yang sesuai untuk anda gayakan di waktu santai terutamanya bila mengembara ke kawasan pulau.
Jaket New Balance Classic Coaches
Jaket serba guna yang boleh digunakan dalam apa jenis cuaca dan keadaan. Must have item untuk tahun 2019!
Cufflink Paul Smith
Pelengkap gaya anda yang memakai kemeja bila ke majlis rasmi yang mungkin sedikit santai.
Topi adidas Originals
Jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminat fesyen terutamanya streetwear dan sportwear. Sekali-sekala anda mahu tampil bergaya dengan topi ringkas untuk melengkapkan gaya kasual.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.