
Lelaki dan permainan video memang tidak dapat dipisahkan. Namun malang bagi lelaki ini apabila gara-gara leka bermain game selama lebih 20 jam di siber kafe, dia mengalami lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah. Ia mengakibatkan paramedik terpaksa membawa lelaki itu ke hospital.
Dalam masa yang sama, ketika dia diusung ke dalam ambulans, lelaki itu masih sempat merayu kepada kawan-kawannya untuk bermain bagi pihaknya. Kejadian berkenaan berlaku di China. Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak didedahkan.
Menurut Chinese news site QQ.com, lelaki berkenaan mahu ke tandas apabila dia secara tiba-tiba menyedari bahawa bahagian bawah badannya tidak boleh bergerak.
Lelaki itu kini di bawah pemantauan hospital.Pemainan video game menjadi isu utama di negara China kerana ia melibatkan golongan remaja. Kebanyakannya memilih untuk bermain game dan mengetepikan pengajian serta kehidupan sosial.
Malah ketagihan kepada internet dianggap sebagai satu penyakit di China hinggakan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem pemulihan untuk membuang ketagihan berkenaan.
Salah satu permainan paling popular di internet ialah ‘King of Glory’. Ia dimainkan dengan beberapa pemain dan dikatakan sebagai `candu’ internet. Permainan itu diperkenalkan pada 2015 dan telah menarik 50 juta orang untuk bermain pada satu-satu masa.
*video hanya hiasan
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pemain Vietnam, Doan Van Hau Tutup Ruang Komen IG Gara-Gara Diserang Penyokong Bola Sepak

Selepas redanya kehangatan Piala Dunia yang berlangsung di Qatar baru-baru, peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara kini dilanda ‘demam’ yang baharu pula.
Kali ini demam bole sepak yang sifatnya lebih serantau dan tidak kurang kompetitifnya. Kejohanan terunggul di Asia Tenggara iaitu Piala AFF kini sedang berlangsung. Dan semalam pasukan negara tercinta Harimau Malaya beraksi di kandang lawan menentang Vietnam.
Walaupun mempamerkan aksi yang cukup baik namun pasukan kebangsaan tumpas 3-0 di tangan Vietnam. Namun perlawanan semalam tidak sepi dari kontroversi terutamanya selepas pengadil dari Jepun, Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti dan melayangkan kad merah ke atas Azam Azmi.
Other clip of Van Hau elbowed another Malaysian player, Shahrul. Dirty way for sure#AFFMitsubishiElectricCup2022 #AFFMitsubishiElectricCuppic.twitter.com/3B2k1bMlvk
— bbomg7💚🕊️ (@narae8895) December 27, 2022
Keputusan itu agak kontroversi selepas pemain Vietnam, Doan Van Hau merempuh Azam Azmi dan selepas itu berlaku sedikit ‘sentuhan’ yang diinterpretasikan oleh pengadil sebagai satu kesalahan yang berbentuk kad merah.
Ia sekali gus membingungkan bukan sahaja peminat tetapi juga pengulas sukan kerana keputusan itu dilihat agak ganjil. Bukan itu sahaja, sepanjang perlawanan Doan Van Hau dikenal pasti sebagai seorang pemain yang sangat kasar dan menariknya tidak mendapat hukuman setimpal dari pengadil yang bijaksana dari Jepun tersebut.
Ulasan daripada pemerhati bola sepak profesional menjelaskan sepakan penalti tersebut memang boleh diberikan jika benar-benar ada kekasaran munasabah berlaku walaupun di luar padang kerana perlawanan masih berjalan.
Watak ‘villain’ yang dibawa Doan Van Hau cukup berkesan dalam memberikan tiga mata penuh kepada Vietnam. Disebabkan itulah ramai peminat bola sepak terus melakukan kunjungan ‘mesra’ ke Instagram-nya.
Di ruangan komen terdapat ratusan komen yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Bukan sahaja peminat bola sepak dari Malaysia, malah ada juga dari Indonesai turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap semnagat kesukanan pemain ini yang boleh dipersoalkan.
MASKULIN kini mendapati Doan Van Hau telah menutup ruang komen di Instagram kendaliannya. Mungkin sudah tidak tahan dengan kritikan yang dilontarkan kepadanya?
Bukan itu sahaja, peminat bola sepak yang tidak berpuas hati juga turut menurunkan komen di Instagram teman wanitanya yang juga seorang jelitawan peserta pertandingan ratu cantik di negara tersebut.
Diharapkan agar peminat terutamanya dari negara kita tidak berketerlaluan dalam mengkritik pemain. Usah pula ia bertukar menjadi satu buli siber.
Kepada pasukan Harimau Malaysa, teruskan berjuang untuk perlawanan seterusnya. Kita masih ada peluang untuk muncul juara!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Petua Wajib Kamu Cuba Kalau Kepala Mula Botak & Rambut Mula Bersepah Di Lantai

Sebuah kajian terkini yang dijalankan ke atas para wanita mendapati 3 dari 5 orang wanita berkata bahawa rambut gugur dalam kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap seseorang lelaki itu.
Masalah rambut gugur sebelum masanya adalah perkara yang sangat memalukan. Malah, si empunya rambut juga bakal kehilangan keyakinan diri mereka serta menjadi terasing dari kelompok sosial normal.
Ini sangat bahaya okay, mari cuba 4 petua ini bagi mengembalikan keyakinan anda.
1. Kacang Hijau
Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut. Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sambil anda sapu, picit kulit kepala anda pelahan-lahan.
Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.
2. Daun Pandan
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.
Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air. Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya
3. Minyak Kelapa Hijau
Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih. Kemungkinan anda berasa janggal kerana baunya agak kurang menyenangkan sedikit. Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.
4. Vitamin Natural
Perkara yang anda makan juga memainkan peranan penting dalam cara melebatkan rambut anda dengan berkesan. Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut.
Banyakkan pengambilan makanan yang berasaskan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang membantu untuk menguatkan akar rambut anda. Selain itu ia juga menjadikan rambut anda lebih menarik dan lebat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Online Melalui Maybank2U, Jangan Risau Hukumnya Tetap Sah

Salah satu kewajipan yang perlu kita langsaikan sebelum menjelangnya hari raya adalah membayar Zakat Fitrah .Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
Kebiasannya ia boleh dilakukan dengan menemui amil di pusat-pusat zakat, masjid-masjid atau di mana-mana kiosk yang menawarkan perkhidmatan pembayaran ini. Pembayaran zakat fitrah juga mestilah dibuat bersama-sama lafaz akad zakat fitrah sama ada untuk diri sendiri, tanggungan dan untuk pihak lain. Tetapi kadangkala itulah yang menjadi masalah kita semua, kekangan waktu dan sikap suka bertangguh menyebabkan kita sering lupa untuk menunaikan kewajipan ini.Kini kita boleh menunaikan zakat ini melalui sistem online je
Pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan.
HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE
Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.
Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).
Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Maybank2U
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u
1. Login
2. Pilih ‘Bill Payment’
3. Klik ‘Make a one-off payment’
4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’
(Rujuk kadar zakat negeri anda: Kadar Zakat Fitrah 2018 Mengikut Negeri Di Malaysia)
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.
PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.
Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
LAFAZ NIAT & DOA ZAKAT FITRAH
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA’AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQOOTUHUM SYAR’AN FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Sahaja aku mengeluarkan zakat atas diriku dan atas keluargaku yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
Bacaan Doa Niat Membayar Zakat Fitrah
ALLAHUMMAJ ‘ALNAA MAGHNAMAN, WALAA TAJ’ALHAA MAGHRAMAN
Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
ADA TEKNOLOGI, TIADA ALASAN LAGI!
Dengan adanya teknologi kini, tiada alasan lagi untuk kita lewat menunaikan zakat fitrah.
Namun, bagi mereka yang terlupa menunaikan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu apabila masuk hari kedua Syawal, maka dikira berdosa dan wajib mengqadakannya.
Ini bermaksud, seseorang itu masih wajib mengeluarkan juga zakat fitrah itu walau setelah luput hari pertama Syawal dan zakatnya itu pada masa tersebut dikira qada.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI