“Packaging Win!” Warganet Teruja Dengan RImask Pelitup Muka Rekaan Rizalman

Share

Memakai pelitup muka bagi melindungi mulut dan hidung kini sudah menjadi sebahagian daripada norma baru kehidupan kita berdepan dengan ancaman wabak COVID-19.

Malah jika kita hendak memasuki mana-mana premis perniagaan kini kebanyakannya mewajibkan kita memakai pelitup muka. Kita cukup bertuah kerana kerajaan sentiasa mamastikan bekalan pelitup muka sentiasa mencukupi di pasaran.

Selain pelitup muka yang diimport kini semakin ramai yang menghasilkan pelitup muka sebagai punca pendapatan. Begitu juga dengan pereka-pereka tempatan. Antara yang bakal menampilkan rekaan pelitup muka ialah pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Rizalman Ibrahim.

Menerusi perkongsian beliau di laman media Instagram, sekeping foto dimuat naik menunjukkan rekaan pelitup mulut disertai bungkusan yang mempunyai bentuk seperti plastik ubat.

Perkongsian foto pelitup muka diberi nama RIMASK tersebut merupakan teaser rekaannya yang bakal dikeluarkan pada masa akan datang.

“Segak na?

“Akan datang… #RImask”

Dengan kapsyen pendek sahaja ia mampu membibitkan rasa teruja warganet terutamanya follower-nya. Rata-rata peminat setia Rizalman tidak sabar-sabar menantikan ia dipasarkan.

“Packaging luar kotak sungguh”

“Segaknya Dato nak beli satu lagini”

“Amboi packaging segak sangat”

Itulah antara komen dari followers Rizalman yang sangat teruja menantikan pelitup muka eksklusif di pasaran.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim