
Buat peminat Arsenal, jangan berduka kerana pemain terhebat Mmesut Ozil telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitternya.
III / III pic.twitter.com/c8aTzYOhWU
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) July 22, 2018
Pemain tengah Arsenal ini telah memenangi 92 caps dan telah membuat kemunculan antarabangsa pada tahun 2009 menyatakan bahawa racism dan tidak hormat antara satu sama lain merupakan punca beliau mengumumkan berita tergempar ini susulan daripada Piala Dunia tempoh lalu, dimana beliau telah dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan pertemuan antaranya dengan Presiden Turki sebelum perlawanan.
Beliau juga menyatakan bahawa layanan buruk yang diterima dari DFB yang menyebabkan beliau jijik untuk memakai baju kebangsaan Jerman sekaligus mengklasifikasikan yang pencapaian beliau miliki sejak 2009 telah dilupakan.
Menerusi akaun Twitternya juga beliau meluahkan bahawa berat untuknya meninggalkan pasukan itu dan banyak faktor telah dipertimbangkan. Namun ketidakpuashatian dengan pasukan itu sendiri atas sebab rasis, sudah sampai masanya untuk beliau mengundurkan diri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Petanda-Petanda Jelas Anda Mempunyai Kadar Metabolisma Rendah

MASKULIN yakin ramai di ahtara anda memasang azam untuk menurunkan berat badan terutamanya pada tempoh bulan-bulan terawal tahun baru. Siapa tidak mahu mempunyai berat badan yang ideal, bukan?
Namun setiap orang mempunyai kadar penurunan yang berbeza dan ia banyak bergantung kepada kadar metabolisma badan. Jika anda mempunyai metabolisma rendah usaha itu harus dilakukan lebih sedikit.
Tapi bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mempunyai metabolisma tinggi atau rendah? Berikut merupakan beberapa petanda anda mempunyai metabolisma rendah.
1. Berat mudah naik
Oleh kerana proses metabolisme adalah proses badan menukarkan apa yang kita makan dan minum menjadi tenaga, kadar metabolisme yang rendah akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana badan kita melakukan proses penghasilan tenaga tadi secara lebih perlahan. Apabila itu berlaku, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak dalam badan.
2. Mudah penat
Individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah juga mempunyai masalah mudah letih dan penat. Selain itu, simptom tersebut juga mampu menunjukkan berlakunya penurunan sel darah merah kerana kekurangan zat besi dan vitamin, yang akan menyebabkan kelihatan dan kadar metabolisme rendah.
3. Berat susah turun
Walaupun berat badan sangat bergantung kepada jumlah kalori yang diambil, dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil tiba-tiba akan menyebabkan kadar metabolisme badan kita menurun, kerana badan bertindak balas menyimpan kalori sebagai tenaga. Apabila metabolisme rendah, badan kita akan lebih sukar menurukan beratnya.
4. Kulit kering dan merekah
Hormon yang sama membantu kelembapan kulit dan kuku juga sama dengan hormon yang mengawal kadar metabolisme. Ketidakseimbangan dapat dilihat pada kesihatan kulit dan kuku. Kulit yang kering, gatal atau berminyak, serta masalah jerawat menunjukkan kadar metabolisme seseorang bermasalah.
5. Rambut gugur
Rambut memerlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh semula. Jika kadar metabolisme yang rendah memberi kesan pada nutrien rambut, rambut akan mengalami masalah keguguran ataupun menjadi kering dan kusam. Apabila itu berlaku, itu juga adalah tanda kadar metabolisme yang rendah.
6. Mudah berasa sejuk
Ada diantara kita yang badannya mudah berasa sejuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai simptom sedemikian, besar kemungkinan anda mempunyai kadar metabolisme lebih rendah perhatikan simptom-simptom lain dalam senarai ini, bagi menjelaskan lagi situasi anda.
7. Kurang fleksibel
Badan kita mempunyai sistem imunisasi yang sangat bergantung dengan kadar metabolisme kita.. Apabila badan kita menjadi lemah, cecair lebih mudah berkumpula pada bahagian sendiri dan otot, yang akan menyebabkan rasa tegang, lemah atau sakit pada bahagian itu.
8. Sentiasa mahukan gula
Badan kita akan menghantar isyarat pada kita, apabila kandungan gula rendah dalam badan kita. Ini dikawal oleh kelenjar adrenal kita yang mengawasi sistem metabolisme badan kita. Apabila kelenjar adrena badan kita gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kita rasa mahu makanan atau minuman bergula akibat rasa letih, itu petanda sistem metabolisme kita rendahl.
9. Sukar fokus
Kadar metabolisme yang rendah sebenarnya memberikan kesan yang besar pada kadar konsentrasi kita. Bagaimana otak kita berfungsi, daya kita bertindak balas dan membuat keputusan, semuanya bergantung dengan kadar metabolisme kita juga.
10. Mudah sakit kepala
Kerap rasa sakit kepala atau pening merupakan simptom yang mungkin berpunca daripada kelenjar tiroid kita yang kurang aktif akibat rendah kadar metabolisme. Pengeluaran tidak seimbang hormon kortisol yang mengawal kadar stres pada seseorang, disebabkan oleh kadar metabolisme yang tidak sekata juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami masalah migrain. Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah kadar metabolisme rendah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bina Otot ‘Sado’ Dengan Siri Senaman Crossfit Yang Mudah!

Crossfit merupakan cabang senaman yang agak popular di kalangan lelaki. Menumpukan kepada aspek stamina dan tenaga badan secara maksima, corak senaman ini memberikan kesan yang sangat efektif buat anda yang ingin membina otot dan mendapatkan fizikal tegap.
4 jenis senaman crossfit yang MASKULIN kongsi kali ini memberi tumpuan kepada hampir semua jenis otot badan seperti tangan, lengan, bahu, perut, kaki dan juga betis.
Jika anda ke gym ini 4 corak dan langkah senaman yang boleh anda cuba!
DEADLIFT
Ia akan lebih ffektif jika anda lakukan dengan pergerakan pantas. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada keseluruhan otot tubuh dan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Peria Ubati Buasir Dan Membersihkan Darah

Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI