Otot Lengan Kuyu Dan Tak Mantap? Cuba Gaya Workout Ini! Mudah Dan Berkesan!

Share

Memiliki lengan kekar, padat, dan proporsional seperti lengan yang dimiliki oleh Chris Hemsworth menjadi impian kebanyakan lelaki. Sayang tak semua lelaki boleh menjadikannya kenyataan. Apakah mustahil untuk mendapatkan lengan kekar seperti itu? Asalkan kamu tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.

Sebenarnya membentuk otot lengan adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan membentuk otot perut dan dada. Latihan untuk membentuk otot lengan boleh dilakukan di rumah. Asalkan kamu mampu untuk melakukannya secara rutin.

Berikut adalah empat cara bagaimana untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.

Latihan ringan arm circle

Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.

Lakukan push up secara rutin

Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.

Lakukan gerakan concentration curl

Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.

Lakukan pull up dengan betul

Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.

Empat latihan tersebut bila dilakukan secara rutin boleh membantu anda untuk membentuk otot lenganmu agar kelihatan kekar proporsional seperti Chris Hemsworth, pelakon yang memegang watak sebagai Dewa Thor. Oh ya, jangan lupa untuk mengambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan anda.

 

sumber: lelakisihat.com

Published by
webadmin