Walaupun tanpa menggunakan sebarang alatan, anda masih boleh melakukan senaman push up atau tekan tubi bagi mendapatkan bentuk badan yang menarik. Otot-otot di kawasan dada, lengan, bahu dan juga belakang dapat ditingkatkan kekuatan serta menyerlah.
Dan paling menarik senaman-senaman ini tidak perlu dilakukan di gym pun. Cukup hanya melakukannya di rumah sahaja!
Percayalah jika anda konsisten melakukan senaman tekan tubi, pasti membuatkan penampilan anda lebih segak apabila memiliki otot dada bidang dan tegap.
Ingin dapatkan otot dada tegap, pastikan anda buat 5 senaman tekan tubi ini.
Wide grip push-ups
Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin.
Ads
Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
Clap push-ups
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa.
Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
Ads
Spiderman push-ups
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa.
Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
Ads
Knee push-ups
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
Single leg raised push-ups
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah.
Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
https://www.youtube.com/watch?v=gTiOqK2eQdU
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk turun berat badan sebanyak 38 Kg dari 120Kg ke 82Kg, namun bagi tuan punya badan, ia bukan suatu yang mustahil.
Turun berat badan, semua orang boleh buat, namun yang berbeza adalah usaha kita untuk menurunkannya yang membezakan kita dengan orang lain.
Bagi Syafiq Nazmi, dia mengganggap makanan diet bukan sebagai makanan untuk diet, dia berjaya mengubah mindset dengan mengambil makanan tersebut sebagai makanan harian.
Mengimbau semula kenangan lama ketika berbadan besar, dia dahulu merupakan seorang yang gemar makan tidak tentu serta makan 3-4 kali sehari dengan hidangan yang banyak tanpa kawalan.
‘Saya rasa tidak selesa kerana banyak baju saya tidak lagi muat’, ujar pelajar kolej ini yang mana dia katakan ini adalah antara sebab dia ingin berubah serta berusaha menurunkan berat badan.
Tip pemakanan
Masa yang sama dia turut berkongsi antara hidangan diet yang dia amalkan seperti pada waktu pagi, dia makan nasi lemak dengan kadar 600Cal, diikuti tengahari nasi putih 280cal ayam rebus 160cal dan akhir sekali pada waktu malam makan Bee hoon sup 160 cal.
Apabila bertanya tentang perubahan fizikal badan, dia menyatakan bahawa ‘Saya mengambil masa 3 bulan untuk nampak perubahan yang ketara’, katanya.
Rancangan senaman
Selain itu, dia juga turut memperbanyakkan senaman berbentuk kardio, serta merancang untuk mempunyai berat badan 76 Kg walaupun ketika ini dia sudah bersyukur dengan berat yang dia sudah capai.
MASKULIN tahu memang ada sesetengah orang memang tiada masa. Agak sukar juga nak juggle masa antara karier, hal rumahtangga dan juga komitmen lain dalam hidup.
Namun tahukah anda sebenarnya untuk bersenam anda tak perlu ambil masa yang terlalu lama pun. Dan tahukah anda senaman juga boleh dilakukan di atas kerusi!
Dengan menggunakan teknik yang betul dan kesungguhan diri sendiri, anda pasti dapat lakukannya setiap hari. Curilah sedikit masa kira-kira 5 ke 10 minit sehari untuk lakukan senaman di bawah. Anda boleh lakukan setiap senaman pada waktu berbeza atau lakukan dua jenis senaman dalam setiap sesi.
Plank
Satu lagi jenis senaman yang popular di kalangan lelaki. Ia adalah sejenis bentuk untuk otot perut dan dilakukan dengan posisi seperti tekan tubi. Namun plank tidak perlukan anda turun naik seperti tekan tubi, sebaliknya hanya perlu tahan beban dengan tangan dan kaki selama yang boleh.
Semasa di pejabat anda boleh lakukan plank dengan menggunakan kerusi. Buka lengan dan letakkan tangan di atas permukaan kerusi atau meja dan berjalan ke belakang hingga satu sudut terbentuk. Letak jari kaki anda dalam keadaan renggang. Naikkan pinggul hingga membentuk garisan lurus dari bahu ke kaki. Tahan selama 30 hingga 60 saat.
Crunches
Kebiasaannya anda lakukan senaman crunhes ini di atas lantai. Tapi sebenarnya anda juga boleh lakukannya di atas kerusi. Anda hanya duduk di atas kerusi dengan posisi lurus pada 90 darjah. Pastikan lutut dibengkokkan dan kaki di atas lantai.
Letak tangan di tepi kepala atau atas dada. Gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang. Sebolehnya cuba ketatkan otot perut anda seketat yang boleh dan ulang dengan bergerak ke belakang dan ke depan semula. Anda pasti dapat rasa impaknya selepas itu.
Silang Siku Dan Lutut
Untuk senaman ini pula ia dilakukan dengan duduk menegak di kerusi dengan kedua-dua tangan diletakkan di sisi atas kepala. Mulakan memusing badan anda dengan mengangkat kaki kanan dan membawa siku kiri menyentuh lutut kanan.
Pastikan kaki anda diangkat perlahan-lahan, tidak terlalu cepat untuk memberi tekanan kepada otot perut. Ganti pula dengan mengangkat kaki kiri ke atas dan membawa siku kanan menyentuh lutut kiri. Anda akan dapat rasa otot perut yang menegang.
Kayuh Basikal
Pastikan anda duduk di hujung permukaan kerusi. Beri sokongan kepada bahagian atas badan dengan sandarkan bahu di atas kerusi. Kemudian letakkan kedua kaki dalam posisi mengayuh basikal. Mulakan gerakan mengayuh dengan mengangkat paha ke arah perut. Ulang perlahan-lahan sehingga otot perut anda terasa tegang.
Leg Pull In
Bagi senaman ini pula ia memberi fokus untuk menegangkan bahagian bawah perut. Kebiasaannya ia dilakukan di atas bangku gim. Namun ia juga boleh dilakukan di pejabat.
Duduk seperti biasa dan angkat badan anda menggunakan kekuatan kedua-dua tangan. Rapatkan kedua-dua kaki dan angkat ke paras dada. Seeloknya angkat perlahan-lahan hingga otot perut terasa tegang. Kemudian berhenti seketika bila lutut mendekati dada dan turunkan semula kaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja tentang Hari Raya, pastinya suasana riang gembira disertai dengan pelbagai juadah tradisi, moden dan masakan terkini terbayang di minda.
Pada waktu inilah setiap rumah akan menraikan tetamu yang hadir ke rumah dengan makanan-makanan lazat dan menyelerakan. Dan tak sah kalau kita tak sebut tentang rumah terbuka bila bercakap tentang Hari Raya Aidil Fitri.
Namun anda haruslah berjaga-jaga agar tak makan secara berlebihan. Nanti rugi sahaja puasa sebulan dengan jaga makan tapi bila raya, anda balun makan bagai nak rak. Ikuti tip bagaina anda nak elak dari makan berlebihan ketika hadir ke rumah terbuka.
JANGAN TAK BERAYA
Kalau nak jaga makan sekali pun janganlah pula anda duduk rumah sahaja dan tak beraya. Apatah lagi kalau anda dijemput secara peribadi. Inikan Hari Raya!
MULAKAN YANG SEIMBANG
Ketika nak makan di rumah terbuka pastikan anda pilih makanan seimbang dahulu. Lebihkan makanan protein serta serat yang mengeyangkan.
RANCANG LEBIH DAHULU
Untuk elak daripada anda makan secara berlebihan apa kata anda rancang untuk makan hanya satu hidangan untuk setiap rumah dalam portion sederhana.
RANCANG LEBIH TELITI
Bila di rumah terbuka jangan ikutkan nafsu mata dan selera. Imbas dahulu setiap hidangan kalau macam semua boleh makanan karbidrat dan lemak, anda boleh skip. Cukup sekadar jamah biskut raya sahaja.
RULE 20 MINIT
Biar perut anda berehat sekurang-kurangnya 20 minit sebelum meneruskan makan menu lain. Walapun sedikit ini boleh membantu penghadaman lebih baik.
IKUT SUNNAH NABI
Setiap sunnah nabi ada kejayaan. Kalau anda berpegang kepada kata-kata itu maka berhentilah makan sebelun kenyang. Gerenti anda tak makan berlebihan.
KURANG KALORI AIR
Bila raya pastinya rendang, lemak, ketupat dan bermacam lagi juadah tradisi jadi pilihan. Kurangkan pengambilan kalori dengan hanya minum air kosong.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.