Sekiranya anda mengambil makanan yang tidak berkhasiat, sedarkah bahawa anda berpotensi untuk berdepan dengan masalah otak jadi ‘slow’ hingga boleh memberi kesan pada prestasi serta kualiti kerja. Jadi otak slow sangat bahaya di alam pekerjaan.
Otak ‘Slow’ di sini membawa maksud fikiran anda jadi kurang produktif dan sukar untuk berfikir tentang sebarang idea luar kotak yang lebih bombastik.
Semuanya berpunca dari makanan dan berikut MASKULIN sediakan antara jenis-jenis makanan yang perlu dikurangkan atau dielakkan terus :
1. Makanan segera
Berdasarkan satu kajian di Eropah, sekitar 4,000 anak-anak yang secara teraturnya makan makanan segera dari usia 3 tahun hingga sekolah menengah mengalami penurunan tahap IQ secara signifikan.
Bagi anda sebagai orang tua yang sayang terhadap anak anda, ada baiknya anda elakkan beri makanan ini. Jika dimakan terlalu kerap, maka amat berbahaya bagi perkembangan kesihatan dan otak anak-anak anda.
Makanan gorengan juga boleh menghancurkan sel-sel saraf yang sihat di otak anda sehingga boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan otak.
Ads
Mungkin sukar pada awalnya untuk menyingkirkan makanan ini tetapi usaha anda terbayar apabila anda boleh merasakan kekuatan memori otak dan sistem imun bertambah baik selepas melakukan pola makan yang sihat.
3. Gula-gula getah
Membincangkan gula-gula getah ini boleh membahayakan kesihatan tubuh anda, salah satunya gangguan pencernaan.
Dalam sebuah kajian, orang-orang yang suka mengunyah gula-gula getah sebelum dan selama menghafal pelajaran menderita gangguan memori jangka pendek.
4. Makanan manis
Beberapa makanan mengandungi manisan ternyata boleh membahayakan kesihatan. Selain boleh berisiko obesiti, makanan manis juga mempengaruhi fungsi otak.
Penyelidik dari University of California, Los Angeles ( UCLA ) melakukan percubaan pada tikus yang disuplementasi dengan fruktosa. Hasilnya, haiwan-haiwan yang diberi makan manis sukar keluar dari sangkar.
Ads
Penyelidik beranggapan, fruktosa boleh menyebabkan penurunan memori dan kemampuan belajar. Terlalu banyak gula juga menyebabkan aktiviti otak kurang bekerja dan insulin tidak lagi mampu membantu sel-sel otak anda untuk memproses emosi dan fikiran secara berkesan.
5. Makan proses
Makanan yang diproses sukar dielakkan kerana hampir seluruh makanan saat ini sudah tersedia secara praktikal dan belum tentu mengetahui maksud dari kandunagn atau bahan-bahan yang digunakan.
Para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang sering mengambil makanan yang diproses atau makanan siap saji, cenderung mengalami gangguan memori sehingga sukar belajar dan fokus.
Para saintis dari University of Bristol juga pernah membuktikan kesan negatif antara makanan olahan dengan tahap IQ anak. Ia mencari, makanan olahan boleh membuat sistem kekebalan tubuh yang menurun dan kelemahan terhadap jangkitan.
Ads
Padahal anak-anak perlu pemakanan baik dan apabila anak-anak mempunyai masalah pertumbuhan, biasanya ini akibat kalori kosong dan bahan kimia buruk yang dijumpai dalam makanan kemasan.
6. Makanan berkarbohidrat
Dalam kajian yang dilakukan, Universiti Tufts mendedahkan bahawa wanita yang sedang diet dan mengurangkan jenis makanan karbohidrat mempunyai nilai memori yang lebih buruk jika dibandingkan orang yang melakukan diet secara seimbang.
Kajian ini meliputi wanita antara 22 dan 55 tahun yang menjalankan diet rendah karbohidrat dan ternyata mengalami penurunan kemahiran kognitif. Oleh kerana itu, penyelidik menilai tidak ada salahnya untuk tetap makan makanan sihat seperti beras merah dan biji – bijian.
(Jadi intinya buat anda yang sedang diet tidak perlu over dalam mengurangkan jenis pengambilan untuk tubuh , lakukanlah dengan senang dan mengambil makanan yang seimbang tidak berlebihan.)
7. Makanan yang kandungi mentega & lemak tepu
Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti mentega dapat menghambat fungsi otak anda. Hal ini berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh Harvard University.
Penyelidik yang melakukan ujian pada sekumpulan besar wanita yang mempunyai kebiasaan mengambil makanan tinggi lemak tepu dalam jangka masa 4 tahun, nilai pelajarannya jauh lebih rendah daripada rakannya yang tidak mengambil lemak tepu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai di antara kita memang cukup peka dengan senaman melibatkan anggota badan. Namakan apa sahaja bahagian bada pasti ada senaman spesifik yang memberikan impak cukup besar kepada kita.
Tapi pernahkah anda memikirkan tentang kesihatan anggota deria lain yang penting seperti mata. Bagi anda yang kerja menghadap komputer seharian lamanya pasti akan terdedah dengan rasa penat pada bahagian mata.
Dan perkara inilah yang boleh menjadi punca mengapa mata anda boleh rabun. Usah risau kerana terdapat beberapa teknik senaman mata yang boleh membuatkan anda lebih relaks dan kurang stres.
Kelip mata selama 1 minit
Senaman ini membantu anda melancarkan peredaran darah. Apa yang anda noleh lakukan ialah, padang kehadapan dan kelip mata sebanyak dan sepantas mana yang boleh, tanpa memberi fokus kepada apa-apa keadaan dan barang sekitar anda selama 1 minit.
Jika anda fokus dengan kelipan mata anda, hasilnya mata anda akan lebih segar dari penat menghadap cahaya computer atau keadaan sekeliling. Antara sebab mengapa mata anda sering kabur penglihatan dan kering, adalah kerana anda tidak kelip mata anda selalu, sebab itu kadang-kadang mata anda akan penat.
Gerakkan kepala
Selain daripada kelip mata selama 1 minit, anda juga boleh gerakkan kepala anda untuk melancarkan perjalanan darah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah, gerakkan kepala anda atas dan bawah, 30 saat dan kiri kanan selama 30 saat, dan anda akan lengkapkan 60 saat untuk senaman ini. Dalam pada masa yang sama, mata anda perlu tegak kehadapan. Hanya gerakkan kepala sahaja.
Gerakkan mata anda
Kalau tadi anda menggerakkan kepala anda, kini anda perlu menggerakkan mata anda sahaja. Gerakkan atas bawah dan kiri kanan. Lakukan senaman ini selama 1 minit.
Setelah habis 1 minit pejam mata anda selama beberapa saat, dan kembali bekerja. Ini akan membantu ketegangan saraf mata anda kurang penekanan sedikit.
Pejam mata selama 30 saat
Pakar mata mempercayai pejamkan mata sekurang-kurangnya 30 saat boleh menguatkan photoreceptor cell yang membantu dalam penglihatan anda. Kepentingan biologi yang besar dari photoreceptors ialah mereka menukar cahaya (radiasi elektromagnet kelihatan) menjadi isyarat yang boleh merangsang proses biologi.
Jangan serabutkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif. Ini untuk anda yang selalu berdepan dengan komputer tanpa jemu.
Urut kepala anda
Ketegangan di bahagian mata akan menyebabkan anda sakit kepala. Jadi untuk senaman kali ini, apa kata kalau anda ambil masa beberapa saat untuk anda memicit kepala anda. Caranya picit bahagian kiri dan kanan di antara pipi dan dahi dengan jari selama 30 saat.
Gerakkan sambil menutup mata
Anda hanya perlu pejamkan mata dan gerakkan bebola mata atas dan bawah sebanyak 5 kali. Lakukan senaman ini 5-10 set. Mudah, kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun pada 14 Jun Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan hari tersebut sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat lebih banyak menderma darah dengan harapan untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Antara tujuan derma darah ialah ia akan digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit semasa pembedahan, kemalangan, merawat pesakit leukemia, sakit jantung dan lain-lain lagi.
Untuk maklumat, setiap satu pek darah yang anda dermakan, ia mampu menyelamatkan 3 nyawa dan pada masa yang sama hospital sentiasa mengalami kekurangan darah serta ia adalah sebab utama mengapa pasukan medic seluruh dunia berusaha sehabis baik untuk menjalankan advokasi derma darah.
MASKULIN senaraikan beberapa kebaikan yang bakal anda perolehi jika rajin derma darah.
Sebelum proses derma darah dijalankan, petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan kesihatan secara ringkas. Antara intipati penting yang bakal anda ketahui adalah kumpulan darah yang anda miliki, tahap tekanan darah, kolesterol dan banyak lagi.
Kebaikannya adalah, anda tidak perlu berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan pemeriksaan sebegitu.
Masa yang sama, darah anda akan ditapis dahulu untuk mengenalpasti samada terdapat sebarang jangkitan virus merbahaya seperti HIV, sifilis, hepatitis dan macam-macam penyakit merbahaya.
2. Mengurangkan risiko sakit jantung
Sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia dan ia banyak menyerang kaum lelaki.
Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung.
3. Mengurangkan risiko penyakit kanser
Tanpa kita sedari, kes kanser semakin meningkat. Kita terdeadah kepada risiko serangan kanser apabila mengambil makanan yang tidak berkhasiat serta menghirup udara yang tercemar.
Di ketika ini, apa yang lebih baik adalah mencegah daripada merawat.
Jika anda dengar derma darah boleh menggemukkan, sesungguhnya ia tidak benar. Sebenarnya anda dapat mengurangkan kalori dalam badan dengan hanya berbaring di atas kerusi.
Satu sesi derma darah, anda sebenarnya membakar 650 kalori dalam badan. Bayangkan, anda tak perlu buat banyak perkara tetapi sudah membakar banyak kalori. Namun, ada had untuk menderma, anda boleh menderma sekali dalam 3 bulan bergantung kepada status kesihatan anda.
5. Menggantikan sel darah baru untuk mengekalkan kecergasan & meningkat produktiviti kerja
Anda lebih bertenaga selepas menderma darah kerana berlakunya proses penggantian sel darah merah dalam badan. Masa yang sama ia akan memaksa sumsum dalam tulang untuk menghasilkan sel baru.
Dia macam buang yang keruh, ambil yang jernih. Macam lagu P.Ramlee.
6. Menyatukan manusia di seluruh dunia
Tidak kiralah siapapun anda, tinggi mana pangkat anda, warna darah tetap sama warna merah. Bila tiba masa anda sakit dan memerlukan darah, tidak kira siapapun boleh mendermakan darah kepada anda.
Sesungguhnya kita adalah sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut saintis yang melaporkan menerusi Journal of Strength and Conditioning Reserach, senaman push up dan bench press memberikan hasil yang lebih kurang sama terhadap aktiviti otot lalu meningkatkan kekuatan yang hampir sama.
Dan seperti senaman yang lain push up juga akan memberikan hasil yang betul-betul berkesan jika anda melakukannya dengan betul.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan bagaimana untuk melakukan push up dengan selamat dan efektif.
SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.
Melakukan Push Up Dengan Kedudukan Sempurna
Pastikan kedudukan kaki dan tangan berada dalam keadaan lurus. Bermul dari badan terus ke bahagian kepada hingga kaki. Pastikan tangan anda betul-betul selari dengan bahu. Tegapkan baodan dalam posisi ini.
Dengan meletakkan siku ke bahagian luar badan dan kepala ke bawah, rendahkan bahagian torso sehingga dada anda berada beberapa inci dari lantai.
Berhenti buat seketika kemudian angkat badan kembali ke posisi asal secepat mungkin.
Letakkan kotak atau bangku kecil atau permukaan lebih tinggi kemudian letakkan tangan anda di situ. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai ia menjadi semakin senang
Cara push up mencabar
Cuba lakukan ‘dead stop push up’ dengan merendahkan dada rapat ke bahagian lantai. Kemudian angkat tangan anda sedikit ke atas dan bertahan. Teknik ini lebih mencabar dan menuntut kekuatan lengan yang lebih besar.
Opsyen lain: Lakukan single-leg push up dengan sebelah kaki diangkat atau decline push up dengan kedua belah kaki diletakkan di atas kerusi atau permukaan lebih tinggi.
Tip bonus
Tolak bahagian belakang badan anda ke atas setiap kali anda mula kembali ke posisi asal. Dengan melakukan teknik ini anda telah meningkatkan kekuatan otot serratus anterior. Mengapa ini penting?
Ini kerana otot tersebut biasanya lemah dan boleh menyebabkan shoulder impingement atau dikenali sebagai weightlifter’s shoulder. Otot serratus anterior yang kuat bukan sahaja membantu anda dapat postur badan yang etul tetapi turut memberi reaksi balas terhadap posisi humpback yang dialami ramai orang ketika berada di pejabat.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda melakukan push up dengan lebih baik dan sempurna! Anda juga boleh rujuk tutorial video di bawah yang dikongsi oleh Calisthenicmovement.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guna kereta lama lebih 15 tahun, ini tip penting kena tahu. Ramai dalam kalangan kita masih memandu kereta yang telah berusia lebih 10 hingga 15 tahun. Seiring dengan usia, kenderaan lama pastinya tidak lari daripada mengalami masalah.