Bintang Hollywood terkenal Orlando Bloom telah diumumkan oleh BOSS Eyewear sebagai duta produk terbaru mereka bermula pada tahun 2020.
Jejaka tampan berasal dari England ini merupakan pelakon bintang yang terkenal menerusi filem-filem francais popular seperti ‘Lord of the Rings’ dan ‘Pirates if the Caribbean’.
Pengaruh serta populariti yang didukung oleh Orlando terutama dari segi penampilannya sebagai jejaka bergaya menjadikannya sebagai individu paling tepat dipilih oleh BOSS Eyewear untuk mengetengahkan koleksi Spring/Summer 2020.
“Cermin mata telah menjadi sebahagian daripada item penting penampilan saya. Sama ada ingin tampil dengan gaya lebih santai atau serius, cermin mata yang saya pakai memberi refleksi serta membantu menyerlahkan identiti fesyen. BOSS Eyewear memahami keigninan saya dan sebab itulah ia menjadi pilihan peribadi,” jelas Orlando Bloom menerusi kenyataan media rasmi oleh BOSS Eyewear.
Kerjasama ini juga menandakan jenama BOOS Eyewear lebih optimistik untuk memperkenalkan koleksi fusion pop color, lebih tenang dan memberikan gaya unik kepada pemakainya.
Koleksi Spring/Summer BOSS Eyewear akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari 2020.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Uniqlo Tampilkan “Street Fighter” & “Tekken” Pada Kemeja-T Terbaharu
Jenama pakaian digemari ramai Uniqlo mengumumkan koleksi baharu kemeja-T grafik yang bakal dilancarkan, menampilkan rekaan yang diilhamkan dari permainan ikonik Street Fighter dan Tekken.
Pakaian ini akan mula memasuki pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2024, dengan tiga rekaan dari koleksi Street Fighter dan tiga dari Tekken.
Street Fighter
Rekaan Round 1 menampilkan watak legenda Ryu di bahagian hadapan, manakala bahagian belakang pula watak itu dalam bentuk logo
Logo ikonik untuk Street Fighter II yang paling terkenal dalam siri permainan ini menghiasi bahagian hadapan kemeja T rekaan Round 2. Di bahagian belakang pula menampilkan lukisan tangan istimewa pencipta permainan ini.
Bagi rekaan Round 3, ia diilhamkan dari Street Fighter 6, siri paling terbaharu permainan ini yang dilancarkan pada Jun 2023. Bahagian hadapannya menampilkan watak utama baharunya, Luke.
Tekken
Rekaan Round 1 menampilkan watak utama dari permainan TEKKEN yang pertama dalam reka bentuk jarum kecil di bahagian hadapan, dan ilustrasi kumpulan yang menunjukkan watak tersembunyi permainan di bahagian belakang.
Round 2 pula menampilkan watak kegemaran peminat King yang muncul di tengah-tengah logo Tekken 2, salah satu permainan paling popular dalam siri ini.
Logo siri permainan keluaran baharu 2024, Tekken 8 dicop pada bahagian hadapan baju Round 3, dengan tajuk untuk permainan lain dalam siri ini dibarisi di bahagian belakang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Jenis Kasut Cross Training Yang Paling Sesuai Untuk Anda
Hari-hari gym pun kadang-kadang membosankan juga kan? Berdepan dengan treadmill membuatkan anda tepu dan kurang mendapatkan udara segar. Ada pasti tahu cross training kan? Mungkin dah tiba masanya untuk anda menghabiskan masa anda bersenam di luar pula. Mungkin ada segelintir dari anda mengatakan bahawa tiada beza bersenam di luar dan di dalam gym. Sekurang-kurangnya di dalam gym, kami boleh mengangkat besi. Walaubagaimanapun ia masih sama, dan sesekali badan anda perlukan perubahan.
Untuk itu, memiliki kasut yang tepat untuk anda berlari mungkin menjadi faktor utama. Hati-hati dalam pemilihan kasut, silap haribulan, kaki anda akan berasa sakit dan akan mengeruhkan lagi keadaan. Ini antara kasut yang sesuai untuk anda pakai jika anda memasang niat untuk cross training.
- Under Armour Men’s Phantom HOVR
Tapak kasutnya yang bercirikan wax-based foam, membolehkan impak maksimum dalam latihan disamping keselesaan ketika anda berlari di jalanan mahupun di atas treadmill. Ruang pergelangan kaki lembut dengan sulaman kemas menjadikan kasut ini ringan untuk disarungkan ke kaki anda. Untuk anda yang hanya ingin menggunakan untuk larian biasa, tiada masalah. Namun kepada mereka yang gemar sukan lasak, mungkin anda tidak selesa pada awalnya, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan kasut ini.
- Reebok Fast Flexweave Running Shoe
Sekiranya anda seorang olahragawan dan seorang yang obses kepada fitness, maka kami sarankan kasut ini kepada anda. Kasut baru dari Reebok Flexweave 8-way ini memang menjadi idaman semua orang. Ia bersifat fleksibel secara keseluruhan dan kurang ketat, malah jika anda berlari dengan kasut ini, anda akan rasa ringan dan mudah dibawa. Kasut ini juga lebih kepada santai membolehkan anda fokus dalam pergerakan anda tanpa perlu memikir mengenai kaki anda. Jika anda mahu bergerak pantas dan meyakinkan seperti atlet, ini untuk anda.
- Reebok Fusion Flexweave
Kalau tadi ia lebih kepada pantas, ini lebih kepada sokongan dinamik dengan cengkaman tidak akan membuatkan anda tergelincir. Mempunyai sifat sama seperti Fast Flexweave Running Shoe, Fusion memang selesa untuk anda yang gemar dengan Cross Training.
- Nike Train Speed 4
Bagi anda yang gemar dengan kelajuan, Nikes ini dicipta untuk berlari, berjoging, dan banyak lagi. Ia bukan hanya mampu untuk berlari dalam tempoh lama, tetapi juga untuk menjaga kaki anda untuk terus mara ke hadapan. Terima kasih kepada Nike yang mencipta Nike’s forefoot insert technology. Jika anda seorang yang suka berjogging di atas jalan raya atau kaki lima, ini kasut yang sesuai untuk anda.
- Adidas Alphabounce Beyond
Kasut ini bersifat natural yang mempunyai keupayaan yang hebat. Kredit kepada pereka kasut ini kerana boleh menjadikan bahagian pergelangan kaki tidak terdedah dan selesa memudahkan anda untuk bergerak. Ia juga diperluas untuk membantu mengekalkan pergelangan kaki anda dari cengkaman kuat ketika latihan yang berpanjangan. Tapaknya mempunyai getah yang boleh melancarkan latihan anda walaupun dalam keadaan hujan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Menangis Dapat Bil Melambung Tiap-Tiap Bulan? Ini Solusinya
Cukup bulan je pasti ramai yang mengeluh apabila bil elektrik sampaikan? Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak cara untuk kita jimat tenaga elektirk harian kita. Ini yang kami jumpa.
- Peralatan elektrik tukar pada perkakas yang ada Energy Star Rating.5 Star Rating ini bertindak sebagai barangan yang paling jimat penggunaan elektrik.
- Cabut soket dan tutup switch utama. Ini yang sering kita terlepas pandang, kebiasaannya pengguna yang tidak memakai perkakas elektrik pasti tidak akan padam switch utama. Sebagai contoh laptop anda, walaupun anda sudah matikan laptop, tenaga masih berjalan jika anda tidak cabut soket charger laptop anda.
- Penggunaan air-cond juga memainkan peranan penting. Selalu-selalulah bersihkan filter air-cond anda untuk mendapatkan kesejukkan yang lumayan. Lagi rendah suhu penghawa dingin anda, lagi banyak penggunaan tenaga rumah anda. Jika anda tidak menggunakannya lagi, sila padam switch utama air-cond anda. Serious jimat!
- Pengunaan mesin basuh juga perlu diambil kira. Kami tahu rakyat Malaysia rajin mengemas, namun jangan basuh baju jika mesin basuh anda belum penuh. Ini juga boleh menjimatkan bil elektrik anda.
- Kalau dah ada bajet nanti, bertukarlah kepada Saving Light Bulb macam LED. Mungkin harganya sedikit mahal dipasaran, namun ia dapat membantu anda mengurangkan jumlah bil elektrik. Mana anda nak, bil elektrik melambung tiap-tiap bulan atau beli bulb yang harganya sedikit mahal? Fikir-fikirkan.
- Kami pasti kebanyakkan rumah anda sudah mempunyai Water Heater. Kalau boleh anda dinasihatkan untuk memakai instant water heater. Menurut kajian sumber air panas tangki akan mengakibatkan penggunaan elektrik yang banyak. Almaklumlah tangki ni besar, jadi ambil tenaga yang banyak.
Jadi bagaimana? Dah sedia nak ringankan beban bayaran bil elektrik anda yang melambung tu?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI