Rakyat Malaysia ternyata mempunyai sikap prihatin dalam menghulurkan bantuan terutamanya untuk mereka yang terjejas sumber pendapatan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Buktinya, boleh kita lihat apabila saban hari begitu banyak bantuan disalurkan tanpa mengira bangsa dan agama.
Tidak ketinggalan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga turut menyalurkan bantuan zakat kecemasan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.
Bantuan ini diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
Cara-cara untuk memohon bantuan zakat kecemasan ini telah dikongsikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad di laman Twitter beliau.
Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
Bagi mereka di Wilayah Persekutuan yang terjejas pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, MAIWP menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka.
Mulai Isnin, 13 April 2020, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai jam 8 pagi menerusi link :
🌏 https://ebaitulmal.maiwp.gov.my
🌏 https://ebaitulmal.maiwp.gov.my
🌏 https://ebaitulmal.maiwp.gov.my
Suka diingatkan kepada pemohon yang telah memohon bantuan ini secara Whatsapp menerusi talian hotline yang disediakan sebelum ini agar tidak mengisi permohonan secara atas talian ini. Ini bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.
Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
Sebarkan maklumat ini agar mereka yang layak mendapat manfaatnya.