Kenyataan di atas diambil daripada petikan M.Nasir yang ditulis dalam buku Semi-Biografi Search-Phenomena Of Rock n’ Roll terbitan Dubook pada 2017 lalu.
Menurut Harian Metro, Allahyarham Yazit Ahmad yang mesra dengan panggilan Abang dalam kalangan sahabat adalah orang kuat muzik Search. Gabungannya dengan anggota Search mewujudkan satu ‘Chemistry’ sekali gus membentuk Search menjadi kumpulan rock legenda tanah air.
BACA: Amy Search Terkilan Tak Dapat Hadiri Majlis Pengebumian Bandmate Yazit
Yazit mula terlibat dalam bidang muzik bermula dari zaman remaja lagi dan dia mula bermain di kelab Macinta, Johor Bahru sekitar tahun 1970-an. Ketika itu, dia bersama dengan Nasir yang berada pada posisi bass.
Sebelum itu, Yazit sudah mengenali Amy dan Hillary dengan menubuhkan kugiran yang diberi nama The Second Traffic Jam yang mana mereka kerap ‘jamming’ di sebuah studio yang terletak di Komtar, Johor Bahru.
Sejak album sulung Search, Cinta Buatan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1985, Allahyarham Yazit terbabit dalam semua proses rakaman album mereka kecuali album terbaru, Katharsis pada tahun 2017.
Sumber: Harian Metro
Kredit Gambar: Astro Awani
Kredit Gambar: Instagram mnasirmohamed