Orang Kata Warga Saiz Besar Susah Ada Teman, Ini 6 Cara Mudah Untuk Ada Teman Istimewa

571

Siapa kata orang badan saiz besar dan tinggi seperti galah  tak boleh dapat teman istimewa? Sebenarnya wanita ni tak hadap sangat pun dengan lelaki yang handsome macam Fattah Amin, sado macam Aaron Aziz. Cuma mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Muka elok tu satu bonus bagi mereka. Orang badan saiz besar pun mampu ada teman istimewa.

Kami kongsikan kepada anda beberapa tips untuk anda berjaya pikat wanita idaman anda. Kalau anda betul-betul ikut, anda dah tak single lagi dah. Ikut sahaja petua yang MASKULIN sediakan ini.

1. Wangi

Bau merupakan attraction buat wanita. Biar badan gemuk, tapi jangan busuk. Bau juga berfungsi sebagai alat untuk buat wanita itu turn on. Jadi rajin-rajinlah pakai perfume, ketika anda mendekati si dia.

BACA: Ini 5 Tip Mudah Lelaki Berbadan Besar ‘Cover’ Bentuk Tubuh Agar Nampak Slim

2. Kemas & bersih

Janganlah selebet sangat bila berhadapan dengan orang ramai. Kalau mampu, pakai produk kecantikkan untuk lelaki. Baju tu kalau boleh janganlah lusuh sangat. Kena sedar, kita ni bukan menarik, jadi effort tu kena extreme sikit.

3. Gentleman

Jangan poyo. Pernah tak anda terfikir, lelaki yang ke gym setiap hari, muscle berketul-ketul, tapi masih belum memiliki steady girlfirend. Ini kerana kualiti dalam diri lelaki tersebut kurang puas dimata wanita. Anda perlu faham kehendak wanita terlebih dahulu. Ikut kehendak mereka, tak bermaksud anda pak turut. Wanita ni seorang yang sangat perlukan perhatian. Kalau usaha anda cantik, mereka akan pertimbangkan anda. Percayalah.

4. Jangan takut untuk tegur mereka

Wanita ni memang ada ‘perangai’ mereka tersendiri. Dalam sesebuah hubungan perlu saling tegur-menegur. Anda akan kelihatan manly dimata wanita jika anda betulkan sikap mereka dengan baik. Tapi tunggu sehingga hubungan anda dah kukuh tau. Nanti wanita itu lari pula.

5. Jangan Clingy

Kami tahu bukan senang untuk wanita melayan anda, tapi apabila mereka memberi ruang untuk anda cuba mereka, jangan terlalu mendesak. Anda kena ingat, anda tak menarik! Anda tak boleh jual muka anda dimata mereka, tapi anda boleh jual sifat murni anda kepada mereka.

6. Jadi diri anda sendiri

Jangan cuba tiru orang lain, jika anda bukan seorang yang kaya, jangan tunjukkan kemewahan anda kepada wanita yang anda minat. Mungkin anda terdengar dari kawan-kawan, yang wanita ni meterialistik kan? Wanita akan lebih tertarik kepada anda, jika anda jujur dengan diri sendiri. Jika bukan wanita yang anda aim, mungkin kawan baiknya yang jauh lebih baik dari si dia?

So, korang yang berbadan besar tu jangan sedih-sedih tau! Percaya yang setiap orang tu dijadikan berpasang-pasangan. Abam bocey pun dah mendirikan rumahtangga, anda pun mampu juga.