Jenama fesyen mewah Jerman, MCM memperkenalkan wangian lelaki pertamanya, MCM ONYX Eau de Parfum. Sinonim dengan batu permata yang berkuasa, MCM ONYX memberi inspirasi kepada tenaga, pemerkasaan dan kekuatan.
Diilhamkan oleh beg galas Stark ikonik jenama itu, MCM ONYX membayangkan semula reka bentuk botol wangian yang memenangi anugerah MCM asal dalam warna moden namun halus, disalut dengan Visetos hitam dan kelabu gelap yang digandingkan dengan aksen gunmetal.
Presiden MCM, Sabine Brunner berkata, “Reka bentuk ini adalah teras kepada DNA MCM, melambangkan semangat bebas mengembara. Kami teruja dengan wangian baharu ini yang membawa puak nomad digital abad ke-21 kami dalam perjalanan yang melampaui daripada ramuan kepada sentimen, wangian kepada perasaan dan nota kepada emosi”.
Ads
Bau MCM ONYX muncul dengan aroma halia segar dan rempah ratus, gabungan yang menarik namun individualistik dengan nota yang sedikit bersahaja tetapi halus. Dasarnya, lavender aromatik, mengaburkan sempadan antara segar dan bungaan. Nota woody ONYX meninggalkan jejak kehangatan pijar yang berbeza dengan mineraliti tahan lama.
Masa Depan Wangian Yang Lebih Mampan
Formula vegan MCM ONYX diperbuat daripada lebih 79% bahan terbiodegradasi dan lebih 89% daripada ramuannya dicipta menggunakan prinsip kimia hijau, kedua-duanya adalah kunci untuk masa depan wangian yang lebih mampan. Lebih 72% daripada bahan-bahan Naturals Together™ yang diperoleh secara mampan memberi kesan sosial yang positif kepada komuniti tempatan di seluruh dunia. Bahan-bahan utama termasuk:
Ads
Halia: Dipetik sendiri oleh petani bebas di Nigeria antara Oktober dan November, halia segar kemudian diangkut ke koperasi tempatan yang memotong, mencuci dan menyimpan sejuk untuk pemuliharaan. Hasilnya ialah bau halia yang kuat yang berbeza daripada yang lain, memberikan daya tarikan semula jadi kepada wangian itu.
Lavender: Dengan kerjasama rakan kongsi di Provence, Perancis, program kepelbagaian telah dibangunkan untuk memastikan pendapatan yang lebih tinggi dan lebih tetap untuk petani tempatan di kawasan di mana mereka memetik lavender sejurus sebelum ia mekar, pada tahap yang paling harum untuk mencapai haruman seimbang yang segar dan beraroma dengan aroma yang hangat.
Ads
Clearwood®: Versi lembut dan bersih bagi profil nilam yang dihasilkan daripada tebu melalui bioteknologi, Clearwood® memberikan semua ganjaran reka bentuk ramuan moden: ia dibuat dengan 100% karbon boleh diperbaharui dan mudah terbiodegradasi.
Terdapat tiga saiz yang tersedia untuk pembelian. MCM ONYX berharga RM 467 untuk 75ml, RM 384 untuk 50ml dan RM 300 untuk 30ml di semua Butik MCM serta kedai runcit seperti Sogo, Isetan, Aeon, Parkson, dan Sasa.
Penampilan pada wajah sama ada berjambang, berjanggut, bermisai atau ‘clean’ merupakan pilihan masing-masing. Setiap lelaki ada keselesaan sendiri dalam menentukan gaya penampilan wajah mereka. Namun tidak semua orang boleh ‘carry’ dengan setiap penampilan berbeza.
Sejak dari dahulu lagi lelaki yang mempunyai karakteristik ada rambut di wajah dianggap sebagai satu simbol kelelakian. Maka tidak hairanlah mengapa ramai wanita menganggap lelaki berpenampilan seperti ini sangat menarik di mata mereka.
Kali ini MASKULIN ingin perkatakan tentang penampilan lelaki bermisai. Sebut sahaja misai pasti ramai yang terbayang penampilan A.Galak dalam siri TV dan filem aksi ‘Gerak Khas.
Tidak ramai lelaki berani menyimpan misai dan bereksperimen dengan gayanya. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat ramai wanita yang suka kepada lelaki bermisai?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa dalam dia wanita sebenarnya suka lelaki bermisai.
ELEGAN
Lelaki bermisai boleh tampil lebih elegan dengan gaya pakaiannya yang tampak stailo. Misai mampu menjadikan lelaki nampak lebih sofistikated serta berkeyakinan tinggi. Ini salah satu karakteristik lelaki yang diidamkan oleh wanita.
LEBIH MATANG
Wanita mahu berdampingan dengan lelaki yang matang bukannya lelaki berlagak anak muda remaja yang nampak keanak-anakan. Dalam kebanyakan budaya misai dianggap sebagai simbol kematangan seorang lelaki.
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki macho di dalam filem. Ramai di antaranya bermisai dengan lagak sangat macho. Lelaki bermisai tidak perlu bekerja keras untuk tampak segak dan macho di hadapan wanita. Cukup sekadar mengukirkan satu senyuman manis. Pasti ramai hati yang berdebar kencang.
Seorang lelaki yang menjaga penampilan bermisai dengan baik secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang kemas. Biar nampak macam selekeh tapi sebenarnya lebih kemas berbanding orang lain.
DEFINISI KACAK
Bagi ramai wanita, lelaki bermisai membawa simbol kesuburan dan ketampanan. Misai juga menjadi indikasi bahawa seorang lelaki sudah berubah daripada remaja kepada lelaki dewasa. Jadi tidak hairanlah ramai yang mendifinisaikan lelaki bermisai sebagai kacak.
Buat anda yang ingin menyimpan misai, lakukanlah dengan baik. Penjagaan rapi boleh membawa imej yang sangat baik kepada anda. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru berangan nak rambut tebal dan lebat seperti model iklan syampu tapi bila pegang rambut sendiri dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Sekali tengok cermin, mula nampak kosong ditengah di kulit kepala pula.
Frust juga apabila mencuba pelbagai jenis cara tetapi tetap sama sahaja hasilnya. Kalau kamu mengalami situasi yang sama, jangan risau kerana ada penyelesaiannya.
Menerusi perkongsian seorang lelaki di aplikasi twitter, dia hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja bagi mengembalikan rambut yang lebat dan paling penting tidak gugur lagi. Jadi jom kita lihat bagaimana dia menghasilkannya.
Cara untuk membuatnya cukup mudah, menurut Ahmad Hunain hanya memerlukan tiga langkah sahaja .
Langkah 1 : Potong kecil beberapa biji buah limau purut
Langkah 2 : Masukkan limau purut dan 1 mangkuk santan ke dalam blender. Kemudian kisar halus.
Langkah 3 : Kemudian masukkan dalam bekas ais kiub dan letak dlm freezer selama 6 jam.
Cara penggunaannya bila sudah beku bolehlah ambil ketulan tersebut dan sapu sahaja di rambut dan kulit kepala. Amalkan dua minggu sekali dan akan lihat kesannya.
Kalau ada bahan yang semulajadi dan selamat kenapa perlu guna bahan kimia kan. Paling penting, harganya murah dan boleh dicuba oleh semua orang. Selamat mencuba!
Sebelum membeli perfume atau minyak wangi apakah perkara yang anda paling titik beratkan?
MASKULIN dapat mengagak harga pasti memainkan peranan sangat penting. Dengan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang pastinya anda mahu menjadi seorang pengguna dan pembeli yang bijak.
Namun untuk perfume terdapat beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya sama seperti harga. Antara faktor paling penting ialah kesesuaian minyak wangi mengikut jenis bau badan dan juga kegunaannya untuk majlis tertentu.
Tidak guna anda menggunakan perfume yang harganya hampir RM1,000 sebtol jika ia tidak sesuai dengan bau badan anda. Bukan sahaja merugikan wang ringgit malah ia membuatkan personaliti anda pada orang lain tampak bercelaru.
Oleh itu sangat penting untuk anda tahu apakah perbezaan dan karakter bagi setiap bauan yang dikeluarkan oleh perfume. Kali ini MASKULIN ingin membantu anda semua mengenali jenis-jenis bauan yang sesuai untuk anda pilih untuk diri sendiri.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
PENGGUNAAN HARIAN
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody.
Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.