Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Onitsuka Tiger merupakan salah satu syarikat pengeluar kasut tertua di Jepun. Dengan sejarahnya yang cukup lama jenama ini cukup disegani di kalangan penggemar sneakers.
Penubuhan Onitsuka Co Ltd pada tahun 1949 oleh bekas pegawai tentera, Kihachiro Onitsuka menyaksika ia terus berkembang menjadi salah satu jenama kasut popular di dunia.
Setiap koleksi diperkenalkan kebiasaannya mendapat sambutan dan diberikan perhatian cukup besar oleh penggemar sneakers.
Terbaru untuk mengukuhkan kedudukan jenamanya di Malaysia, Onitsuka Tiger telah melancarkan beberapa seleksi model kasut sepanjang bulan Oktober 2020.
Sebanyak empat model diperkenalkan iaitu P-TRAINER PRZM, P-TRAINER KNIT LO, ICON SERIES dan BIG LOGO TRAINER 2.0. Kesemua sneakers ini menampilkan ciri-ciri tersendiri yang menyerlahkan gaya berbeza namun dalam estetika jenamanya.
Model yang dijangka mencuri perhatian, P-TRAINER yang diberikan sentuhan baharu. Model ini turut disertakan dengan midsole FLYTEFOAM Propel dan OrthoLite inner sole bagi keselasaan maksima pemakainya.
Kejayaan siri P-TRAINER KNIT di pasaran sebelum ini membuatkan mereka menampilkan versi potongan lebih rendah. Model kasut ini tampil dengan keselesaan seperti memakai stoking atau lebih popular dengan itislah sock-like fit. Tapaknya yang tebal dengan jalur Onitsuka Tiger disertakan bersama FLYTEFOAM dan teknologi OrthoLite.
Rekaan paling ikonik dalam sejarah Onitsuka Tiger ini ditampilkan semula demi memenuhi permintaan ramai. Reka bentuk ICON SERIES telah bertahan selama lebih 70 tahun menjadikannya sebagai salah satu sneakers paling ikonik. Lebih menarik ia hadir dalam kuantiti terhad berserta nombor siri.
Bigger is better. Mungkin itulah yang ingin ditampilkan oleh Onitsuka menerusi model BIG LOGO TRAINER 2.0 dan BIG LOGO TRAINER MT. Menerusi variasi terkini, Onitsuka Tiger mengemaskini daripada model yang tampil pada koleksi AW19 lalu. Ia tampil dengan material seperti mesh netting, veau velour, getah prestasi dan juga beberapa estetika teknikal yang selesa.
Kesmua model terbaru Onitsuka Tiger kini boleh didapati dipasaran menerusi outlet mereka yang terpilih di seluruh negara dan juga laman sesawang rasminya.