
Setiap tahun kejohanan golf OMEGA Masters menjadi salah satu acara yang berprestij cukup dinantikan peminat sukan tersebut di seluruh dunia.
Kejohanan yang kaya dengan tradisi tersebut itu mula dianjurkan pada tahun 1923 dan OMEGA pula menjadi title-sponsored bermula sejak tahun 2001. Dianjurkan di Switzerland ia merupakan kesinambungan tradisi yang turut dibawa oleh jenama jam premium tersebut.
Kejohanan tahun ini menyaksikan Sebastian Soderberg dari Sweden dinobatkan selaku juara 2019 OMEGA Masters. Pertarungan dramatik pada hari terakhir menyaksikan lima pemain golf berentap termasuklah pemain ranking nombor 2 dunia, Rory McIlroy.
BACA: HUBLOT Komited Bantu Misi Pemuliharaan Badak Di Afrika & India
Sebagai penaja utama kejohanan ini, OMEGA turut menganjurkan OMEGA Selebriti Masters. Antara selebriti yang turut mengambil bahagian ialah Justin Timberlake, Niall Horan, Dennis Quaid, Anthony Mackie dan Michael Pena.

Bagi menambahkan lagi keghairahan kejohanan tersebut OMEGA turut melancarkan jam premium terbarunya, Seamaster Aqua Terra Ultra Light. Jam yang sesuai dipakai oleh penggiat sukan lapangan terutamanya golf ini mempunyai ciri-ciri istimewa iaitu ultra ringan dan selesa dipakai.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
PEREKA FESYEN JUGA HARUS TAHU MENJUAL, BUKAN HANYA MENCARI IDEA DAN SIBUK MELUKIS. SEMUANYA TENTANG MONEY, MONEY & MONEY!

Hari ini semua orang mahu menjadi pereka fesyen. Tidak kira dari segi fesyen apa, semuanya mahu berkarya dalam industri fesyen. Sama ada lelaki mahupun perempuan, masing-masing bersaing untuk menjadi yang terbaik dan mahu mencipta karya artistik yang unik dan akhirnya membawa mereka ke dimensi populariti yang tak pernah dijangka. Saya kira di Malaysia sudah ramai yang berani mempamerkan helaian baju mahupun tudung dari pelbagai warna, rekaan, pilihan fabrik mahupun function sesuatu design itu. Apa yang menjadi persoalannya, setakat mana nilai kualiti sesuatu design itu, dan sejauh mana setiap pereka fesyen khususnya pereka muda itu mampu untuk berdiri kukuh dalam industri fesyen Malaysia?
Minat saya untuk berkongsi seketika pengalaman sewaktu menyertai fashion exhibition yang berlangsung di Olympia, London pada Februari lepas. Pameran fesyen yang saya kira berskala besar itu disertai bukan sahaja jenama fesyen dari negara Britain, malah negara dari seluruh pelosok dunia. Bagi saya ianya amat bagus. Memberi peluang serta ruang untuk jenama dari negara kita untuk lebih memahami tentang konsep pasaran U.K terutamanya tentang kriteria yang mereka inginkan untuk menembusi pasaran sana. Bukan itu sahaja, malah perbincangan bersama beberapa buyers dan juga pereka fesyen dari negara lain, memberi saya gambaran luar tentang betapa besar dan kuatnya industri fesyen dunia. Pemandangan, pandangan dan kotak fikiran saya lebih berkembang luas dalam memahami definisi sebenar fesyen itu.
“Bagi saya ianya sangat bagus. Memberi peluang serta ruang untuk jenama dari negara kita untuk lebih memahami tentang konsep pasaran U.K terutamanya tentang kriteria yang mereka inginkan untuk menembusi pasaran sana.”
Pameran Pure London ini antara event terbesar yang dianjurkan di negara itu untuk meraikan industri seni fesyen dan dalam masa yang sama, ia menguatkan sistem ekonomi dunia fesyen apabila kesemua potential buyers “turun padang” untuk melihat dan mengenali jenama-jenama fesyen yang bagi mereka sesuai dimasukkan ke dalam pasaram U.K. Seperti yang kita sedia maklum, pasaran U.K adalah salah satu pasaran besar dalam dunia fesyen, jadi sudah pasti persiapan dari segi jawapan yang bakal ditanya oleh mereka, disiap atur untuk memastikan kekuatan jenama itu terus terjamin. Nah! Bukan tentang persiapan yang ingin saya bincangkan, tetapi tentang bagaimana setiap jenama mengatur strategi mereka untuk lebih kukuh dan kuat dari segi pemasaran mereka.
Saya sempat berbual serta berbincang dengan beberapa pereka fesyen mahupun pengasas syarikat fesyen mengenai asas perniagaan mereka juga tentang strategi pemasaran yang mereka terapkan untuk memastikan jenama mereka terus dikenali ramai. Terpegun sebentar apabila rata-rata dari mereka sudah punya pelan untuk 5 tahun akan datang. Pun begitu, masalah kewangan antara perkara utama yang membataskan sedikit segala proses. Ada juga beberapa pereka fesyen dari Britain sendiri yang menghadapi kesukaran yang sama, walaupun mereka berasal dari negara itu. Nah! Bukan mudah bukan untuk mencipta legasi yang besar. Semua pereka muda yang saya kenali di pameran Pure London itu, semuanya bagai sudah bersedia untuk mengembangkan lagi sayap jenamanya. Berdiskusi mengenai perihal ekonomi, kewangan, juga trend terkini, semuanya kian rancak berbual, berkongsi idea dan juga bersama-sama mengharapkan kejayaan pada jenama masing-masing. Terang lagi bersuluh, mereka ini, walaupun pereka baru, yang berasal dari pelbagai latar belakang, sudah bijak dalam mengatur langkah mengembangkan sayap perniagaan mereka. Anda pula?
“Semua pereka muda yang saya kenali di pameran Pure London itu, semuanya bagai sudah bersedia untuk mengembangkan lagi sayap jenamanya.”
FASHION IS BUSINESS, BUSINESS IS MONEY!
“Apa yang paling merugikan apabila mereka yang mempunyai ilmu dalam fesyen dan minat yang mendalam dalam seni reka fesyen, tetapi langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual mahupun mengaut keuntungan hasil dari rekaan mereka.”
Sejujurnya bagi saya, untuk menjadi seorang fashion designer berbeza dari seorang successful or good designer. Dua istilah yang berlainan. Hingga hari ini, barangkali ramai yang terkeliru dengan dua istilah ini. Mereka mungkin meminati fesyen, tapi hanya untuk populariti tanpa memikirkan nilai etika dalam dunia fesyen. Dan ada pula yang menceburi bidang fesyen hanya untuk mengaut keuntungan. Apa yang paling merugikan apabila mereka yang mempunyai ilmu dalam fesyen dan minat yang mendalam dalam seni reka fesyen, tetapi langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual mahupun mengaut keuntungan hasil dari rekaan mereka. Untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya, ia bukan sahaja tertumpu pada satu aspek sahaja, malahan ia melibatkan beberapa aspek yang lain. Maksud saya, ia bukan tertumpu mengenai ilmu fesyen itu semata-mata. Bukan hanya melibatkan ilmu menjahit, pattern drafting, fabrikasi, pilihan paten warna, mahupun ilmu drapping. Ya! Memang benar, untuk menceburi bidang ini, anda harus menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tetapi kita harus melihat dari sisi ideologi yang berbeza untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya. Anda harus sedar, apabila anda menjadi seorang fashion designer, maka secara tidak langsung ia meletakkan anda sebagai seorang entrepreneur. Jadi, mahu atau tidak, anda harus tahu mengenai segala elemen wajib dalam konteks business itu sendiri.
How well do you manage your business? How good you control your cash flow? I mean cash in and cash out? How confident do you feel in your ability to manage them?
Kadang-kala, apabila berbicara mengenai ilmu yang mempunyai kaitan dengan ilmu business ini, bunyinya sedikit bosan. Finance, account, marketing, income statement, balance sheet dan sale.Tetapi, inilah hakikatnya. Realiti. Mahu ataupun tidak, ini adalah perkara asas yang begitu penting dalam menjadikan hayat sesuatu perniagaan itu berada dalam jangka masa panjang dan mampu untuk bersaing dengan jenama yang lain. Fashion is business, and anything that related to business is in monetary terms! Jadi, begitu penting adanya team yang bagus yang memahami konsep perniagaan anda dengan fasih. Title fashion designer meletakkan anda sebagai seorang ketua dalam satu organisasi itu. Sebagai seorang ketua, semua aspek di atas ini harus diberi penekanan supaya setiap keputusan mahupun cadangan dibuat dengan relevan. Work smart not work hard. Saya begitu tertarik mengenai isu yang berlaku pada jenama mewah Burberry dan Mulberry yang mendapat “profit warning” Jelas, bukan? Alangkan jenama ini yang saya kira sudah senior dalam arena fesyen seantero dunia juga menghadapi masalah mengenai tahap penjualan mereka. Pada tahun 2015, sekali lagi dari kelompok “high-end fashion” jenama Michael Kors, juga menghadapi situasi yang sama di mana peratusan jualan merundum pada beberapa bulan pada tahun 2015. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej jenama-jenama ini sebagai salah satu jenama mewah dalam dunia fesyen. Apa yang penting, setiap pelan yang dibuat dalam sebuah organisasi itu harus telus dan kukuh. Saya percaya daripada pelan yang sistematik maka dapat menjana strategi yang efektif. Itu yang paling penting.
“Saya begitu tertarik mengenai isu yang berlaku pada jenama mewah Burberry dan Mulberry yang mendapat “profit warning” Jelas, bukan? “
“Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening”- Coco Chanel.
Mungkin sesetengah pereka menginterpretasikan maksud fesyen itu sebagai salah satu cara untuk mereka berkongsi mengenai rasa, emosi, dan perasaan mereka dalam bentuk yang lebih artistik. Maka, ia lebih jelas dilihat dalam setiap perincian rekaan. Termasuklah dari segi fabrik, tekstur, dan juga pilihan warna. Apa-apa pun, sebagai seorang pereka fesyen, anda harus tahudefinisi sebenar fesyen kerana bagi saya itu adalah perkara asas yang wajib difahami. Dari situ, barulah pelbagai idea rekaan dapat direka dan akhirnya dapat mempersembahkan sebuah rekaan yang menarik dan berkualiti tinggi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ini Yang Anda Akan Dapat, Jika Anda Beribadah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

10 malam terakhir atau lebih dikenali dengan malam Lailatul Qadar menjadi suatu perkara yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang menjalani ibadah puasa. Dijangkakan salah satu antara 10 malam ini boleh mendapat keberkatan dan pahala yang melimpah jika seseorang bersujud kepadaNya.
“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadar dalam keadaan iman dan mengharap balasan dari Allah , diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)
Rasulullah tidak mengatakan: “Dalam keadaan mengetahui Lailatul Qadar”. Jika hal itu merupakan syarat untuk mendapatkan pahala tersebut, niscaya Rasulullah S.W.T menjelaskan pada umatnya. Adapun pendalilan mereka dengan sabda RasulullahS.W.T :
مَنْ يَقُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِفَيُوَافِقُهَا
“Barangsiapa yang menegakkan solat pada malam Lailatul Qadar dan menepatinya.”
Maka makna فيوافقها di sini adalah: bertepatan dengan terjadinya Lailatul Qadar tersebut, walaupun ia tidak mengetahuinya”.
Semoga anugerah Lailatul Qadar ini dapat kita raih bersama, sehingga mendapatkan keutamaan pahala yang setara (bahkan) melebihi amalan 1000 bulan. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
FB, Mudahnya Islam
Pastinya anda akan berasa sangat teruja dengan malam ini kan? Antara manfaat yang boleh diperoleh dari setiap umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadhan ini adalah:
1. Diampuni Segala Dosanya
Fadhilat atau ganjaran yang diperolehi oleh orang Islam di malam 10 terakhir bagi yang berpuasa dan melaksanakan ibadah sunat lainnya seperti bersolat tarawih, solat tahajjud, memperbanyakkan bacaan Al-Quran, berzikir, dan sebagainya akan dihapuskan dosanya di masa lalu.
Inilah ganjaran yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya. Kerana manusia bukan maksum yang tidak melakukan kemungkaran dan dosa dan sebab itulah sepuluh malam terakhir Ramadhan ini adalah satu kesempatan untuk kita hapuskan dosa-dosa yang lalu.
2. Doa Dimakbulkan
Hidup di dunia jangan dipersia-siakan dan 10 malam terakhir adalah kesempatan yang perlu direbut oleh setiap umat Islam untuk memohon dan bermunajat kepada Allah. Doa-doa umat Islam akan dikabulkan oleh Allah S.W.T sama ada doa untuk kebaikan di dunia mahupun kebaikan di akhirat.
3. Dijauhkan Dari Api Neraka
Umat Islam yang beribadat di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan mengajak ahli keluarganya turut serta untuk beribadah, ia akan dijauhkan dari api neraka dan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Siapa yang mahu masuk api neraka? Jadi kita sebagai umat Islam kena rebut peluang ini untuk melaksanakan ibadat kepada Allah.
4. Mendapat Pahala Kebaikan Seribu Bulan
Barangsiapa yang melakukan ibadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan dan ia mendapat malam lailatul qadar maka ia akan mendapat pahala atau kebaikan setimpal dengan kebaikan seribu bulan serta diampuni dosa-dosanya yang lalu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Star Wars: Secrets of the Empire Bakal Menetap Di Genting Highland

Resort World Genting sebuah pusat peranginan terkemuka Malaysia bakal memenuhi hasrat peminat-peminat Star Wars dengan membawakan satu pengalaman baru buat anda sekeluarga dengan permainan VR Star Wars yang akan bawa anda mengembara ke seluruh alam semesta.Resorts World Genting dan The VOID telah mengumumkan untuk anda merasai sendiri pengalaman berbentuk realiti Star WarsTM: Secrets of the Empire berkolaborasi dengan ILMxLAB. Genting Highland merupakan antara pusat VOID di asia setelah menjadi ketagihan ‘gamers’ di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Star Wars: Secret of the Empire akan membawa anda melalui perjalanan yang menakjubkan ke dalam alam semesta Star Wars yang membolehkan mereka berjalan bebas sambil memakai cermin kepala visual yang akan membuatkan anda berasa seperti di angkasa lepas. Kombinasi antara realiti dan imaginasi untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang membangkitkan semua pancaindera, di mana anda akan merasakan kesan bolt blaster,menghidu asap dari persekitaran sekitar, tekan butang untuk menyelesaikan teka-teki interaktif untuk melarikan diri dari musuh, semuanya seakan-akan ‘real’!
Pasti anda teruja kan? Dijangkakan ia akan siap sepenuhnya dan dibuka untuk orang ramai akhir tahun ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI