Ramai yang beranggapan susahnya nak jimatkan minyak kenderaan. Mana kan tidak, kita sememangnya hari-hari guna kenderaan untuk bergerak.

Sama ada ke tempat kerja atau lain-lain urusan, semuanya memerlukan minyak untuk menggerakkan kenderaan kita.

Namun begitu, ada beberapa tip tertentu yang boleh anda lakukan untuk jimatkan penggunaan minyak yang ada dalam tangki :

1. Isi Petrol Waktu Malam

Mungkin ramai tidak mengendahkan tip mudah ini. Tetapi, ini adalah fakta. Sekiranya anda mengisi tangki minyak pada waktu malam atau ketika dalam keadaan sejuk, anda dapat menjimatkan wang untuk petrol. Sebaliknya jika anda mengisi petrol pada waktu siang atau dalam keadaan panas, kandungan gas adalah tinggi dan haba petrol akan bercampur dengan lebihan gas dalam kandungannya.

Ads

2. Penuhkan Tangki

Petrol juga boleh tersejat. Sekiranya tangki petrol penuh, ruang untuk petrol menyejat adalah kurang. Tetapi sekiranya ruang lebih besar, perkara sebaliknya akan berlaku. Untuk mengelakkan ruang dalam tangki menjadi kosong, anda perlu mengisi penuh tangki petrol kenderaan. Ini sekaligus membantu mengurangkan pembaziran kerana petrol yang tersejat atau meruap tidak akan dibakar oleh enjin. Janganlah tunggu meter petrol berada pada tanda “E” baru mahu isi.

3. Kurangkan Memecut

Had laju yang ditetapkan ada sebabnya. Pertama adalah untuk mengelak berlakunya kemalangan di jalan raya. Bagi para pemandu dan pemilik kenderaan, had laju yang ditetapkan seperti 60 atau 70 km/sejam sepatutnya digunakan sebagai sesuatu yang boleh memberi faedah kepada anda. Apabila memandu pada had laju yang tetap dan tidak memecut dapat menjimatkan petrol. Lagi laju anda memecut, lagi banyak petrol yang digunakan. Tetapi perlu diingatkan, memandu terlalu perlahan juga akan memberikan tekanan pada enjin sekaligus menyebabkan banyak petrol digunakan.

4. Selenggara Kereta Mengikut Jadual

Kereta merupakan jentera yang dicipta untuk bekerja. Oleh sebab itu ia seharusnya sentiasa diselenggara terutama di bahagian enjin. Dalam jangka masa yang ditetapkan, periksa kenderaan anda dan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penapis atau filter perlu sentiasa diperiksa dan jika perlu,gantikan dengan yang baru.

Ads

5. Periksa Tekanan Angin Tayar

Begitu juga dengan tekanan angin tayar. Periksa tayar kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sekiranya tekanan angin tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai dan sepatutnya, cengkaman tayar lebih kukuh dan ini sekaligus memberikan penjimatan berganda pada penggunaan petrol.

6. Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin

Untuk mengurangkan pembaziran penggunaan petrol, kurangkan penggunaan penghawa dingin ketika memandu. Guna apabila perlu sahaja iaitu ketika cuaca panas terik.  Sekiranya anda memandu pada waktu pagi atau malam, buka tingkap dan bukan penghawa dingin. Tetapi awas! Jangan buka tingkap terlalu luas sehingga membahayakan nyawa anda dan penumpang jika ada.

Ads

7. Beban Terlalu Berat

Keluarkan semua barang-barang yang tidak perlu disimpan di dalam kenderaan seperti set golf ataupun bagasi besar. Anda perlu tahu dan ingat, beban yang terlalu berat akan menyebabkan penggunaan tenaga berganda. Sekaligus ini akan menyebabkan penggunaan petrol juga bertambah.

8. Elak Guna Gear Rendah

Mungkin jarang yang lakukan, tetapi sebaik-baiknya elak menggunakan gear rendah ketika memandu. Gunakan gear rendah pada tempat yang sepatutnya sahaja. Contohnya ketika mendaki, tetapi pada masa yang sama anda perlu tukar gear secepat mungkin. Untuk menuruni bukit atau melalui jalan rata pula, langkah penggunaan gear satu terus ke gear tiga atau empat. Sekiranya kenderaan yang dipandu menggunakan gear automatik, tingkatkan halaju dengan kadar segera.

9. Matikan Enjin Ketika Menunggu

Memang biasa kita lihat situasi ini. Kebanyakan daripada tidak mematikan enjin ketika menunggu walaupun dalam tempoh sekejap. Enjin sebenarnya tetap membakar petrol di dalam tangki walaupun ketika kenderaan anda tidak bergerak. Amat mudah, jika anda menunggu atau keluar dalam tempoh sekejap dari kenderaan anda, matikan enjin kenderaan anda itu. Ia mampu menjimatkan penggunaan petrol.

 10. Pandu Untuk Perjalanan Jauh Sahaja

Kalau boleh pandu kenderaan anda hanya untuk perjalanan yang jauh sahaja. Sekiranya destinasi yang ingin dituju  hampir dengan tempat tinggal, lebih baik anda berjalan kaki atau menunggang basikal. Ini bukan sahaja memberi penjimatan pada petrol kenderaan malah memberi faedah pada alam sekitar, sekaligus menyihatkan tubuh badan anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI