Obses Lengan Sado Macam Popeye, Lelaki Kurus Ni Kongsi Rahsia Jadi Sado Tanpa Perlu Bersenam

Share

Obses dengan lengan yang mengancam dan sado, lelaki kurus ini sanggup melakukan sesuatu yang tak boleh diterima akal. Namun, sebelum membuat sesuatu rasanya lebih baik kita fikir kesan sampingannya. Ramai lelaki yang mahukan bentuk badan yang sado terpaksa berusaha dengan menghabiskan masa berlatih di gimnasium.

Namun berbeza dengan peminat sukan bina badan dari Rusia, Kirill Tereshin berpandangan cara lama untuk ‘sado’ iaitu dengan mengangkat besi dan mengambil banyak protein memerlukan masa yang panjang. Jadi, dia memutuskan untuk menyuntik kedua-dua belah tangannya dengan beberapa liter minyak sintetik dikenali sebagai ‘synthol’.

Seperti kebanyakan pengguna synthol, Tereshin, 21, memulakannya dengan menyuntik sejumlah kecil minyak itu terus ke dalam ototnya, tetapi sedar untuk memastikan ototnya kelihatan besar, dia perlu meningkatkan kuantiti dan menyuntiknya lebih kerap.

Dia pertama kali menyuntik 250ml synthol di lengannya, tetapi ototnya hanya membesar 1 inci. Tidak gembira dengan hasil itu, dia mendakwa menyuntikkan beberapa lagi liter synthol untuk lengannya kelihatan besar. Walau bagaimana pun, penggunaan Synthol dapat memberikan kesan sampingan seperti kerosakan saraf, strok, bengkat ataupun ulser di dalam otot

.

Menurut Kirill, pada beberapa hari yang pertama setelah menyuntik bahan itu pada lengannya, beliau mengalami demam panas sehingga terbaring di atas katil

Meskipun kini beliau memiliki otot yang besar dan ‘mengancam’, tetapi hakikatnya kekuatan beliau tidak bertambah kerana otot tersebut tidaklah terbina secara semulajadi.

 

Info tentang Synthol

Synthol adalah sejenis minyak yang dihasilkan sebagai bahan bantuan kepada ahli bina badan yang mempunyai genetik yang lemah, lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai otot-otot yang bulat. Ahli bina badan menggunakan synthol untuk membesarkan otot yang lemah dan yang kurang, daripada otot-otot lain, untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih simetri. Namun, ahli bina badan professional menggunakannnya dengan cara yang betul dan penggunaannya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Jika digunakan dengan cara yang betul, ia akan memberikan kesan yang baik dan tidak berbahaya.

Hati-hati guys!

Published by
Ruziana Zainal