Gara-gara tabiat buruk merokok. Pelakon kacak Fadlan Hazim nyaris bisu buat selama-lamanya akibat penyakit tonsil kronik yang dihadapinya.
Difahamkan Fadlan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sejak remaja dan kerap merokok sejak dari remaja.
“SAYA fikir saya akan bisu buat selama-lamanya,” kata pelakon, Fadlan Hazim selepas doktor mengesahkan dia mengalami penyakit tonsil kronik akibat tabiat buruk iaitu merokok.
Fadlan, 26 bagaimanapun bersyukur apabila keadaan kesihatannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Ketika doktor memaklumkan saya menghidap tonsil hingga peti suara saya mengalami masalah, saya mula risau kerana penyakit ini amat berisiko tinggi.
“Sebagai pelakon saya memerlukan suara untuk berlakon. Tambahan pula, bidang ini adalah sumber rezeki sepenuh masa saya, namun saya berserah kepada takdir.
“Alhamdulillah proses pembedahan berjalan dengan baik. Cuma selepas kesan ubat habis, saya menahan kesakitan hampir beberapa jam kerana pembedahan dilakukan di kawasan mulut dan tekak,” katanya menghidap sakit tonsil sejak 2014.
Menurut Fadlan, punca dia menghidap penyakit terbabit kerana mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan mengabaikan penjagaan tubuh.
“Saya mula merokok ketika usia masih muda. Mungkin terlalu kerap merokok menyebabkan tonsil saya menjadi semakin parah.
“Alhamdulillah, sudah setahun saya berhenti merokok. Tapi kalau benda sudah nak jadi, tonsil itu masih ada dan perlu dibuang,” ujarnya.
Fadlan kini memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan bersukan dan bersenam di gimnasium.
Ujar hero drama Papa Ricky ini, dia mula sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengawal pemakanan.
“Kalau nak hilangkan tekanan, saya selalunya berkunjung ke gim dan mesti buat senaman ringan untuk keluarkan peluh.
Sumber : Harian Metro
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI