Dalam dunia fesyen yang semakin berkembang, Noh Salleh muncul sebagai duta rasmi Qhiam, membawa keberanian moden dan penghargaan terhadap budaya dalam gaya yang tersendiri.
Sebagai seorang pemuzik dan ikon seni, Noh bukan sahaja dikenali dengan suara uniknya, tetapi juga dengan penampilannya yang berkarakter serta apresiasi mendalam terhadap elemen budaya tempatan.
Dengan pengaruhnya dalam dunia muzik dan fesyen, kehadiran Noh sebagai duta jenama ini mengukuhkan lagi mesej Qhiam tentang ekspresi diri dan kepelbagaian dalam fesyen.
Sebagai wajah baharu Qhiam, Noh Salleh membawa dimensi baharu kepada jenama ini dengan semangat individualistiknya yang seiring dengan nilai jenama itu sendiri.
Dalam setiap helaian pakaian yang dihasilkan oleh Qhiam, terdapat elemen tradisional yang diperbaharui dengan suntikan moden—konsep yang seiring dengan personaliti dan gaya Noh yang unik.
Kolaborasi ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga satu penghormatan kepada warisan dan inovasi yang berpadu dalam satu gerakan budaya.
Qhiam: Inspirasi Warisan, Gaya Kontemporari
Diasaskan oleh seorang usahawan berpengalaman dalam industri hijab dan tudung, Qhiam menampilkan koleksi busana perayaan seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan kurta moden yang mengangkat nilai estetika dan warisan Melayu dalam bentuk lebih moden.
Ads
Dengan pasukan kreatif yang berdedikasi, setiap rekaan bukan sekadar pakaian, tetapi cerminan identiti dan ekspresi pemakainya.
Komitmen Qhiam terhadap fesyen mewah mampu milik menjadikan jenama ini pilihan utama bagi mereka yang mencari keseimbangan antara keselesaan, gaya, dan kualiti.
“Qhiam bukan sekadar jenama pakaian, ia adalah satu pergerakan budaya yang menggalakkan pemakainya untuk mengekspresikan diri melalui fesyen dan inovasi,” kata pengasas jenama ini.
Sendja: Menyuntik Nafas Baru Dalam Fesyen Raya
Menyedari perubahan selera fesyen generasi muda, Qhiam memperkenalkan Sendja, jenama yang lebih berani, ekspresif, dan inklusif.
Ads
Jika Qhiam mengekalkan elemen tradisional dengan suntikan moden, Sendja pula membawa perspektif fesyen yang lebih segar dengan warna-warna berani dan potongan yang lebih kasual tetapi tetap mengekalkan kualiti dan keunikan rekaan.
Sendja bukan hanya menawarkan pakaian perayaan, malah ia turut menyasarkan fesyen kasual harian yang membolehkan pemakai mengekalkan gaya tradisional dalam suasana lebih santai. Ini adalah satu usaha untuk menjadikan fesyen warisan lebih relevan dalam arus moden.
Kempen ‘Sama’: Perpaduan Melalui Fesyen
Qhiam turut memperkenalkan kempen ‘Sama’, yang bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dalam satu identiti yang sama. Melalui fesyen, kempen ini menghubungkan generasi berbeza dengan menampilkan koleksi istimewa seperti:
Koleksi Tangsi – Rekaan kurta dengan gaya kolar mandarin yang elegan.
Koleksi Galur – Kombinasi elemen warisan dengan potongan moden yang sofistikated.
Koleksi Antara – Simbol pertemuan antara tradisi dan inovasi fesyen moden.
Koleksi Temu – Menggambarkan makna kehangatan pertemuan semula dan kebersamaan.
Ads
Untuk memperkukuh imej jenama, Qhiam melantik Noh Salleh sebagai duta rasmi, seorang ikon seni yang melambangkan keberanian moden dan penghargaan terhadap budaya.
Selain itu, jenama ini turut berkolaborasi dengan beberapa personaliti terkenal seperti Amy Search, Iedil Putra, Leaism, dan Naim Daniel, yang masing-masing membawa keunikan tersendiri dalam fesyen dan budaya popular.
Selain selebriti, Qhiam juga bekerjasama dengan platform komuniti seperti SneakerLAH dan Peak.KL, menghubungkan jenama ini dengan dunia fesyen urban serta trend gaya hidup masa kini.
Bagi mereka yang ingin meraikan lebaran dengan gaya yang autentik dan segar, koleksi terbaru dari Qhiam dan Sendja pastinya menjadi pilihan terbaik tahun ini. Layari qhiam.com.my atau ikuti di media sosial @qhiam.officialuntuk mendapatkan koleksi eksklusif Raya 2025!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda bahawa telefon pintar bukan sahaja merosakkan mata anda, tetapi ia juga akan memberi kesan kepada wajah anda. Telefon pintar anda terdedah dengan bakteria dan dan skrin yang kotor. Mana tidaknya, anda meletakkan telefon anda merata-rata tempat. Jadi, setiap kali anda mengangkat ganggang, pasti bakteria akan merosakkan wajah anda. Berbeza dengan lelaki, perempuan biasanya lebih gemar menjaga kulit wajah mereka. Tak perlu memakai earphone pun kalau nak jawab panggilan tu, Cuma setiap kali anda meletakkan teleon pintar di cuping telinga anda, pastikan anda lap permukaan skrin terlebih dahulu.
2)Aftershave
Ini kerap berlaku kepada lelaki di luar sana. Produk aftershave biasanya mengandungi alkohl yang sangat melampau. Ini tidak baik untuk kulit anda sebenarnya. Dinasihatkan agar anda sedikit berhati-hati apabila memilih aftershave. Mungkin anda boleh bertukar kepada losyen yang lebih selamat? Pokoknya, cari produk yang berkualiti ye.
3)Makan tidak teratur
Makan yang teratur bukan saja boleh turunkan berat badan, ia juga boleh membuatkan kulit anda kekal cantik dan bersih. Jangan skip meal anda setiap hari. Selain daripada pemilihan makanan yang sihat, faktor jadual makan anda juga harus di beri keutamaan.
4)Sarung bantal
Mengapa sarung bantal turut memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit? Tidur merupakan perkara paling seronok bagi semua orang. Bantal adalah benda pertama yang anda akan cari setelah penat seharian berkerja. Walaupun anda telah cuci muka anda, namun sarung bantal yang kotor tidak membolehkan muka anda kekal bersih. Kerap tukar sarung bantal anda.
5)Helmet
Kepada anda yang menggunakan motor sebagai kenderaan anda untuk pergi ke kerja, helmet merupakan perkata utama yang perlu anda jaga dalam kehidupan anda. Wajah anda bukanlah bersih setiap kali anda menyarungkan topi keledar anda. Mungkin ada kalanya anda sarung setelah anda habis bermain gym ataupun futsal. Kepala dan wajah anda dalam keadaan berminyak. Ini akan merosakkan kulit anda lebih teruk dari biasa. Selain daripada membasuh muka anda dengan bersih setiap hari, apa kata kalau anda menukar span di dalam helmet 5 bulan sekali, ataupun spray penyembur anti bakteria agar helmet anda agar sentiasa segar.
6)Mandi
Mandi pun salah ke? Mandi di sini lebih fokus kepada mereka yang menggunakan heater (air panas) di dalam bilik mandi. Mengapa ia boleh merosakkan kulit anda? Kerana air panas boleh keringkan kulit anda. Kulit anda akan kusam jika anda mengambil masa yang lama dalam bilik air. Dianggarkan untuk seseorang berada di dalam bilik air hanya 5-10 minit sahaja. Habis semua urusan dalam bilik air, sila keluar jika ingin menjaga kulit anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lambakan jenama ‘fast fashion’ yang kini membanjiri pasaran memberikan pilihan yang cukup banyak kepada pengguna.
Dengan persainagan yang cukup sengit bagi menempatkan diri dalam pasaran jenama-jenama fesyen kategori ini pastinya lambat-laun akan muncul juga masalah melibatkan rekaan eksklusif.
Terbaru jenama fesyen yang cukup popular, H&M telah memfailkan saman terhadap pesaingnya, SHEIN jenama fesyen pantas berasal dari Nanjingm, China.
Saman ini dikeluarkan oleh H&M kerana menganggap SHEIN telah melanggar hak cipta rekaannya.
Tindakan yang dilakukan oleh H&M ini dilaporkan pertama kalui oleh Bloomberg yang menyatakan SHEIN telah melanggar hak cipita rekaan lebih satu kes berdasarkan sumber laporan tersebut.
Perkara tersebut didedahkan pada bulan Jun 2023 selepas kes dibacakan buat pertama kali di Hong Kong.
Ia menyatakan H&M pertama kalu memfailkan saman terhadap SHEIN pada bulan 2022. Sumber juga mengatakan, H&M turut menyediakan kes ini terhadap SHEIN sejak tahun 2021 lagi.
Ini merupakan kali pertama syarikat fesyen pantas membawa jenama psesaing ke mahkamah di atas alasan melanggar hak rekaan.
Walaupun persaingan seperti H&M dan Inditex’ Zara telah lama berlaku namun ia hanyalah dari jualan sahaja tetapi tidak pernah ada ‘serangan’ begini sebelum ini.
Lebih menarik, berita tentang kes ini berlaku pada masa hampir sama ketika Temu, sebuah lagi jenama fesyen pantas dari China berdepan kes hampir sama di mahkamah sejak beberapa bulan lalu.
Disember tahun lalu menyaksikan SHEIN menyaman Temu kerana melanggar ‘hak eksklusif dan tada dagangan’ seperti dilaporan oleh The Fashion Law pada 4 Julai lalu.
Berhadapan kes itu, Temu turut menyaman balas SHEIN kerana alasan ugutan, intimidasi dan juga hukuman kewangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Material kulit terang dan pakaian knitwear mendominasi pentas peragaan yang ditampilkan oleh Stuart Vevers sempena pengenalan COACH Spring/Summer 2020 Collection.
Jenama mewah COACH tampil menerusi seksyen terbaru New York’s High Line pada Selasa lalu dengan koleksi lelaki dan wanita. Menurut Pengarah Kreatif COACH, Stuart Vevers rekaan koleksi kali ini ditonjolkan untuk meraikan bandar New York yang menjadi nadi utama rekaan kali ini.
Stuart Vevers bersama dutamenswear COACH, Micahel B. Jordan.
Selain pakaian sudah semestinya koleksi beg mereka yang paling ditunggu-tunggu oleh penggemar jenama ini. Sebanyak 78 buah beg dengan setiap satunya mewakili perkembangaan rekaan COACH sepanjang sejarah 78 tahun jenamanya.
Membawa warna-warna yang terang serta attitude New Wave, rekaan COACH pada kali ini jelas tampil lebih ilustrasi pop energetik.
Antara selebriti yang paling menjadi tumpuan hadir pada persembahan koleksi ini ialah Micahel B. Jordan, duta menswear COACH.
Manakala tidak ketinggalan dua orang selebriti dari Malaysia iaitu Joe Flizzow dan Fazura yang diterbangkan khas untuk turut serta menyaksikan persembahan koleksi ini.
Kedua-dua selebriti popular tanah air tersebut turut serta dalam pelbagai persembahan COACH yang lain sepanjang NYFW 2019.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar kereta bengkak, jangan pandang remeh, boleh undang bahaya! Pernah tak satu hari masa tengah nak keluar rumah, tiba-tiba nampak tayar kereta ada benjolan pelik kat tepi? Kalau ya, itu tanda tayar kereta anda sudah bengkak dan ini bukan benda kecil yang boleh tunggu.