“No Sugar 100%, Dari 73kg Ke 60kg” Lelaki Ini Kongsi Misi 100 Hari

Share

Bukan senang nak turunkan berat namun Muhammad Faiz hampir berjaya mengecapi impian untuk memiliki berat badan sebanyak 60kg dalam misi 100 hari.

“Berat awal saya 73kg. Saya banyak berlari manakala sesekali saya berbasikal. No sugar 100% at all, nasi saya tak makan tapi saya gantikan dengan carbo lain. Contohnya, roti dengan ayam grill.

“Bulan pertama paling cepat turun, almost 8kg. Namun masuk bulan ketiga, berat tak banyak turun sebab muscle gain tapi inch lost banyak. Sekarang ni berat saya adalah 63.6kg,” katanya kepada MASKULIN.

Menurut Faiz, kunci utamanya adalah untuk menjauhi air manis, menjaga pemakanan dan melakukan sedikit senaman setiap hari.

“Basically, saya bagitahu kawan-kawan yang minta tip, jaga permakanan kerana ia melibatkan 80% manakala 20% exercise. Ubah pemakanan, Insha Allah berubahlah badan kita.

“Mindset perlu kuat. Macam saya sudah berumah tangga, isteri adalah support yang paling penting dan kuat buat saya. Jika orang rumah sokong, dia akan masak makanan untuk kita diet,” katanya lagi.

Antara Menu:

Malah beritahunya kepada MASKULIN, isterinya juga turut serta berlari dan mengamalkan gaya hidup sihat sama sepertinya kerana dia agak cemburu dengan penurunan berat badan Faiz.

Baca: ‘Breakfast Makan Roti Wholemeal, Tengah Hari Baru Makan Nasi’ Dari 142kg Ke 88kg, Lelaki Ini Kongsi Rahsia!

Faiz turut menyertai group bersama rakan-rakan sekolahnya dan merekalah yang banyak memberikan support serta dorongan kepadanya di dalam kumpulan tersebut.

Dia turut menggalakkan orang ramai untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat, selain menasihati agar tidak melengah-lengahkan dan turut serta melakukan misi 100 hari ini.

Berkenaan dengan nasi, dia ada pandangannya yang tersendiri. Oleh kerana dia tidak boleh tinggalkan nasi, jadi dia gantikan dengan mengambil karbo yang lain.

“Memang nasi tidak bersalah tetapi saya jenis tidak boleh tengok nasi. Susah nak kawal. Sebab itulah saya ‘cut’ terus nasi dan ganti dengan carb yang lain. Kalau geng tak tahan tengok nasi seperti saya, boleh cuba cara saya ini,” jelas Faiz lagi.

Berbaki 18 hari sahaja lagi, Faiz berharap yang dia mampu menurunkan 3kg sahaja lagi. Doakan kejayaannya. Semoga anda juga mampu melakukan perkara yang sama sepertinya.

Sumber: Muhammad Faiz

Published by
L.A