Tidak salah jika MASKULIN katakan yang Huawei kini merupakan antara ‘pemain utama’ yang terbesar dalam industri penghasilan peranti telekomunikasi terutamanya dalam segmen telefon pintar.
Jenama asal China yang dikatakan memiliki lebih 200 juta pengguna aktif di seluruh dunia ini sentiasa menampilkan inovasi terkini menerusi deretan peranti pintar dengan tawaran aplikasi unik yang diperkenalkan mereka dari semasa ke semasa.
Tidak hairanlah setiap kali berita tentang pengenalan produk terbaharu Huawei diuar-uarkan, ia pasti menjadi tular di kalangan pengguna laman media sosial.
Malah Huawei kini dijadikan penanda aras oleh pengguna peranti pintar apabila bercakap tentang kemampuan, prestasi dan pengenalan teknologi terkini yang boleh didapati di pasaran.
Terbaharu, Huawei mengorak langkah dengan lebih yakin apabila memperkenalkan app store tersendiri yang dikenali sebagai Huawei AppGallery untuk kesemua perantinya.
Huawei AppGallery yang menawarkan pelbagai aplikasi hebat setaraf dengan app store lain.
Jika sebelum ini kebergantungan pengguna Huawei lebih tertumpu kepada Google Play tapi kini peranti Huawei milik mereka boleh menikmati perkara yang sama dan lebih eksklusif menerusi AppGallery.
Bahkan, Huawei turut menekankan bahawa hampir kesemua aplikasi yang popular dan aktif digunakan oleh pengguna di Malaysia boleh didapati di AppGallery.
Ikuti video di bawah untuk mengetahui kelebihan hebat yang ditawarkan oleh Huawei menerusi AppGallery.
FUNGSI & KELEBIHAN HEBAT HUAWEI APPGALLERY
Buat anda yang sudah terbiasa dan selesa menggunakan Google Play, mungkin anda sedikit berat hati untuk melakukan perubahan menggunakan app store yang lain seperti AppGallery ini.
Menyedari akan kerisauan tersebut, Huawei dengan cukup berani mengatakan bahawa setiap apa jua aplikasi spesifik yang diperlukan pengguna pasti boleh didapati menerusi AppGallery.
Malah dalam sesetengah kategori, AppGallery memberikan pengalaman yang lebih bersifat interaktif dan memudahkan pengguna.
Sebagai contoh, Google Play Store cukup terkenal dengan aplikasi Gmail. Tapi tahukah anda bahawa Huawei email app mampu melakukan sync lebih dari satu domain e-mel?
Ads
Lebih menarik lagi, ia juga membenarkan pengguna untuk melakukan sync terhadap Gmail mereka.
Ini secara tidak langsung memberikan kemudahan yang pantas untuk pengguna mengakses e-mel peribadi, kerja dan juga perniagaan.
Selain kemampuan hebat yang ditawarkan oleh Huawei email app, terdapat beberapa fungsi popular yang digunakan menerusi Google turut ditawarkan oleh Huawei AppGallery.
Antaranya ialah:
1. HUAWEI MOBILE CLOUD
Jika Google memiliki Google Drive, Huawei pula memperkenalkan Huawei Mobile Cloud. Paling menarik, ia menawarkan 50GB storan percuma di mana Google Drive hanya menawarkan 15GB sahaja.
2. HUAWEI VIDEO & MUSIC
Ads
Antara aplikasi paling penting buat pengguna kini ialah video dan muzik. Menerusi AppGallery, Huawei Video dan Huawei Music diperkenalkan sebagai saingan terdekat kepada aplikasi Google Play Music dan Google Movie & TV. Menariknya, Huawei menawarkan Akses Premium Percuma selama tiga bulan!
3. MEETIME
Panggilan video kini menjadi kaedah paling popular untuk berhubung secara terus. Namun dalam lambakan aplikasi yang ditawarkan pasti ada sahaja kerisauan dari faktor sekuriti oleh pengguna. Huawei MEETime menampilkan sekuriti empat lapisan di mana pengguna boleh berinteraksi dengan selamat.
Aplikasi panggilan video ini juga boleh digunakan dalam keadaan cahaya rendah atau pautan rangkaian yang lemah. Dalam masa sama, ia juga membenarkan pengguna untuk berkongsi skrin dengan rakan-rakan. Secara tidak langsung, ia memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan dan berbeza berbanding aplikasi lain. Sebuah evolusi baharu panggilan video!
4. LEBIH HEBAT, LEBIH BERBALOI!
Huawei AppGallery turut menawarkan kelebihan apa yang tidak dimiliki oleh Google. Antaranya ialah aplikasi Huawei Theme di mana ia memberikan segala kemudahan lebih personal kepada pengguna dan Member Center, pusat digital di mana pengguna boleh menebus mata ganjaran, baucar dan juga kupon.
Buat pengguna yang masih ragu-ragu akan kepelbagaian variasi aplikasi yang terdapat di Huawei AppGallery, mungkin pendapat anda kini sudah berubah.
Ads
Kelebihan lain yang pasti memberikan poin bonus buat Huawei AppGallery ialah setiap aplikasi yang dihasilkan adalah untuk semua pengguna di seluruh dunia.
Ia berbeza dengan apa yang terdapat di Google Play di mana sesetengah aplikasi tidak terdapat dan dikunci untuk lokasi tertentu.
Dari segi keselamatan dan sekuriti pula Huawei AppGallery telah terbukti dan dijamin selamat dengan pengiktirafan sijil CC EAL5+.
Tidak perlu muat turun dan boleh terus menggunakan aplikasi hanya di Quick App.
Untuk navigasi yang lebih menjimatkan ruang storan dalaman, telefon pintar pula Huawei memperkenalkan Quick App. Menerusi aplikasi ini pengguna boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang terdapat di AppGallery tanpa perlu memuat naik.
Bukan sahaja menjimatkan ruang storan malah turut menjimatkan penggunaan data. Percayalah apabila MASKULIN katakan setiap aplikasi yang anda gunakan sekarang, boleh didapati di Huawei AppGallery.
Untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Huawei AppGallery, anda boleh mendapatkan peranti terkini Huawei seperti HUAWEI Siri P40, HUAWEI MatePad Pro dan HUAWEI Watch GT2e di sini.
Tahukah anda, telefon pintar terbaharunya HUAWEI P40 Series mempunyai kemampuan fotografi hebat dan rangkaian lebih baik boleh didapati pada harga RM2,799 dengan tawaran hadiah eksklusif bernilai lebih RM690!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengenalan telefon pintar flagship terkini, HUAWEI P40 pasti membuatkan ramai peminat teknologi ini teruja. Apa tidaknya, saban tahun HUAWEI sentiasa mengetengahkan telefon pintar yang mampu menjadi perintis kepada pelbagai teknologi dan inovasi baharu.
Selain pengenalan teknologi di dalam telefon pintar itu sendiri, HUAWEI juga telah memperkenalkan ekosistem kepelbagaian perantinya yang mampu berhubung dengan hanya satu sentuhan sahaja.
HUAWEI MENGHUBUNGKAN DENGAN SATU SENTUHAN SAHAJA
Pernahkah anda berdepan kesukaran untuk bekerja dari rumah, sedangkan segala data anda berada di pejabat? Apabila ingin bekerja luar dari pejabat pastinya anda ingin melakukan tugasan memindahkan fail atau foto dari telefon pintar ke komputer dengan mudah dan yang pasti, pemindahan itu semuanya memakan masa yang lama.
Ramai di antara kita memiliki pelbagai jenis peranti seperti televisyen, pembesar suara, tablet dan semestinya telefon pintar. Jadi, bagaimana pemindahan data dari telefon pintar ke peranti lain boleh dilakukan dengan pantas? Ini terutamanya apabila kita berada di luar atau ‘on the go’.
ON THE GO!
Di sinilah kehebatan yang ditonjolkan oleh teknologi Huawei Share, teknolgi yang diperkenalkan oleh HUAWEI sebagai solusi untuk masalah ini. Dengan Huawei Share, pengguna dapat menghubungkan semua peranti dengan mudah walau di mana pun anda berada tidak kira anda di pejabat, di rumah ataupun ketika dalam mod ‘on the go’!
Huawei Share bukan sahaja berfungsi untuk memudahkan pengguna memindahkan fail atau data di antara peranti, malah ia juga menawarkan hubungan interaktif OneHop di antara telefon pintar dan peranti pintar yang lain. Data-data seperti perkongsian audio, hubungan rangkaian dan projeksi skrin dapat dilakukan dengan pengalaman yang cukup selesa.
Sebagai contoh, jika anda ingin memindahkan foto dari telefon ke dalam komputer untuk proses mengedit, anda hanya perlu menekan dan mengaktifkan NFC di dalam telefon pada tag HUAWEI SHARE di bahagian bawah kanan komputer untuk menghubunngkannya.
Jika telefon anda menggunakan EMUI 10.0 atau ke atas, anda juga boleh merasai pengalaman mengunakan inovasi Multi-Screen Collaboration yang disediakan oleh Huawei Share. Ia bukan sahaja memudahkan pemindahan fail, malah turut membenarkan penggunaan tetikus dan kibod komputer peribadi berfungsi di dalam telefon pintar.
‘Tap’ sahaja telefon pintar ke komputer atau tablet, paparan telefon abda akan turut terpapar di skrin. Anda juga boleh mengakses mana-mana aplikasi telefon pintar atau drag dokumen dengan menggunakan tetikus di komputer. Malah, boleh juga melakukan ‘double click’ untuk mengedit dokumen (sokongan EMUI 10.1 ke atas).
KESERONOKAN AUDIO
Pembesar suara yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Apabila pulang ke rumah selepas bekerja atau beriadah, sentuh sahaja telefon pintar di bahagian atas Sound X untuk mendengar alunan muzik. Ini semua boleh dilakukan dengan fungsi One-Tap Audio Sharing. Jika anda ingin menghentikan seketika muzik, anda tidak perlu melakukan akses dengan telefon pintar kerana anda boleh melakukannya dengan menutup bahagian atas pembesar suara menggunakan tapak tangan sahaja.
KEHEBATAN PENGALAMAN PERKONGSIAN
HUAWEI turut menekankan pengalaman sosial terhadap teknologi yang diperkenalkan. Dengan One-Tap Network Connection yang disediakan oleh Huawei Share, pengalaman gaming juga sememangnya berbeza.
Rakan-rakan yang datang ke rumah boleh menyertai permainan video tanpa perlu anda menggunakan perkongsian Wi-Fi berkali-kali. Hanya perlu ‘tap’ telefon di bahagian NFC, mereka boleh mengakses rangkaian Wi-Fi semudah ABC. Malah penggunaan skrin juga dapat dipindahkan ke televisyen dengan menggunakan teknologi yang sama.
AKSES KUNCI KERETA DENGAN HUAWEI SHARE
Teknologi Huawei Share turut menawarkan sesuatu yang menyeronokkan untuk kereta anda. Dengan teknologi ini, anda boleh mengakses kunci kereta dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh mengunci kereta walaupun tidak berada berdekatan dengan kenderaan anda. Yang pasti, teknologi ini merupakan salah satu ekosistem yang sedang diterokai oleh HUAWEI bersama rakan-rakan niaganya.
PETAL SEARCH WIDGET – PINTU ANDA KE JUTAAN APLIKASI
Seperti mana yang kita tahu, HUAWEI sentiasa komited dalam membangun dan menawarkan teknologi terkini serta terbaik untuk pengalaman terunggul penggunanya. HUAWEI P40+ turut hadir dengan Petal Search Widget – Find Apps, widget terbaharu yang membantu pengguna mencari pelbagai aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan.
Direka sendiri oleh HUAWEI, widget terbaharu ini akan memberikan pengalaman carian aplikasi yang belum pernah pengguna rasai.
Jadi bagaimana ia berfungsi? Terdapat tiga langkah mudah.
Langkah 1 – Untuk membantu pengguna HUAWEI P40 mencari aplikasi yang anda mahukan, gunakan Petal Search Widget -Find Apps.
Langkah 2 – Taipkan sahaja nama atau fungsi aplikasi di ruangan ‘search bar’. Ia akan memaparkan aplikasi paling top di bahagian teratas.
Langkah 3 – Petal Search Widget akan menunjukkan carian paling relevan di bahagian atas berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Ia akan menyatakan apakah aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi AppGallery. Ia boleh dimuat turun secara link rasmi, menerusi versi laman sesawang atau daripada 3rd party store.
Sejak terciptanya kenderaan dua roda yang dipacu enjin bergelar motosikal, kita telah menyaksikan segala macam evolusi teknologi diperkenalkan. Pada masa kini, pelbagai jenis, bentuk dan kategori motosikal dihasilkan bagi memenuhi keinginan dan kezaman penunggang dan pencintanya.
Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa motosikal kini bukan hanya berfungsi sebagai kenderaan yang membawa kita dari poin ‘A’ ke poin ‘B’. Tetapi ia lebih daripada itu! Motosikal kini menjadi salah satu instrumen untuk kita merasai dan mengekspresikan diri.
Renjatan adrenalin ketika melakukan tunggangan motosikal hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang melalui sendiri pengalaman tersebut. Disebabkan itulah, motosikal kini bukan sahaja mempunyai kualiti terbaik tetapi mampu beraksi lasak dalam pelbagai kondisi jalan menjadi pilihan.
BMW Motorrad yang mempunyai pengalaman serta sejarah yang cukup kaya dalam penghasilan motosikal premium turut membariskan ciptaannya yang cukup mantap. Pengenalan BMW R 1250 GS/GS Adventure ditonjolkan sebagai sebuah jentera sempurna buat mereka yang inginkan pengalaman tungangan luar biasa sama ada di jalan raya atau secara ‘off-road’.
40 TAHUN SEJARAH UNGGUL
Dari sudut sejarahnya, Model BMW GS bukanlah calang-calang model motosikal. Bahkan ia mempunyai yang unggul dan kaya dengan 40 tahun evolusi penghasilan yang menggabungkan versataliti dan ciri tunggangan yang unik. Pelbagai perubahan dan kemajuan kejuruteraan dilakukan selama ini terserlah dengan ketelitian terbaik ditampilkan menerusi BMW GS versi terbaru ini.
Inovasi rekaan sofistikated yang diterjemahkan menerusi BMW GS ini menjadikan ia sebagai penanda aras terunggul di pasaran sekarang. Dua varian diperkenalkan iaitu R 1250 GS/GS Adventure bukan sahaja dijangka memenuhi kehendak pengguna tetapi mampu memberikan jangkaan yang luar biasa.
Jentera sensasi dari BMW Motorrad ini dijana dan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254 cc dengan menghasilkan 136 kuasa kuda pada 7.750 rpm dan 143 nm pada 6,250 rpm. Dalam erti kata lain, ia menjana satu angka yang cukup mantap bagi sebuah motosikal yang turut tampil dengan lampu hadapan adaptif baharu hadir dengan fungsi berpangsi.
Lebih menarik, sistem trasmisi dan penggandingnya kini telah dintegrasikan pada komponen perumah enjin yang sekali gus menyaksikan sebuah reka bentuk lebih menjimatkan ruang serta ringan.
Motosikal paling versatil BMW Motorrad ini juga turut dilengkapi dengan mekanisma ‘anti-hopping’ di dalam klacnya serta memiliki teknologi BMW Gear Shift Assistant Pro telah tersedia secara standard.
Fungsi pelbagai mod tunggangan juga memberikan pengalaman yang jauh lebih berbeza menerusi model terbaru ini. Kini ia dilengkapi dengan beberapa mod tunggang berbeza seperti Dynamic, Dynamic Duo, Enduro serta Pro Enduro yang turut kengkap dengan kawalan brek enjin dinamik.
KAWALAN SISTEM LEBIH SELAMAT
Pengenalan kawalan luncur serta mod terbaru ECO juga memberikan kelebihan tersendiri kerana ia membantu enjin boxer mencapai penggunaan maksimum bahan api, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol. Ia dapat dilakukan dengan sokongan menerusi sistem timing Shiftcam variable valve.
Bagi tunggangan di pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan, kehadiran BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) pula membolehkan fungsi redaman motosikal ini disesuaikan secara otomatik.
BMW Integral ABS pro memberikan kestabilan serta jaminan keselamatan yang jauh lebih tinggi. BMW GS kini turut dilengkapi dengan IMU (Inertial Measurement Unit) enam-paksi yang cukup penting bagi memastikan sistem Integral ABS PRO terbaru berfungsi dengan sempurna berbanding sistem lama ABS Pro.
Sistem Integral ABS akan berfungsi apabila tuas brek digunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang. Dengan pengenalan IMU, Integral ABS dapat membantu berfungsi lebih baik dalam berfungsi lebih baik dan dapat mengesan sebarang kedudukan atau posisi motosikal sama ada di jalan raya atau ‘off-road’.
Dari segi penampilan luara, BMW R 1250 GS/GS Adventure juga tidak kurang hebatnya. Pandangan pertama mata pastinya tertumpu kepada beberapa ciri menarik seperti lampu DRL yang mempunyai bentuk ‘X’, sistem ekzos berwarna krom serta rim yang hadir dengan jejari cross spoke. Buat varian Adventure pula ia datang dengan lampu bantuan serta cagak bagi pannier dan top box.
BANTUAN NAVIGASI
Untuk mudahkan tunggangan dengan navigasi lebih lancar ia menawarkan sistem paparan klister bersaiz 6.5 inci TFT yang turut menyokong aplikasi BMW Motorrad Connected. Sistem paparan ini juga turut menyokong fungsi main semula pelbagai kandungan media, telefon serta navogasi peta tanpa sebarang sokongan peranti atau alatan luaran.
Ia juga didatangkan lengkap dengan soket 12V serta USB-a 5V bagi memudahkan pengecasan sebarang peranti pintar sama ada ketika berhenti atau bergerak. Lampu hadapannya juga memberikan pandangan visual yang sangat baik. Lampu hadapan LED adaptif yang digunakan padanya mempunyai bentuk lebih bersegi menjadikan ia mampu memberikan pancaran visual lebih luas terutamanya pada sudut tepi.
Pengenalan lampu hadapan seperti ini mampu memberikan pengalaman tunggangan yang lebih meyakinkan serta selamat. Kedua-dua varian R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure kini turut ditawarkan dengan edisi istimewa ’40 Years GS’ dengan warna Balckstorm Metallic dan Yellow. Manakala untuk model standard pula dengan warna Triple Black Style dan Rallye Style.
Lebih istimewa, BMW R 1250 GS/GSA juga akan melakukan kemunculan menerusi program TV automotif paling sensasi, Roda Panas Musim Kedua. Kemunculan pada episod kedua pada 23 Januari 2021 eksklusif di Astro Ria menyaksikan hos, Fizo Omar tampil bersama pemilik motiskal BMW GS, Hazri yang juga merupakan pelajar pakar motosikal BMW, Faizal Sukree.
Ia selari dengan ‘Spirit of GS’ di mana pemilik ini berkongsi tentang perspektif serta pengalaman menggunakan BMW R 1250 GS.
Jadi menerusi episod Roda Panas yang istimewa ini anda boleh saksikan sendiri individu yang bukan sahaja ada pengalaman sebagai penunggang tetapi impak yang diberikan motosikal ini dalam pengembaraan, persahabatan serta perjalanan yang dilalui.
Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri deruman enjin BMW R 1250 GS menerusi Roda Panas nanti!
Kita sekarang masih lagi berada dalam bulan Syawal. Kebiasaannya pada bulan ini kita menyambut hari raya dalam suasana meriah dan rumah terbuka yang dipenuhi dengan juadah yang menyelerakan.
Tapi pada tahun ini, Syawal yang kita raikan bagi menyambut Hari Kemenangan sudah jauh berbeza. Kita masih belum menang. Kita masih perlu jaga kita. Penularan wabak COVID-19 masih lagi wujud di negara kita.
Lantaran itu, kita harus kekal dan patuh dengan segala SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Amalkan penjarakan sosial walau di mana kita berada.
Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal pada tahun ini diraikan dalam keadaan norma baharu. Kita semua tidak dapat pulang berhari raya di kampung, mengunjungi sanak-saudara dan rumah terbuka sahabat handai.
Malah ramai yang terpaksa meraikan hari raya seorang diri. Namun usah risau kerana sambutan hari raya pasti lebih bermakna dengan Huawei Y6p, telefon pintar yang ditawarkan pada harga RM559 sahaja. Bukan sahaja murah, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri terbaharu dan canggih.
PADANKAN DENGAN BAJU RAYA
Sambutan hari raya pada tahun ini lebih meriah di ruang digital. Panggilan video menjadi pengganti diri untuk bertanya khabar, bermaaf-maafan dan melepaskan rindu yang tersemat di hati.
Dengan Huawei Y6p yang dilengkapi dengan bateri besar dan tahan lama, ia mampu bertahan sepanjang hari. Malah Huawei Y6p juga menawarkan storan dalaman yang besar sesuai untuk menyimpan koleksi gambar dan video daripada ahli keluarga serta sanak-saudara yang bergambar di pagi hari raya.
Huawei Y6p juga menawarkan tiga warna berbeza. Menariknya, warna-warna ini sesuai dipadankan dengan baju raya dan menjadi aksesori pelengkap penampilan diri.
PANGGILAN VIDEO PENAWAR RINDU
Membuat panggilan video menjadi antara aktiviti rutin yang dilakukan oleh kita semua sepanjang tempoh PKP yang lalu hinggalah sekarang. Begitu juga di musim perayaan seperti sekarang ini. Dengan larangan rentas negeri, hanya panggilan video sahaja yang dapat menghubungkan anda dan orang yang tersayang.
Dengan skrin bersaiz 6.3 inci (resolusi 1600×720), Huawei Y6p memberikan keselesaan untuk anda melakukan panggilan video. Malah, ia memudahkan anda untuk melakukan interaksi yang lebih interaktif. Sebagai contoh, belajar memasak juadah hari raya hanya menggunakan panggilan video. Kerinduan makan juadah hari raya resipi ibu, pasti akan terubat!
MEMORI UNTUK KENANGAN
Abadikan kenangan hari raya dalam norma baharu ini dengan kamera berkualiti Huawei Y6p. Dengan kamera belakang 13MP dan hadapan 8MP, ia sesuai digunakan untuk anda mengabadikan foto dan video.
Huawei Y6p juga menawarkan ruang storan dalaman yang besar dengan 64GB. Dengan storan yang besar ini, ia boleh menyimpan ribuan keping foto dan video. Bukan itu sahaja, pelanggan Huawei Y6p juga boleh menikmati tawaran istimewa dengan mendapatkan storan cloud 15GB secara percuma selama 12 bulan.
E-DUIT RAYA
Pemberian duit raya juga cukup berbeza pada tahun ini. Demi mengurangkan kontak, penggunaan duit raya secara digital menjadi lebih popular. Huawei Y6p memberikan akses AppsGallery yang mana ia menawarkan beratus-ratus apps terkini yang memberikan kemudahan pemindahan wang yang lebih pantas dan mudah.
Di antara apps popular yang terdapat di AppsGallery ialah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost.
TAWARAN HIBURAN HEBAT DI RUMAH
Khas buat pengguna yang membeli Huawei Y6p, anda akan ditawarkan servis penstriman Viu Premium secara percuma selama tempoh dua bulan. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Member Center di AppsGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center tersebut.
Dengan Viu Premium, pemilik Huawei Y6p boleh menikmati pelbagai kandungan hiburan tanpa iklan. Jadi, usah lepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar hebat ini di cawangan fizikal dan juga talian.
Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei di kedai fizikal serta dalam talian. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari website sini
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.