Walaupun kini kita sudah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kedai gunting masih lagi tidak dibenarkan beroperasi. Jadi lebih lama lagilah kita terpaksa menunggu untuk menggunting dan merapikan rambut.
Pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda melakukan trim, mencuci dan menggayakan potongan rambut terkini dengan cara sendiri?
Ramai yang seakan-akan takut untuk bereskperimen sendiri dengan rambut? Usah takut kerana ada banyak cara yang boleh anda lakukan.
Ambil contoh dengan apa yang dilakukan oleh beberapa artis dan personaliti laman media sosial seperti Izzue Islam, SeanLJE, Asyraf Rozaimi, Rushdan Wafa, Hao Ren dan Curtis Fu.
Mereka menunjukkan skil menggayakan rambut menerusi kempen #HairSomeMan yang dijayakan oleh Head & Shoulders.
Pelbagai cara yang mereka gunakan. Langkah yang simple, Just Wash It, Just Trim It, Just Wash It, Just Style It!
Ads
Jadi usah risau jika merasakan yang rambut anda kini berserabut dan panjang. Percayalah, masih ada sinar harapan untuk anda mengembalikan gaya rambut walaupun kedai gunting rambut masih ditutup. Dengan Head & Shoulders Ultramen Shampoo, segalanya tidak mustahil untuk anda menggayakan rambut!
Anda juga boleh menyahut cabaran Head & Shoulders dengan menyertai cabaran HairSome TikTok Challenge. Muat naik video gaya rambut yang telah anda transformasikan.
Cara menyertai TikTok Challenge HairSome.
1. Rakam video TikTok dengan gaya rambut Hairsome Trim dan serlahkan gaya Ultra anda dengan runut bunyi Hairsome!
Ads
2. Muat naik video tersebut dengan #HNSHAIRSOMEMAN & tag @headandshouldersmy
3. Lengkapkan kapsyen berikut kurang daripada 10 patah perkataan, “Head & Shoulders Ultramen menjadikan rambut saya ….”
4. Pastikan tetapan (setting) akaun anda dalam mod public Anda boleh rujuk TikTok Challenge ini di pautan berikut: https://vt.tiktok.com/k4cSbq/
Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati di Lazada.
Untuk info penjagaan rambut, anda boleh ikut beberapa tip ini:
Ads
Guna Produk Bersesuaian
Kalau anda miliki rambut panjang pastinya anda bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Rambut dan kulit kepala lelaki agar lain kepada wanita. Pilihlah produk penjagaan rambut yang direka untuk mengatasi masalah lelaki.
Cara Mencuci Yang Betul
Selama ini adakah anda menggunakan teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala kotoran yang melekat pada kulit kepala. Ketika menggunakan syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari pada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya liang-liang pori kembali tertutup.
Kurangkan Penggunaan Curling Iron & Dryer
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah putus. Jika ingin menggunakan pengering rambut, pastikan ia berada di paras yang paling rendah.
Amalkan Diet Yang Seimbang & Minum Air Secukupnya
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat! Segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan anda minum air. Kekal hidrarasi sepanjang hari dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak salah jika MASKULIN katakan yang Huawei kini merupakan antara ‘pemain utama’ yang terbesar dalam industri penghasilan peranti telekomunikasi terutamanya dalam segmen telefon pintar.
Jenama asal China yang dikatakan memiliki lebih 200 juta pengguna aktif di seluruh dunia ini sentiasa menampilkan inovasi terkini menerusi deretan peranti pintar dengan tawaran aplikasi unik yang diperkenalkan mereka dari semasa ke semasa.
Tidak hairanlah setiap kali berita tentang pengenalan produk terbaharu Huawei diuar-uarkan, ia pasti menjadi tular di kalangan pengguna laman media sosial.
Malah Huawei kini dijadikan penanda aras oleh pengguna peranti pintar apabila bercakap tentang kemampuan, prestasi dan pengenalan teknologi terkini yang boleh didapati di pasaran.
Terbaharu, Huawei mengorak langkah dengan lebih yakin apabila memperkenalkan app store tersendiri yang dikenali sebagai Huawei AppGallery untuk kesemua perantinya.
Jika sebelum ini kebergantungan pengguna Huawei lebih tertumpu kepada Google Play tapi kini peranti Huawei milik mereka boleh menikmati perkara yang sama dan lebih eksklusif menerusi AppGallery.
Bahkan, Huawei turut menekankan bahawa hampir kesemua aplikasi yang popular dan aktif digunakan oleh pengguna di Malaysia boleh didapati di AppGallery.
Ikuti video di bawah untuk mengetahui kelebihan hebat yang ditawarkan oleh Huawei menerusi AppGallery.
FUNGSI & KELEBIHAN HEBAT HUAWEI APPGALLERY
Buat anda yang sudah terbiasa dan selesa menggunakan Google Play, mungkin anda sedikit berat hati untuk melakukan perubahan menggunakan app store yang lain seperti AppGallery ini.
Menyedari akan kerisauan tersebut, Huawei dengan cukup berani mengatakan bahawa setiap apa jua aplikasi spesifik yang diperlukan pengguna pasti boleh didapati menerusi AppGallery.
Malah dalam sesetengah kategori, AppGallery memberikan pengalaman yang lebih bersifat interaktif dan memudahkan pengguna.
Sebagai contoh, Google Play Store cukup terkenal dengan aplikasi Gmail. Tapi tahukah anda bahawa Huawei email app mampu melakukan sync lebih dari satu domain e-mel?
Lebih menarik lagi, ia juga membenarkan pengguna untuk melakukan sync terhadap Gmail mereka.
Ini secara tidak langsung memberikan kemudahan yang pantas untuk pengguna mengakses e-mel peribadi, kerja dan juga perniagaan.
Selain kemampuan hebat yang ditawarkan oleh Huawei email app, terdapat beberapa fungsi popular yang digunakan menerusi Google turut ditawarkan oleh Huawei AppGallery.
Antaranya ialah:
1. HUAWEI MOBILE CLOUD
Jika Google memiliki Google Drive, Huawei pula memperkenalkan Huawei Mobile Cloud. Paling menarik, ia menawarkan 50GB storan percuma di mana Google Drive hanya menawarkan 15GB sahaja.
2. HUAWEI VIDEO & MUSIC
Antara aplikasi paling penting buat pengguna kini ialah video dan muzik. Menerusi AppGallery, Huawei Video dan Huawei Music diperkenalkan sebagai saingan terdekat kepada aplikasi Google Play Music dan Google Movie & TV. Menariknya, Huawei menawarkan Akses Premium Percuma selama tiga bulan!
3. MEETIME
Panggilan video kini menjadi kaedah paling popular untuk berhubung secara terus. Namun dalam lambakan aplikasi yang ditawarkan pasti ada sahaja kerisauan dari faktor sekuriti oleh pengguna. Huawei MEETime menampilkan sekuriti empat lapisan di mana pengguna boleh berinteraksi dengan selamat.
Aplikasi panggilan video ini juga boleh digunakan dalam keadaan cahaya rendah atau pautan rangkaian yang lemah. Dalam masa sama, ia juga membenarkan pengguna untuk berkongsi skrin dengan rakan-rakan. Secara tidak langsung, ia memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan dan berbeza berbanding aplikasi lain. Sebuah evolusi baharu panggilan video!
4. LEBIH HEBAT, LEBIH BERBALOI!
Huawei AppGallery turut menawarkan kelebihan apa yang tidak dimiliki oleh Google. Antaranya ialah aplikasi Huawei Theme di mana ia memberikan segala kemudahan lebih personal kepada pengguna dan Member Center, pusat digital di mana pengguna boleh menebus mata ganjaran, baucar dan juga kupon.
Buat pengguna yang masih ragu-ragu akan kepelbagaian variasi aplikasi yang terdapat di Huawei AppGallery, mungkin pendapat anda kini sudah berubah.
Kelebihan lain yang pasti memberikan poin bonus buat Huawei AppGallery ialah setiap aplikasi yang dihasilkan adalah untuk semua pengguna di seluruh dunia.
Ia berbeza dengan apa yang terdapat di Google Play di mana sesetengah aplikasi tidak terdapat dan dikunci untuk lokasi tertentu.
Dari segi keselamatan dan sekuriti pula Huawei AppGallery telah terbukti dan dijamin selamat dengan pengiktirafan sijil CC EAL5+.
Untuk navigasi yang lebih menjimatkan ruang storan dalaman, telefon pintar pula Huawei memperkenalkan Quick App. Menerusi aplikasi ini pengguna boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang terdapat di AppGallery tanpa perlu memuat naik.
Bukan sahaja menjimatkan ruang storan malah turut menjimatkan penggunaan data. Percayalah apabila MASKULIN katakan setiap aplikasi yang anda gunakan sekarang, boleh didapati di Huawei AppGallery.
Untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Huawei AppGallery, anda boleh mendapatkan peranti terkini Huawei seperti HUAWEI Siri P40, HUAWEI MatePad Pro dan HUAWEI Watch GT2e di sini.
Tahukah anda, telefon pintar terbaharunya HUAWEI P40 Series mempunyai kemampuan fotografi hebat dan rangkaian lebih baik boleh didapati pada harga RM2,799 dengan tawaran hadiah eksklusif bernilai lebih RM690!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jatuh cinta pandang pertama. Bukan kepada aktres paling jelita atau ratu cantik yang paling menawan di pentas peragaan. Namun jatuh cinta ini lebih kemaruk jadinya!
Buat peminat motosikal terutamanya dalam kategori cruiser, kemunculan BMW R 18 First Edition di pasaran telah menambat hati mereka yang selama ini tidak menyangka hasil kejuruteraan hebat BMW boleh ditampilkan dengan persona cukup luar biasa.
Tampil sebagai salah satu ahli keluarga baharu dalam variasi motosikal hebat keluaran BMW Motorrad model BMW R 18 muncul dengan rekaan sensasi yang bukan sahaja gah tapi menonjolkan sisi auto maskulin yang cukup mantap. Dengan varian ‘Big Boxer’ diperkenalkan menerusi model ini, ia seakan memberikan gaya baharu pengembaraan yang mungkin menjadi lebih bermakna.
Jentera R 18 yang terbaru ini hadir secara eksklusif sebagai ‘First Edition’ dengan dua model yang sangat menarik iaitu BMW R18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Model kruiser ini juga dianggap oleh ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi sebagai model yang bakal menjadi cukup ikonik pada masa kini dan masa akan datang.
Bukan sahaja mampu memberikan pengembaraan dan perjalanan jauh yang selesa malah BMW R 18 juga memberikan kualiti tunggangan berkualiti dan berprestasi tinggi di jalan raya.
CIRI-CIRI UNIK
Lebih mengagumkan BMW 18 menyerlahkan gabungan kuasa ‘Big Boxer’ bersama rekaan casis yang klasik berdasarkan inspirasi model terdahulu. Ini termasuklah rekaan kelengkapan eksklusif, paparan hadapan serta reka bentuk luaran yang mampu menambat hati sesiapa sahaja memandangnya.
Dari segi penampilannya, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental hadir dengan siluet yang berbentuk memanjang seperti titis air yang menawan. Elemen luarannya menliputi gaya seperti bingkai gulung berkembas, aci universal dan saduran nikel berglos serta perumah klask bagi kotak gear pada bahagian gandar belakang.
Kedua-dua model varian First Edition ini juga sarat dengan pelbagai kelengkapan tambahan bergred tinggi dengan kemasan krom serta sulaman dan juga inskripsi ‘First Edition’ pada bekas muatannya.
Hadir dengan Headlight Pro, kedua-dua model menampilkan tafsiran teknologi pencahayaan LED serba klasik yang dapat dilihat pada lampu hadapan, ia turut membawakan fungsi pencahayaan waktu siang.
Penampilan hadapan dengan lampu LED turut menonjol dengan fungsi lampu rendah dan lampu puncak yang dioptimumkan telah digandingkan dengan indikator membelok LED yang diperbaharui di hadapan.
Manakala bahagian indikator membelok LED pula lengkap dengan ciri integrasi pada bekas muatan.
Turut Disediakan secara eksklusif bagi BMW R 18 Transcontinental adalah dua lampu hadapan LED tambahan serta lampu indikator multifungsi. Di samping itu, teknologi ini juga digunakan untuk memastikan lampu puncak dapat mengekalkan jarak pencahayaan yang tetap dengan mengadaptasi lampu hadapan mengikut jalan raya dan posisi tunggangan, termasuk dalam situasi tunggangan yang dinamik.
ENJIN PALING MANTAP
Enjin yang melengkapi motosikal kuriser ini juga bukanlah calang-calang. Ia dikuasakan enjin boxer silinder berkembar yang disejukkan dengan udara/minyak, digelar “Big Boxer”. Hadir dengan 1802 cc, ia menjana output 67 kW pada paras 4,750 rpm dengan puncak tork bernilai 158 Nm pada paras 3,000 rpm.
Sebagai standard, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu ‘Rain’, ‘Roll’ dan ‘Rock’ untuk memberikan pengalaman berbeza ketikan tunggangan.
Selain itu, ia juga dilengkpai dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) menawarkan taraf keselamatan yang lebih tinggi. Dikawal secara elektronik, MSR mengelakkan kegelinciran pada roda belakang ekoran pendikitan (throttling) atau pertukaran ke gear rendah yang dibuat secara mengejut, meskipun dalam kondisi basah.
Turut dirangkumkan sebagai standard ialah bantuan mengundur, diaktifkan melalui tuil pemilih untuk pengolahan yang mudah, serta Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) untuk memulakan tunggangan di atas curam.
REKAAN KOKPIT
Ruang kokpit telah diberi sentuhan istimewa untuk BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental, ia menampilkan empat instrumen analog bulat serta paparan berwarna TFT 10.25 inci – memadankan penampilan klasik dan ciri kefungsian maksimum dengan sempurna.
Navigasi peta dan keupayaan keterhubungan dibawakan bersama menerusi konsep pengoperasian terintegrasi yang bertahap tinggi – peta navigasi akan dipaparkan di kluster instrumen melalui telefon pintar serta BMW Motorrad Connected App. Bukan itu sahaja, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci dan radio juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian.
Pengalaman bunyi turut dinaik taraf dengan sistem bunyi Marshall Gold Series, ia tampak lebih berbeza dengan gril pelitup pembesar suara berwarna kelabu berserta dengan inskripsi Marshall dalam rona emas.
Bagi BMW R 18 Bagger, ia dilengkapi dengan Marshall Gold Series Stage 1 yang membawakan empat pembesar suara dan seunit penggalak.
Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala yang setiap satunya hadir dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, turut disinambungkan dengan subwufer di bahagian atas hadapan bekas muatan. Penggalak tersebut mempunyai output berjumlah 180 watt.
Turut tampil menerusi episod tiga RODA PANAS musim kedua ialah program eksklusif R 18 Getaway Malaysia yang cukup eksklusif. Menerusi tour yang dikelolai oleh Faizal Sukree yang merupakan Pengarah Teknikal FS Adventure, pengembaraan R 18 Getaway Malaysia ini berlangsung selama tiga hari di beberapa buah lokasi.
Program tiga hari dua malam turut disertai oleh hos RODA PANAS, Fizo Omar serta beberapa selebriti terkenal seperti Achey, Beto Khusairy, Fauziah Latif dan juga Datuk ‘Rockybru’.
Perjalanan mereka menunggang jentera BMW R 18 First Editon ini merentasi sejauh lebih 1,000 kilometer. Bermula di ibu kota Kuala Lumpur mereka menunggang ke Cameron Highland kemudian terus ke Ipoh dan juga Pulau Pinang.
Selain pengembaraan menikmati keindahan alam semula jadi di pelbagai lokasi tersebut, mereka juga turut mendekati juadah masyarakat setempat serta menerokai lokasi-lokasi unik.
Di antara lokasi yang cukup mengahdirkan momen menarik buat mereka ialah menikmati perjalana di Boh Tea Plantation, Camron Highland, menjamu selera di Lemang To’ki, makan nasi kandar di Hameed di Georgetown, Pulau Pinang dan juga menjelajahi bandar Ipoh.
Jangan lupa saksikan RODA PANAS episod ketiga yang menampilkan secara eksklusif R 18 Getaway Malaysia pada Ahad, jam 6 petang di Astro Ria!
Perkembangan jenama jam tangan Bell & Ross di Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa. Dari metropolis Kuala Lumpur yang sibuk hingga ke pelbagai kawasan kejiranan di Damansara, Bell & Ross telah meletakkan butiknya secara strategik untuk memenuhi pelbagai pelanggan, mencerminkan komitmen untuk menyediakan jam tangan berkualiti yang menggabungkan ketepatan dan gaya dengan lancar.
Kehadiran meluas jenama itu mencerminkan perjalanannya yang luar biasa dan menekankan keupayaannya untuk memikat peminat jam tangan dan profesional dalam pasaran yang berkembang maju ini.
Butik baharu di The Exchange TRX ini turut mengekalkan reka bentuk yang teguh dan identiti jenama Bell & Ross.
Mempunyai gabungan bentuk dan fungsi yang lancar, bahagian dalam butik akan menyerlahkan falsafah jenama, menarik inspirasi daripada struktur fiuslaj pesawat sambil menyepadukan sentuhan kecanggihan semula jadi dengan perabot kayu.
Reka Bentuk Dalaman Yang Teliti
Daripada bahan yang dipilih dengan teliti kepada susun atur dan unit paparan, setiap sudut butik ini direka dengan teliti untuk menyuarakan komitmen jenama terhadap ketepatan, gaya dan ketahanan.
Hasilnya ialah persekitaran yang mengasyikkan yang merangkumi semangat Bell & Ross dengan sempurna, di mana pengunjung boleh meneroka dunia horologi jenama sambil mengalami bahasa reka bentuk yang tidak berbelah bahagi yang mentakrifkan jenama.
Memandangkan Malaysia telah membuktikan dirinya sebagai pusat yang berkembang maju untuk Bell & Ross, penambahan The Exchange, TRX pada portfolio itu menekankan lagi hubungan antara jenama itu dan pelanggan tempatan.
Setiap butik membawa reka bentuk dan identiti Bell & Ross, menyediakan persekitaran yang menawan untuk peminat meneroka jam tangan, dan butik baharu di The Exchange TRX tidak berbeza.
Pembukaan butik Bell & Ross di The Exchange TRX juga membuktikan dedikasi jenama itu untuk memberi impak berkekalan dalam bidang pembuatan jam tangan mewah sambil mengesahkan kedudukannya sebagai tunjang kecemerlangan horologi di Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.