Ini merupakan projek yang cukup istimewa dan sangat eksklusif diperkenalkan oleh Nissan. Kereta model GT-R (R35) ini merupakan tribute istimewa kepada jaguh tenis muda Jepun, Naomi Osaka.
Naomi Osaka bersama salah sebuah model GT-R edisi istimewa.
Naomi yang merupakan suara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat kini bergelar sebagai pemain di ranking keempat dunia. Bertindak sebagai duta Nissan, Naomi dilihat menjadi ikon sukan tenis dan juga inspirasi buat rakyat Jepun untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Hanya 50 unit sahaja Nissan GT-R edisi istimewa dihasilkan dan Naomi memainkan peranan sangat besar dalam memilih warna kereta-kereta yang dikeluarkan.
Ads
Terdapat tiga warna yang mampu membuatkan ramai terpesona iaitu ungu, putih dan hitam. Ketiga-tiga warna tema ini juga boleh dilihat di bahagian dalam kereta yang mempunyai sentuhan berkualiti tinggi.
Ads
Turut diberi gelaran Osaka GT-R ia dilengkapi dengan carbon spoiler dan plat enjin emas. Untuk bahagian enjin dan chasis tidak ada sebarang perubahan dilakukan berbanding model biasa.
Kombinasi enjin 562 kuasa kuda twin-turbo dan ATTESA kereta ini mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya banyak trik yang boleh kita lakukan sendiri untuk memudahkan penggunaan kereta. Semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan bahan bajet yang ada di rumah sahaja.
Tidak dinafikan sesetengah barangan atau aksesori kereta yang dijual di pasaran mahal. Jadi dengan adanya trik ini, tak perlulah lagi anda nak membeli alatan tambahan untuk tujuan ini.
Selagi boleh berjimat, bukan ke lagi bagus! Malah trik kereta ini juga boleh menjadi penyelamat untuk keperluan kereta anda. Caranya mudah dan berkesan tapi tak ramai orang yang tahu.
Jom kita tengok 8 trik kereta ini.
1. Ubat gigi
Gunakan ubat gigi untuk membersihkan semula lampu kereta anda jika kuning dan kusam. Anda hanya perlu sapukan ubat gigi pada lampu kereta yang kuning tadi dan gosok menggunakan span. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3-4 kali jika lampu kereta anda terlalu kotor.
2. Krim pencukur
Untuk mengelakkan cermin kereta berkabus ketika waktu sejuk, anda boleh sapukan dengan krim pencukur. Kemudian lapkan krim pencukur tadi dengn kain. Kini tiada lagi masalah berkabus yang anda bakal alami.
3. Klip kertas
Gunakan klip kertas sebagai pemegang telefon bimbit anda. Walaupun nampak tak sempurna, ia mudah untuk dibuat dan sesuai menjadi alat pengganti jika kebetulan anda terdesak untuk menggunakan GPS dan tiada alat untuk memegang telefon bimbit. Malah cara ini boleh menjadi penyelesaian segera pada permasalahan anda.
4. Kain
Bagi memudahkan anda menanggalkan pelekat kereta pada cermin tanpa meninggalkan kesan gam, anda boleh gunakan kain lembap. Caranya cukup mudah! Hanya perlu rendamkan kain ke dalam air panas dan tekapkan kain tersebut pada bahagian luar cermin. Kain yang panas itu akan memudahkan kerja anda untuk menanggalkan pelekat kereta.
5. Pengilat kuku
Jika anda dapati cermin kereta anda retak sedikit, cepat-cepat sapukan pengilat kuku di bahagian yang retak tadi. Cara ini akan menghalang retak tersebut daripada semakin teruk dan membesar sebelum anda menghantarnya ke bengkel.
6. Pengepam
Jika kereta anda kemek (tidak begitu teruk), anda boleh gunakan pam untuk mengatasi masalah ini. Caranya, pamkan bahagian kemek tersebut dan masalah anda akan selesai.
7. Penyepit baju
Wangikan baju busuk dan hapak di dalam kereta dengan cara mudah. Anda hanya perlu gunakan penyepit baju yang telah disapukan dengan minyak aromaterapi. Kemudian sepitkan di celah aircond kereta. Bau minyak aromaterapi tadi akan menyebarkan harumannya ketika aircond dipasang.
8. Lemon
Jika anda tidak cukup tidur tapi terpaksa memandu untuk urusan yang penting, bawa hirisan buah lemon bersama anda. Bila mata anda mula rasa mengantuk, letakkan sehiris buah lemon di bawah lidah. Asid pada lemon akan membuatkan mata anda segar dan anda boleh meneruskan pemanduan dengan selamat.
Salah satu komponen kereta yang dianggap biasa namun fungsinya sangat penting. Kalau tiada bateri memang tidak akan dapat hiduplah enjin kereta. Perkara ini MASKULIN percaya mungkin anda sendiri pernah hadapinya.
Kereta tak dapat dihidupkan akibat masalah bateri ini memang melecehkan. Untuk elak masalah ini menimpa anda perlu peka dengan penjagaan bateri. Jika anda menggunakan bateri basah, pastikan air bateri sentiasa mencukupi.
Bateri kering
Manakala bateri kering pula tidak perlu risau tentang perkara tersebut. Cuma perlu peka dengan jangka hayatnya yang telah dinyatakan oleh pengeluar.
Bateri basah
Ada beberapa petanda dan perkara yang boleh anda lakukan untuk kenal pasti petanda bateri kereta anda bakal ‘kong’ dan perlu ditukar dengan segera. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pengguna TikTok, @james_alatin yang menerangkan tentang perkara boleh anda periksa.
Ikuti beberapa petanda menunjukkan bateri kereta anda sudah hampir ‘kong’ dan perlu ditukar dengan kadar segera!
CHECK LAMPU DASHBOARD
Ini mungkin petanda paling asas. Kereta anda juga akan memberikan amaran jika bateri mula menunjukkan prestasi yang tidak sepatutnya. Bila lampu bateri di dashboard menyala, pergilah tukar bateri dengan segera ya.
POWER WINDOW SUSAH TURUN
Masa mula-mula dapat kereta dulu power window bukan main ‘smooth’ saja turun naik. Tapi biasalah lama-kelamaan ia pastinya tidak akan lancar. Namun jika power window seakan tersekat-sekat dan tidak lancar, itu mungkin petanda bahawa bateri kereta anda bermasalah. Jika ia berulang dengan kerap periksalah bateri dengan segera.
PUSH START BUTTON SUSAH NAK HIDUP
Bila mahu hidupkan kereta dengan menekan butang ‘push start’ kereta didapati cukup sukar untuk dihidupkan. Ini juga petanda bateri kereta sudah hampir ‘kong’ dan rosak.
PERIKSA INDIKATOR PADA BATERI
Kebanyakan bateri sekarang dilengkapi indikator tersendiri. Anda boleh periksa indikator pada bateri yang menunjukkan kondisi bateri terkini.
PERIKSA TARIK PASANG BATERI
Selain itu anda juga boleh periksa tarikh pemasangan bateri. Jika ia sudah melebihi dua atau tiga tahun itu sudah cukup menunjukkan bateri perlu ditukar segera. Kebiasaannya bateri akan ‘kaput’ dalam tempoh tersebut. Jadi tukarlah segera!
Berkemungkinan besar sejak dari kecil kita sudah perhatikan ayah, pak cik atau abang kitaakan panaskan enjin kenderaan setiap kali ingin mulakan perjalanan. Tidak kiralah sama ada jarak dekat atau jauh, memanaskan enjin itu seakan perkara yang wajib mereka lakukan.
Lalu apabila kita besar rutin yang sama menjadi ikutan setiap hari. Ada yang tunggu tolok suhu enjin sejuk bertuka menjadi normal baru bergerak. Dan tidak kurang juga ada yang tetapkan tempoh masa tertentu untuk panaskan enjin.
Tapi adakah perbuatan memanaskan enjin ini perlu kita lakukan atau tidak?
TEKNOLOGI TERKINI
Percaya atau tidak melakukan rutin memeaskan enjin tidak perlu dilakukan setiap hari, apatah lagi dilakukan setiap kali untuk menggunakan kereta dalam sehari. Ini terutamanya bagi kereta keluaran baru yang mana ia sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan suhu sekeliling walaupun berada di kawasan sejuk.
Tahukah anda bahawa enjin kereta moden pada hari ini dilengkapi dengan teknologi fuel injection yang datang bersama unit kawalan elektronik (ECU). Ia berfungsi untuk menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun berada di kawasan sangat sejuk.
ENJIN YANG SEJUK
Kenderaan atau kereta yang sudah lama tidak dihidupkan boleh menyebabkan minyak enjin menjadi berkurangan. Manakala bagi yang setiap hari dihidupkan ia tidak perlu dipanaskan kerana ini boleh meningkatkan risiko minyak petrol meresap ke dalam minyak enjin.
Bila ini berlaku ia sekali gus menjejaskan tajap kelikatan bahan pelincir tersebut. Lalu menyebabkan risiko komponen dalamam enjin boleh menjadi ‘haus’.
Apa yang boleh kita simpulkan secara ringkas ialah memanaskan enjin kenderaakereta sebelum memulakan perjalanan bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan dan tidak juga mendatangkan risiko kerosakan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.