Ramai di kalangan pengguna telefon pintar Android sudah terbiasa menggunakan Google Play untuk memuat turun pelbagai aplikasi dan juga permainan video. Dan disebabkan faktor itulah, ramai yang seakan-akan selesa menggunakan platform tersebut.
Namun tahukah anda, HUAWEI kini menawarkan pelbagai aplikasi menarik yang setanding hebatnya dengan HUAWEI AppGallery!
Telefon pintar terbaharunya, HUAWEI nova 7 Series iaitu telefon pintar 5G paling mampu milik akan tiba di pasaran tidak lama lagi dengan harga dari RM1,499. Berita ini pastinya cukup mengujakan terutamanya buat peminat jenama Huawei.
Dari semasa ke semasa, HUAWEI AppGallery telah membuktikan kemampuan luar biasa mereka untuk menandingi Google Play.
SPESIFIKASI HEBAT
Buat peminat siri HUAWEI nova, inilah masanya untuk anda berhijrah dan bertukar kepada siri terbaharu ini. HUAWEI nova 7 Series dikuasakan dengan CPU processor Kirin 820 5G (7nm) bersama dwi-pilihan 128 GB, 8GB RAM dan 256GB, 8GB.
Ia juga tampil dengan skrin sesentuh 6.5 inci LTPS IPS LCD (1080 x 2400 pixels, 405 PPI), selain dilengkapi dengan kamera Quad; 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), PDAF + 8 MP, f/2.4, 17mm (ultrawide) + 2 MP, f/2.4, (macro) + 2MP kamera belakang.
Peranti hebat ini turut menyokong rangkaian Wifi, GPS, 3G, 4G LTE and 5G.
Dengan hanya berat 189 gram, telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android 10 ini pasti mampu melengkapkan gaya hidup aktif anda.
TIDAK PERLU RISAU, APPGALLERY ADA SEGALANYA DENGAN LEBIH SELAMAT, LEBIH STORAN DAN LEBIH GANJARAN
Mungkin ada segelintir daripada anda yang risau jika tidak mampu memuat turun aplikasi yang digunakan setiap hari sebelum menggunakan HUAWEI nova 7 series.
Dengan adanya aplikasi HUAWEI AppGallery, segala aplikasi yang paling kerap anda gunakan secara harian juga boleh dimuat turun dengan mudah tanpa masalah.
HUAWEI AppGallery merupakan platform aplikasi ketiga terbesar di dunia dengan lebih 390 juta pengguna.
Bagi setiap penbelian peranti ini pengguna boleh menikmati HUAWEI Cloud dengan storan cloud percuma sebanyak 15GB. Lebih menarik lagi, pengguna yang aktif menggunakan AppGallery akan menerima rewards yang boleh ditukar dengan pelbagai hadiah menarik di AppGallery Gift Centre.
Pengguna juga boleh menjamu selera dengan pelbagai baucar hebat dari rakan niaga Huawei seperti Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, AirAsia BIG, Free Fire dan banyak lagi. Malah lebih banyak hadiah menarik menanti pengguna HUAWEI nova 7 SE.
Ads
Bahkan, terdapat juga pelbagai kategori aplikasi yang boleh anda terokai dengan menggunakan HUAWEI nova 7 Series.
Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak dapat menggunakan aplikasi Google Play kerana jawapannya sudah jelas – HUAWEI AppGallery memiliki aplikasi kegemaran anda.
HUAWEI PHONE CLONE
Anda juga tidak perlu pening kepala untuk melakukan migrasi data lama ke dalam telefon baharu HUAWEI nova 7 Series
Gunakan sahaja HUAWEI Phone Clone yang membolehkan pemindahan data seperti kenalan, SMS, log panggilan, nota, rakaman suara dan video, kalendar, foto, muzik, video, dokumen serta aplikasi daripada telefon lama dengan selamat.
Selain itu, HUAWEI turut menawarkan pelbagai seleksi aplikasi yang setanding dengan apa yang ditawarkan oleh Google Play.
Di antaranya ialah HUAWEI AppGallery, HUAWEI Browser, HUAWEI Assistant (news and AI assistant), HUAWEI Cloud, Huawei Email, WPS Premium (office app), MeeTIME (video call), HUAWEI Welink (Telecommuting App), HUAWEI Readers (Reading App), HUAWEI Calander, HUAWEI Music, HUAWEI Video. HUAWEI exclusive: HUAWEI Theme dan HUAWEI Member Centre.
Lihat sahaja perbandingan aplikasi HUAWEI yang menggantikan Google Play Store dan melakukannya dengan lebih baik.
HUAWEI App Gallery
Google Play Store
MeeTIME
– perkongsian skrin lebih baik untuk panggilan video- boleh berkongsi fail menggunakan HUAWEI Share dengan satu sentuhan sahaja
Google Hangout
– perlu menggunakan kabel untuk berkongsi data
HUAWEI Browser
Google Chrome
News & AI Assistant
Ads
– 1 aplikasi menggantikan 2 aplikasi dari Google
Google Assistant & Google Play Newsstand
HUAWEI Email
– Lebih konprehensif dengan menampilkan Excel, Gmail, Outlook, Yahoo Mail
Gmail
– Hanya Gmail
HUAWEI Cloud Storage
– *Storan dalaman percuma sehingga 50GB selama 12 bulan
Google Drive
– Storan dalaman percuma 15GB
Video App
HUAWEI Video (*tawaran akses premium sehingga 3 bulan) dan Youtube versi web
Video App
Youtube
HUAWEI Music
Google Play Music
HUAWEI Reader
– buku dan audiobook percuma termasuk dari luar negara
Google Reader
HUAWEI Welink
Google Hangout
HUAWEI Calendar
Google Calendar
HUAWEI Quick App
– ia akan disimpan di dalam Cloud
– Gifts and rewards, percuma sehingga 50 GB Cloud Storage, promosi Member Center
– permainan video dari luar negara
Google PlayStore
– menggunakan storan dalaman telefon
– tiada tawaran Gifts
– tiada servis dari Jepun dan China
HUAWEI App Gallery
Perakuan keselamatan terbaik industri, CC EAL5. Pengguna juga boleh menukar kawasan berbeza untuk memuat turun aplikasi yang hanya eksklusif untuk Kawasan tertentu.
Contohnya, Honor of Kings hanya boleh didapati secara eksklusif di China. Namun kini, dengan hanya menukar region sahaja pengguna boleh memuat turun.
Google Play Protect
Ads
TIADA APLIKASI? USAH RISAU, ADA HUAWEI FINDAPPS!
Anda juga boleh menggunakan FindApps di mana aplikasi ini bertindak sebagai hub untuk mencari aplikasi diperlukan dengan mudah.
Terdapat pelbagai jenis aplikasi ditawarkan menerusi AppGallery. Jika tidak dapat menjumpai mana-mana apps yang anda mahu, usah risau. Ia boleh diselesaikan dengan memuat turun APKs. Ia boleh dimuat turun secara terus dari HUAWEI Browser atau menerusi apps store pihak ketiga seperti Aptoide dan Aurora Store.
TEROKAI PELBAGAI APLIKASI DI APPGALLERY
Di zaman digital sekarang, anda tidak perlu keluar dari rumah untuk menyelesaikan banyak perkara. Hanya perlu menggunakan aplikasi, servis itu boleh diberikan kepada anda hingga ke pintu rumah.
Tidak kiralah sama ada anda gemar membeli-belah atau fitness junkie, ia boleh dilakukan dengan bantuan segala macam aplikasi. Untuk komunikasi pula aplikasi yang biasa anda guna seperti WhatsApp, Facebook, TikTok dan banyak lagi tersedia di AppGallery.
Begitu juga dengan aplikasi membeli-belah. Pelbagai aplikasi e-dagang turut tersedia seperti Shopee, Lazada dan Carings. Manakala untuk hiburan juga pengguna AppGallery tidak perlu rasa ketinggalan dengan trend terkini kerana terdapat pelbagai kandungan menarik dari Huawei Video, Viu dan DimSum.
Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery sila totoni video di bawah:
Buat yang teruja untuk menantikan kemunculan HUAWEI nova 7 Series, anda tidak perlu risau. Terokai sahaja pelbagai kemudahan yang disediakan oleh HUAWEI, alternatif lebih baik berbanding Google.
Nantikan kemunculannya tidak lama lagi! Klik di sini untuk informasi selanjutnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kerjasama antara jenama kasut dan juga animasi bukan lagi satu perkara baru. Beberapa pengeluar kasut terkenal dilihat menjadikan trend ini sebagai satu perkara menarik untuk diterokai.
Terbaru, Reebok menjalinkan kerjasama bersama Warner Bros. Comsumer Products dengan menggunakan karakter animasi daripada siri legenda, ‘Tom & Jerry’.
Hasilnya sebuah koleksi sneakers dan juga pakaian yang mnggabungkan kedua-dua elemen daripada Reebok dan juga karakter animasi tersebut.
Menerusi kolaborasi ‘Reebok x Tom & Jeryy’ sebanyak empat pilihan sneakers dengan rekaan berbeza ditampilkan.
Koleksi tersebut merangkumi Reebok Instapump Fury x Tom, Reebok Club C Revenge x Jerry dan Reebok Club C x Tom & Jerry.
Lebih menarik lagi ia turut ditawrkan dalam saiz pelbagai iaitu untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga bayi. Menurut Reebok Malaysia, koleksi eksklusif ini boleh didapati di outlet terpilih di seluruh negara bermula pada 15 Februari 2020.
Buat anda yang ingin mengembalikan nostalgia kartun terkenal yang ditonton semasa kecil inilah kasut yang tepat. Dari segi rekaan dan juga material yang digunakan ia tidak kalah dengan gaya.
Bagi MASKULIN sendiri, Instapump Fury x Tom menjadi idaman hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengenalan telefon pintar flagship terkini, HUAWEI P40 pasti membuatkan ramai peminat teknologi ini teruja. Apa tidaknya, saban tahun HUAWEI sentiasa mengetengahkan telefon pintar yang mampu menjadi perintis kepada pelbagai teknologi dan inovasi baharu.
Selain pengenalan teknologi di dalam telefon pintar itu sendiri, HUAWEI juga telah memperkenalkan ekosistem kepelbagaian perantinya yang mampu berhubung dengan hanya satu sentuhan sahaja.
HUAWEI MENGHUBUNGKAN DENGAN SATU SENTUHAN SAHAJA
Pernahkah anda berdepan kesukaran untuk bekerja dari rumah, sedangkan segala data anda berada di pejabat? Apabila ingin bekerja luar dari pejabat pastinya anda ingin melakukan tugasan memindahkan fail atau foto dari telefon pintar ke komputer dengan mudah dan yang pasti, pemindahan itu semuanya memakan masa yang lama.
Ramai di antara kita memiliki pelbagai jenis peranti seperti televisyen, pembesar suara, tablet dan semestinya telefon pintar. Jadi, bagaimana pemindahan data dari telefon pintar ke peranti lain boleh dilakukan dengan pantas? Ini terutamanya apabila kita berada di luar atau ‘on the go’.
ON THE GO!
Di sinilah kehebatan yang ditonjolkan oleh teknologi Huawei Share, teknolgi yang diperkenalkan oleh HUAWEI sebagai solusi untuk masalah ini. Dengan Huawei Share, pengguna dapat menghubungkan semua peranti dengan mudah walau di mana pun anda berada tidak kira anda di pejabat, di rumah ataupun ketika dalam mod ‘on the go’!
Huawei Share bukan sahaja berfungsi untuk memudahkan pengguna memindahkan fail atau data di antara peranti, malah ia juga menawarkan hubungan interaktif OneHop di antara telefon pintar dan peranti pintar yang lain. Data-data seperti perkongsian audio, hubungan rangkaian dan projeksi skrin dapat dilakukan dengan pengalaman yang cukup selesa.
Sebagai contoh, jika anda ingin memindahkan foto dari telefon ke dalam komputer untuk proses mengedit, anda hanya perlu menekan dan mengaktifkan NFC di dalam telefon pada tag HUAWEI SHARE di bahagian bawah kanan komputer untuk menghubunngkannya.
Jika telefon anda menggunakan EMUI 10.0 atau ke atas, anda juga boleh merasai pengalaman mengunakan inovasi Multi-Screen Collaboration yang disediakan oleh Huawei Share. Ia bukan sahaja memudahkan pemindahan fail, malah turut membenarkan penggunaan tetikus dan kibod komputer peribadi berfungsi di dalam telefon pintar.
‘Tap’ sahaja telefon pintar ke komputer atau tablet, paparan telefon abda akan turut terpapar di skrin. Anda juga boleh mengakses mana-mana aplikasi telefon pintar atau drag dokumen dengan menggunakan tetikus di komputer. Malah, boleh juga melakukan ‘double click’ untuk mengedit dokumen (sokongan EMUI 10.1 ke atas).
KESERONOKAN AUDIO
Pembesar suara yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Apabila pulang ke rumah selepas bekerja atau beriadah, sentuh sahaja telefon pintar di bahagian atas Sound X untuk mendengar alunan muzik. Ini semua boleh dilakukan dengan fungsi One-Tap Audio Sharing. Jika anda ingin menghentikan seketika muzik, anda tidak perlu melakukan akses dengan telefon pintar kerana anda boleh melakukannya dengan menutup bahagian atas pembesar suara menggunakan tapak tangan sahaja.
KEHEBATAN PENGALAMAN PERKONGSIAN
HUAWEI turut menekankan pengalaman sosial terhadap teknologi yang diperkenalkan. Dengan One-Tap Network Connection yang disediakan oleh Huawei Share, pengalaman gaming juga sememangnya berbeza.
Rakan-rakan yang datang ke rumah boleh menyertai permainan video tanpa perlu anda menggunakan perkongsian Wi-Fi berkali-kali. Hanya perlu ‘tap’ telefon di bahagian NFC, mereka boleh mengakses rangkaian Wi-Fi semudah ABC. Malah penggunaan skrin juga dapat dipindahkan ke televisyen dengan menggunakan teknologi yang sama.
AKSES KUNCI KERETA DENGAN HUAWEI SHARE
Teknologi Huawei Share turut menawarkan sesuatu yang menyeronokkan untuk kereta anda. Dengan teknologi ini, anda boleh mengakses kunci kereta dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh mengunci kereta walaupun tidak berada berdekatan dengan kenderaan anda. Yang pasti, teknologi ini merupakan salah satu ekosistem yang sedang diterokai oleh HUAWEI bersama rakan-rakan niaganya.
PETAL SEARCH WIDGET – PINTU ANDA KE JUTAAN APLIKASI
Seperti mana yang kita tahu, HUAWEI sentiasa komited dalam membangun dan menawarkan teknologi terkini serta terbaik untuk pengalaman terunggul penggunanya. HUAWEI P40+ turut hadir dengan Petal Search Widget – Find Apps, widget terbaharu yang membantu pengguna mencari pelbagai aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan.
Direka sendiri oleh HUAWEI, widget terbaharu ini akan memberikan pengalaman carian aplikasi yang belum pernah pengguna rasai.
Jadi bagaimana ia berfungsi? Terdapat tiga langkah mudah.
Langkah 1 – Untuk membantu pengguna HUAWEI P40 mencari aplikasi yang anda mahukan, gunakan Petal Search Widget -Find Apps.
Langkah 2 – Taipkan sahaja nama atau fungsi aplikasi di ruangan ‘search bar’. Ia akan memaparkan aplikasi paling top di bahagian teratas.
Langkah 3 – Petal Search Widget akan menunjukkan carian paling relevan di bahagian atas berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Ia akan menyatakan apakah aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi AppGallery. Ia boleh dimuat turun secara link rasmi, menerusi versi laman sesawang atau daripada 3rd party store.
Bercakap tentang telefon dan peranti pintar pada zaman sekarang, kita secara automatik tidak akan dapat mengenepikan jenama gergasi dari China, HUAWEI. Saban tahun jenama ini memperkenalkan peranti terutamanya telefon pintar yang bukan sahaja berdaya saing tetapi menjadi antara yang terbaik di pasaran.
Ia bukannya omong kosong semata-mata. Setiap kali telefon pintar flagship HUAWEI diperkenalkan, pasti ia menjadi penanda aras untuk dikejar oleh jenama-jenama lain. Selepas pengenalan HUAWEI P40 di Malaysia, peranti flagship hebat ini telah membuatkan peminat jenama ini rasa begitu teruja.
Peminat fotografi terutamanya pasti tidak sabar-sabar untuk memiliki HUAWEI P40 kerana peranti ini dilengkapi dengan teknologi hebat Ultra Vision Penta Camera iaitu satu sistem yang boleh menghasilkan foto yang cantik menerusi hubungan rangkaian yang hebat.
Tampil dengan pemproses terkini Kirin 990 5G dan pelbagai perisian hebat, kehadiran HUAWEI P40 PRO+ pasti bakal menggegarkan dunia. Malah bagi anda yang ingin merasai sendiri buat pertama kali kehebatan teknologi dan kelajuan 5G, inilah peranti yang terbaik.
Jika anda masih ragu-ragu akan kemampuannya, usah risau. MASKULIN akan memperincikan serba sedikit tentang tiga sebab mengapa HUAWEI P40 PRO+ lebih hebat berbanding jenama telefon pintar flagship yang lain di pasaran.
1. ULTRA VISION LEICA PENTA CAMERA SYSTEM
Jika anda seorang jurugambar yang memiliki HUAWEI P40 PRO+, anda sudah boleh berkira-kira untuk meletakkan kamera digital ke tepi kerana HUAWEI P40 PRO+ dilengkapi dengan kamera utama, Penta Camera. Selain itu, kamera belakangnya juga dilengkapi dengan Penta-lens yang mempunyai time-of-flight depth sensor, sekali gus memberikan efek bokeh.
Kamera utamanya juga lengkap dengan 50MP dan ultrawide pula adalah 40MP. Selain itu, telefon pintar ini turut hadir dengan fungsi kamera telefoto 8MP menerusi 3x optical zoom dan 8MP tele dengan 100x zoom maksimum yang melengkapkan kemampuan kamera peranti HUAWEI yang hebat ini. Manakala lensa kelimanya iaitu ToF dapat membantu autofokus, potret dan video agar lebih advanced.
Kesemua kamera pintar boleh dikawal dengan paparan mesra pengguna dengan mod automatik atau manual sepenuhnya. Bagi rakaman video pun tidak kurang hebatnya. HUAWEI P40 PRO+ mampu membuat rakaman video sehinga 60fps, malah kemampuan merakamkan video di kawasan bercahaya rendah juga cukup mengagumkan.
Bukan itu sahaja, HUAWEI P40 PRO+ turut dilengkapi dengan teknologi HUAWEI AI Golden Snap yang mana pengguna boleh membuang objek yang mengganggu seperti orang yang berada dalam frame foto, refleksi dan rakaman yang terbaik.
2. KESINAMBUNGAN HUBUNGAN DENGAN ‘SATU TAP’
Di antara faktor paling penting buat pengguna telefon pintar pada masa kini adalah ekosistem dan kesinambungan di antara pelbagai peranti mereka. Itulah yang ditampilkan oleh HUAWEI P40 PRO+ dengan menawarkan AI Life kepada pengguna dengan menghubungkan peranti berbeza hanya dengan ‘satu tap’ sahaja.
Sebagai contoh, dengan hanya ‘satu tap’ boleh menjadikan HUAWEI P40 PRO+ dan HUAWEI MateBook ditukarkan menjadi satu peranti yang hebat. Perkara hebat ini dapat direalisasikan menerusi kolaborasi multiscreen. Jadi secara tidak langsung, pengguna boleh menggunakan kedua-dua peranti ini menjadi satu skrin yang berhubung antara satu sama lain.
Melakukan alihan pelbagai fail seperti foto dengan ‘drag and drop’ menjadikan kerja anda lebih mudah. Fungsi ini juga boleh dilakukan bersama HUAWEI Matepad Pro 5G.
Penggunaan Multi-Device Control Panels pula memberikan platform kepada pengguna untuk melihat kesemua peranti yang berhubung dalam satu masa dengan mudah.
Multi-Device Control Panels ini secara kecerdasannya akan memberikan rekomendasi kepada peranti berdekatan untuk memberikan pengalaman terbaik buat pengguna.
Sebagai contoh, semasa pengguna mendengar muzik menerusi HUAWEI Music menggunakan HUAWEI Sound X berdekatan, Multi-Device Control Panels akan mencadangkan anda untuk menukar audio output kepada speaker pintar bagi mencapai kualiti bunyi yang lebih baik. Pengguna juga boleh menghubungkan telefon pintar ini dengan HUAWEI Sound X hanya dengan ‘satu tap’ sahaja.
Selain itu, bagi tujuan panggilan video berkualiti hebat, HUAWEIP40 PRO+ turut lengkap dengan aplikasi HUAWEI MeeTime. Ia menyokong panggilan video 1080p Full HD di antara pengguna peranti HUAWEI.
3. TEROKAI JUTAAN APLIKASI DENGAN PETAL SEARCH WIDGET
Sebagai pemain besar industri yang turut memperkenalkan AppGallery, HUAWEI komited untuk memberikan pengalaman hebat menggunakan aplikasi terbaik untuk semua penggunanya.
HUAWEI P40 PRO+ dilengkapi dengan Petal Search Widget – Find Apps yang mana ia boleh membantu pengguna mencari aplikasi dan kandungan yang dimahukan dengan lebih cepat serta berguna.
Dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, tetapan baharu ini memberikan ‘alat’ kepada pengguna untuk melakukan eksplorasi terhadap pelbagai aplikasi yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.
CARA MENGGUNAKANNYA PETAL SEARCH WIDGET- FIND APPS?
Langkah 1 – Untuk membantu pengguna HUAWEI P40 mencari aplikasi yang anda mahukan, gunakan Petal Search Find Apps.
Langkah 2 – Taipkan sahaja nama atau fungsi aplikasi di ruangan ‘search bar’. Ia akan memaparkan aplikasi paling top di bahagian teratas.
Langkah 3 – Petal Search akan menunjukkan carian paling relevan di bahagian atas berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Ia akan menyatakan apakah aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi AppGallery. Ia boleh dimuat turun secara link rasmi, menerusi versi laman sesawang atau daripada 3rd party store.