“Nikmat Dikongsi Bersama”, Warganet Terharu Lihat Zul Yahya Dekati & Bantu Komuniti India

Share

Tatkala negara berdepan krisis seperti penularan wabak COVID-19 kita dapat melihat seorang demi seorang golongan selebriti dan artis tampil membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Bukan ingin menunjuk tetapi memberikan inspirasi dan itulah yang dibuktikan oleh mereka dengan menggunakan platform laman media sosial menyebarkan dan mempengaruhi orang ramai untuk berbuat baik.

Salah seorang yang cukup aktif dan tidak pernah mengenal jemu membantu orang ramai ialah pelakon berpengaruh, Zul Yahya.

Jika sebelum ini dia pernah tular kerana membersihkan dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru di Ipoh, kini dia tampil sekali lagi dengan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

Beliau yang juga kini bergelar sebagai seorang usahawan sebenarnya tidak asing lagi dalam membuat kerja amal dan kebajikan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zul Yahya dilihat cukup aktif memberikan sumbangan dalam bentuk barang keperluan makanan harian.

Lebih menarik sumbangannya diberikan tanpa mengenal bangsa dan agama dan inilah yang membuatkan warganet dari pelbagai latar belakang terharu dan menitiskan air mata.

Malahan psoting beliau sentiasa indah dengan kapsyen yang mengajak followers Instagram kendaliannya melakukan kebaikan. Selain itu posting beliau juga cuku menginsafkan dengan mengenang mereka yang kurang bernasib baik.

“Alhamdulillah … Nikmat dikongsi bersama
Dakwah tulang belakang agama, tampa dakwah agama tidak akan mengalir .. Dakwah dengan perbuatan jika tidak mampu dengan lisan … Dakwah maksud hidup..”

Menerusi posting semalam Zul Yahya dilihat mendekati komuniti India dengan memberikan sumbangan barang keperluan harian.

“Bahkan ciri² ahli syurga adalah mereka yang menjaga hubungan sesama manusia dengan bersikap baik hati dan berkasih sayang. kita juga disarankan saling berdoa untuk kebaikan orang lain.”

Itulah antara coretan Zul Yahya yang cukup memberi kesan mendalam terhadap golongan yang memerlukan tanpa mengiran latar bekalang bangsa dan juga agama.

Komen-komen warganet yang cukup terharu dan terinspirasi oleh Zul Yahya.

Syabas dan terima kasih MASKULIN ucapkan kepada Zul Yahya. Anda adalah antara ikon terhebat!

Sumber & kredit: Zul Yahya (@zulyahya70)

Published by
Farizul Izwany