Tatkala negara berdepan krisis seperti penularan wabak COVID-19 kita dapat melihat seorang demi seorang golongan selebriti dan artis tampil membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Bukan ingin menunjuk tetapi memberikan inspirasi dan itulah yang dibuktikan oleh mereka dengan menggunakan platform laman media sosial menyebarkan dan mempengaruhi orang ramai untuk berbuat baik.

Salah seorang yang cukup aktif dan tidak pernah mengenal jemu membantu orang ramai ialah pelakon berpengaruh, Zul Yahya.

Jika sebelum ini dia pernah tular kerana membersihkan dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru di Ipoh, kini dia tampil sekali lagi dengan menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

Beliau yang juga kini bergelar sebagai seorang usahawan sebenarnya tidak asing lagi dalam membuat kerja amal dan kebajikan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zul Yahya dilihat cukup aktif memberikan sumbangan dalam bentuk barang keperluan makanan harian.

Ads

Lebih menarik sumbangannya diberikan tanpa mengenal bangsa dan agama dan inilah yang membuatkan warganet dari pelbagai latar belakang terharu dan menitiskan air mata.

Malahan psoting beliau sentiasa indah dengan kapsyen yang mengajak followers Instagram kendaliannya melakukan kebaikan. Selain itu posting beliau juga cuku menginsafkan dengan mengenang mereka yang kurang bernasib baik.

“Alhamdulillah … Nikmat dikongsi bersama
Dakwah tulang belakang agama, tampa dakwah agama tidak akan mengalir .. Dakwah dengan perbuatan jika tidak mampu dengan lisan … Dakwah maksud hidup..”

Ads

Menerusi posting semalam Zul Yahya dilihat mendekati komuniti India dengan memberikan sumbangan barang keperluan harian.

 

View this post on Instagram

 

Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan berusaha belajar mempunyai sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.. Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat.” (Hadis Riwayat Imam Muslim) Iman dan ketakwaan akan menyerlahkan ‘dirinya’ untuk bersikap prihatin terhadap permasalahan hidup orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan, pasti ia boleh menghapuskannya dan bergaulah manusia dengan akhlak yang baik.” Hati dan jiwa cepat terasa dengan keperitan orang lain. Rasulullah memberi jaminan buat umatnya yang bersikap penyayang dan penuh perikemanusiaan itu. Muslim beriman dan bertakwa juga ditampilkan melalui amalan sekecil-kecil untuk hubungkan kasih sayang sesama manusia.. Sabdaan Rasulullah Saw itu boleh dijadikan sebagai suntikan motivasi buat seluruh umat Islam supaya saling berlumba-lumba meraih pahala sebagai penyebar barakah Allah. Abdullah bin Amr mengisahkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amalan Islam yang terbaik?’ Kemudian baginda menerangkan kepadanya, “Engkau memberi makan kepada orang lain dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahu pun yang tidak engkau kenal.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Bahkan ciri² ahli syurga adalah mereka yang menjaga hubungan sesama manusia dengan bersikap baik hati dan berkasih sayang. kita juga disarankan saling berdoa untuk kebaikan orang lain. Indah sungguh didikan Islam membawa manusia beriman dan bertakwa meniti arus kehidupan dunia di atas landasan ukhuwah. Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusnya dengan baik. Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. Rasulullah Saw rangkumkan sekali beriman kepada Allah dan hari akhirat dengan bentuk amalan hidup kita dengan manusia lain. Iman dan takwa juga ibarat isi dengan kuku, apabila tercabut salah satunya maka akan cacatla #ALLAHsayangkita

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Ads

“Bahkan ciri² ahli syurga adalah mereka yang menjaga hubungan sesama manusia dengan bersikap baik hati dan berkasih sayang. kita juga disarankan saling berdoa untuk kebaikan orang lain.”

Itulah antara coretan Zul Yahya yang cukup memberi kesan mendalam terhadap golongan yang memerlukan tanpa mengiran latar bekalang bangsa dan juga agama.

“Nikmat Dikongsi Bersama”, Warganet Terharu Lihat Zul Yahya Dekati & Bantu Komuniti India
Komen-komen warganet yang cukup terharu dan terinspirasi oleh Zul Yahya.

Syabas dan terima kasih MASKULIN ucapkan kepada Zul Yahya. Anda adalah antara ikon terhebat!

Sumber & kredit: Zul Yahya (@zulyahya70)

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI