Di laman media sosial sekarang topik yang menjadi trending utama di seluruh dunia sejak beberapa minggu lalu tidak lain tidak bukan adalah berkenan virus Coronavirus.
Impak virus ini terhadap pelbagai industri global terutamanya di China telah berlaku dengan cukup mendadak. Paling terkesan semestinya rakyat negara China serta usahawan yang melakukan perniagaan mereka di negara tersebut.
Terbaru dilaporkan Nike akan menutup hampir separuh daripada outlet mereka di China berikutan penyebaran Coronavirus. Sementara outlet yang masih dibuka pula beroperasi dalam tempoh yang lebih singkat.
Memetik laporan daripada kenyataan medianya, Nike menyatakan bahawa situasi terkini akan memberi kesan besar terhadap mereka di China.
Ini merupakan satu langkah yang sangat drastik dan signifikan untuk Nike memandangkan China adalah pasaran ketiga terbesarnya di dunia. Dan negara tersebut juga memiliki potensi pasaran untuk berkembang sangat luas.
Pada tahun alu sahaja Nike berjaya mencatatkan jualan bernilai USD6,2 billion di China dengan sebanyak 21 peratus perningkatan.
“Pertama sekali kami prihatin dengan apa yang berlaku terutamanya mereka yang terkesan secara langsung. Oleh itu kami harus terus fokus terhadap keselamatan dan kesihatan kakitangan dan rakan-rakan perniagaan kami,” jelas CEO Nike, John Donahue.
Tambahnya lagi, walaupun berdepan saat sukar ini, Nike akan meneruskan untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan di China dengan inspirasi dan inovasi yang kukuh.
Buat masa sekarang masih belum jelas sama ada Coronavirus akan memberikan kesan kepada operasi pengeluaran Nike. Setakat ini mereka mempunyai 11 kontrak kilang di China dengan pekerja seramai 153,000 orang.
Sumber: BUSINESSWIRE