Di laman media sosial sekarang topik yang menjadi trending utama di seluruh dunia sejak beberapa minggu lalu tidak lain tidak bukan adalah berkenan virus Coronavirus.
Impak virus ini terhadap pelbagai industri global terutamanya di China telah berlaku dengan cukup mendadak. Paling terkesan semestinya rakyat negara China serta usahawan yang melakukan perniagaan mereka di negara tersebut.
Terbaru dilaporkan Nike akan menutup hampir separuh daripada outlet mereka di China berikutan penyebaran Coronavirus. Sementara outlet yang masih dibuka pula beroperasi dalam tempoh yang lebih singkat.
Memetik laporan daripada kenyataan medianya, Nike menyatakan bahawa situasi terkini akan memberi kesan besar terhadap mereka di China.
Ads
Ini merupakan satu langkah yang sangat drastik dan signifikan untuk Nike memandangkan China adalah pasaran ketiga terbesarnya di dunia. Dan negara tersebut juga memiliki potensi pasaran untuk berkembang sangat luas.
Ads
Pada tahun alu sahaja Nike berjaya mencatatkan jualan bernilai USD6,2 billion di China dengan sebanyak 21 peratus perningkatan.
“Pertama sekali kami prihatin dengan apa yang berlaku terutamanya mereka yang terkesan secara langsung. Oleh itu kami harus terus fokus terhadap keselamatan dan kesihatan kakitangan dan rakan-rakan perniagaan kami,” jelas CEO Nike, John Donahue.
Ads
Tambahnya lagi, walaupun berdepan saat sukar ini, Nike akan meneruskan untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan di China dengan inspirasi dan inovasi yang kukuh.
Buat masa sekarang masih belum jelas sama ada Coronavirus akan memberikan kesan kepada operasi pengeluaran Nike. Setakat ini mereka mempunyai 11 kontrak kilang di China dengan pekerja seramai 153,000 orang.
Dalam tempoh seminggu kebekalangan ini isu melibatkan pemain badminton perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) cukup hangat diperkatakan.
Ia berikutan penguman Lee Zii Jia untuk mengundurkan diri dari BAM dan bergerak secara profesional. Kisah ini menjadi tular selepas BAM mengumumkan untuk tidak didaftarkan untuk mengambil dalam mana-mana pertandingan di bawah nama Malaysia selama dua tahun.
Perkara itu telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu dan banyak pihak lagi. Rata-rata menggesa kedua-dua pihak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi sukan badminton negara.
Hari ini, berita baik telah disampaikan oleh Lee Zii Jia menerusi hantarannya di laman media sosial di Facebook dan Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Lee Zii Jia mengatakan dia telah bertemu mata dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria. Jelasnya lagi, BAM telah memberi restu untu dirinya bergelar sebagai pemain profesional.
“Saya berbesar hati untuk bertemu dengan Presiden BAM dan berbincang dari hati ke hati bersama-sama kedua-dua ibu bapa saya. Saya juga gembira kerana kami telah berjaya mencapai kata sepakat.
Foto: BAM
“Kejayaan saya pada masa lalu dan masa akan datang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia. Selama-lamanya saya terhutang budi dan berterima kasih di atas didikan serta tunjuk ajar dari Tan Sri yang memberikan peluang untuk berbakti kepada negara tercinta.
“Saya juga berharap keputusan ini akan menyatukan rakyat Malaysia dan peminat badminton. Teruskan memberi sokongan kepada BAM dan negara tercinta yang bakat mereka dilahirkan oleh BAM. Kerana pada akhirnya kita semua adalah satu,” tambah Lee Zii Jia yang kini sedang mula melakukan persediaan menghadapi Asia Team Championship.
Tahniah dan selamat maju jaya buat Lee Zii Jia dan BAM di atas usaha anda semua memartabatkan sukan badminton di persada dunia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bola sepak moden pada masa kini pertama kali lahir di bumi England pada tahun 1863. Sejak dari tarikh itu, bola sepak berkembang menjadi sukan paling popular di dunia.
Malah, di negara kita sendiri bole sepak merupakan sukan yang paling popular. Sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja, liga amatur dan juga liga profesional ia terus menjadi sukan nombor satu di Malaysia.
Lebih daripada sekadar sukan, bola sepak membentuk komuniti. Setiap pasukan mempunyai penyokong yang berjiwa setia dan bersemangat tinggi, mencipta kelompok sosial yang unik.
Di Eropah, bola sepak bukan hanya satu hiburan hujung minggu – ia menjadi tunjang kepada aktiviti sosial, terutamanya dalam kalangan lelaki. Ia menjadi tempat meluah rasa, membina kepercayaan, dan paling penting, merapatkan brotherhood sesama rakan.
Di tanah air kita, Piala Malaysia merupakan antara kejohanan yang membawa nilai sejarah dan sentimental cukup kuat – bukan sahaja untuk pemain, tetapi juga kepada penyokong. Bahkan, Piala Malaysia adalah kejohanan bola sepak yang tertua di Asia!
Sejarah Piala Malaysia di kalangan peminat bola sepak khususnya mempunyai ikatan yang cukup istimewa. Dan tidak lama lagi, perlawanan akhir yang menemukan dua pasukan handalan iaitu JDT FC dan Sri Pahang FC akan berlangsung bagi merebut kejuaraan edisi yang ke-98!
Kedua-dua pasukan mempunyai perjalanan yang cukup menarik untuk sampai hingga ke peringkat final. Dalam perlawanan akhir seperti Piala Malaysia segala kelebihan yang ada pada kertas tidak lagi menjadi penentu segala.
Buat penyokong kedua-dua pasukan, brotherhood di kalangan setiap genap kelab penyokong mahupun peringkat umur akan teruji untuk memberikan sokongan terbaik buat pasukan masing-masing.
Semestinya final pada kali ini memberikan satu momen cukup bersejarah buat kedua-dua kelab jagoan seperti JDT dan Sri Pahang FC!
Berikut MASKULIN kongsikan 10 sebab mengapa perlawanan bola sepak seperti Final Piala Malaysia boleh menjadi penguat ikatan brotherhood lelaki jadi lebih mantap!
1. Emosi Yang Dikongsi Bersama
Ketika pasukan kesayangan menjaringkan gol kemenangan atau mengalami kekalahan menyakitkan, emosi yang dialami itu dirasai bersama. Tangisan, sorakan dan pelukan spontan, semua ini menjadi pengikat emosi yang merapatkan hubungan brotherhood.
2. Topik Perbualan Tanpa Henti
Bola sepak memberi lelaki satu topik yang tak akan habis dibahaskan. Bermula dari strategi pengurus, prestasi pemain hingga sejarah kelab. Ia membuka ruang perbualan yang sentiasa hidup, tidak kira usia atau latar belakang.
3. Aktiviti Bersama Yang Konsisten
Menonton perlawanan setiap minggu, bermain futsal selepas kerja atau mengikuti liga fantasi. Kesemua aktiviti semua ini aktiviti konsisten yang secara tidak langsung memperkukuhkan semangat setia kawan.
4. Semangat Kesetiaan
Lelaki yang menyokong sesebuah pasukan akan setia dengan pasukan tersebut seumur hidup. Semangat kesetiaan ini juga wujud dalam persahabatan yang terbina daripada sokongan terhadap pasukan yang sama.
5. Rivalry Yang Sihat
Persaingan antara penyokong dua pasukan berbeza sering mencetuskan banter dan usikan yang akhirnya menjadikan hubungan lebih erat. Asalkan ia sentiasa ada sempadan dan mutual respect atau hormat.
6. Saling Melindungi Dalam Komuniti Penyokong
Dalam komuniti penyokong, ada semangat ‘kita jaga kita’. Sama ada di stadium atau di kedai mamak, lelaki saling melindungi dan memastikan keselamatan satu sama lain. Ini juga salah satu bentuk brotherhood yang nyata.
7. Tradisi Dan Nostalgia
Bola sepak merupakan sukan yang sentiasa ada nostalgia tersendiri. Setiap lelaki pasti ada momen kenangan saat kecil seperti bermain dengan ayah atau abang, hingga ke saat remaja menonton perlawanan akhir Piala Malaysia dengan rakan-rakan. Nostalgia ini mengikat hati-hati lelaki dalam satu cerita kolektif.
8. Peluang Berkerjasama
Dalam pasukan bola sepak, sama ada secara profesional atau sosial lelaki belajar untuk bekerjasama, mempercayai satu sama lain dan bergantung pada kekuatan sesama pemain. Tidak kiralah pasukan amatur atau profesional!
9. Ekspresi Maskuliniti Sihat
Bola sepak membenarkan lelaki mengekspresikan emosi. Sama ada marah, gembira, bangga, kecewa boleh diserlahkan dalam suasana yang diterima oleh masyarakat. Ini membantu dalam membina hubungan yang lebih terbuka dan jujur.
10. Kebersamaan Dalam Perjuangan
Menyokong pasukan yang sering kalah tetapi tetap setia – itulah simbolik struggle yang dikongsi. Ia membina nilai perjuangan bersama dan mencipta hubungan yang lebih mendalam berbanding hanya berkongsi kegembiraan.
Jadi, tidak hairanlah jika bola sepak menjadi nadi dalam kehidupan sosial lelaki – bukan hanya di Eropah tetapi juga di Malaysia. Ia bukan sekadar permainan, tetapi satu pengalaman hidup yang menyatukan jiwa-jiwa lelaki dari pelbagai latar belakang.
Jangan lupa saksikan Final Piala Malaysia pada 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam.
Perlawanan epic di antara dua pasukan, JDT vs Sri Pahang FC. Saksikan di Astro Arena CH801, Astro Arena Bola CH803 atau muat turun aplikasi sooka.
Pasukan manakah yang bakal menjulang piala penuh prestij, Piala Malaysia? Nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan figura bernama Khairy Jamaluddin (KJ) dalam dunia politik tanah air. Beliau yang sebelum ini merupakan mantan Menteri Kesihatan telah menjadi salah satu watak penting dalam negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melanda selama beberapa tahun.
Populariti KJ terutamanya di kalangan anak muda sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Disebabkan itulah walaupun selepas dipecat daripada partinya, UMNO baru-baru ini masih ramai yang mengikuti perkembangan beliau terutamanya di laman media sosial.
Foto: Astro Awani
Kini, seorang bernama KJ tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Menarik untuk kita sama-sama saksikan ke manakah arah tuju karier politiknya selepas ini. Dalam pada masa yang sama hari ini KJ telah membuat kemunculan pertama sebagai penyampai radio Hotfm selepas menerima lamaran mereka baru-baru ini.
Kemunculan KJ yang hadir sebagai salah seorang DJ bersama dalam segmen ‘Bekpes Hot’ di Hotfm bermula jam 6 hingga 10 pagi hari ini ternyata telah mencuri perhatian ramai. Bergandingan bersama Johan dan AG ramai warganet berpendapat trio ini mampu menjadi gandingan mantap untuk program radio tersebut.
Pada kemunculan pertamanya hari ini, KJ sedikit sebanyak turut memperkatakan tentang keterbukaan hatinya untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tewas di kerusi Sungai Buloh pada PRU yang lalu.
Selain itu, KJ turut berkongsi bagaimana dia juga turut menerima pelbagai tawaran termasuklah daripada pasukan bola sepak Selatan Tanah Air, JDT.
Foto: NST
Penampilan KJ di segmen Bekpes Hot juga mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan sisi lebih spontan daripada figura politik berpengaruh sepertinya. Menerusi komen-komen dari video yang dimuat naim oleh Hotfm, ramai netizen cukup terhibur dan kagum dengan kebolehan dan kepetahan KJ.
Antara komen menarik, “Memang susah la rakyat nk lupa makin teringat-ingat kalau dah setiap hari setiap pagi dengar suara KJ mana maunya nak lupa… hamek kau! Dia tanam dri dia dalam memori semua org”.
Tidak kurang juga ada yang memuji KJ di atas kesediaannya menyahut cabaran yang berbeza seperti ini.
“Dia sebenarnya lebih bijak dari ahli politik yang lain.. dia gunakan medium radio ini sebagai salah satu cara dia untuk ‘berkempen dalam diam’ & lebih mendekati rakyat.. all the best KJ”, jelas satu komentar warganet.
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada KJ. Semoga kerjaya politiknya terus memberikan sinar baharu dan berguna kepada rakyat Malaysia di masa akan datang.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.