Jika MASKULIN tanya kepada anda yang selalu aktif dalam aktiviti larian, apakah ciri-ciri utama yang sangat penting bila memilih kasut larian?

MASKULIN yakin tiga jawapan berikut pasti berada dalam tangga teratas iaitu keselesaan, ketahanan dan kepantasan,

Bayangkan anda mampu mencapai ketiga-tiga aspek larian tersebut dengan bantuan menggunakan kasut larian. Itulah yang ingin diserlahkan oleh kasut larian terbaru daripada Nike.

Kasut larian Nike React Infinity Run merupakan model terkini diperkenalkan Nike dengan sasaran menbantu pelari aktif mendapat larian berkualiti serta mengurangkan risiko kecederaan.

Ads

Nike React Infinity Run Direka Buat Pelari Aktif Tanpa Sempadan

Menerusi kasut larian ini Nike menggabungkan dua teknologi mereka yang telah menjalani ujian bio-mekanikal untuk ketepatan dan juga keselesaan. Nike React Infinity Run merupakan kawapan kepada masalah utama yang menghantui pelari iaitu kestabilan bagi mengelak kecederaan.

Ads

Nike React Infinity Run Direka Buat Pelari Aktif Tanpa Sempadan

Rekaan midsole-nya yang lebih lebar, paltform lebih responsif dan lembut menjadikan ia sebagai kasut yang sesuai buat pelari yang sangat aktif. Ia juga dilengkapi dengan tapak kasut yang dapat memberikan pulangan tenaga yang efisien.

Ads

Nike React Infinity Run Direka Buat Pelari Aktif Tanpa Sempadan

Kajian yang terperinci dilakukan oleh British Columbnia Sports Medicine Research Foundation (BCSMRF) terhadap 226 orang pelari menggunakan Nike Reavt Infinity Run mendapati kadar risiko kecederaan berada di bawah paras 52 peratus berbanding motion control shoe, Nike Stucture 22. Malah pelari juga mendapati mereka kurang mengalami sakit kaki dan lutut.

Buat anda yang berminat mendapatkannya ia akan mula dikeluarkan pada 23 Januari 2020 untuk Nike Member dan tarikh untuk general release pula pada 30 Januari 2020. Nike React Infinity Run dipasarkan pada harga RM649 untuk versi lelaki dan wanita.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI