Musim 2019/20 sudah pun melabuhkan tirainya. Berdepan dengan pandemik global Covid-19, Liga Perdana Inggeris terpaksa ditangguhkan buat masa yang lama sebelum disambung semula. Kejuaraan yang sudah ditakdirkan untuk pasukan hebat Liverpool ditangguh buat sementara namun ia tidak mematahkan semangat mereka yang sudah 30 tahun menanti kejuaraan seterusnya.

Nike Perkenalkan Kolaborasi Pertamanya Dengan Pasukan Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool 

Bagi musim baharu yang bakal bermula pada bulan September nanti, Liverpool bakal menggunakan jersi serta kelengkapan sukan yang lain dengan jenama Nike. Ini merupakan kolaborasi pertama di antara dua nama besar bola sepak di peringkat global. Status Liverpool yang muncul sebagai juara bertahan pastinya melengkapkan kerjasama ini menjadi lebih bermakna.

IKLAN

Nike Perkenalkan Kolaborasi Pertamanya Dengan Pasukan Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool 

Bermula 1 Ogos 2020, Nike secara rasminya menjadi pembekal utama jersi dan kelengkapan sukan serta latihan untuk Liverpool FC. Sebagai sebuah kelab yang kata dengan sejarah serta kejuaraan di England dan juga Eropah, pengaruh yang dibawa oleh Liverpool dapat dirasai seantero global. Jumlah penyokong yang luar biasa ramai membuatkan Nike berjanji untuk memberikan inovasi, rekaan dan kolaborasi kreatif terbaik.

IKLAN

“Kami berasa sangat teruja untuk menjadi rakan kepada ikon bola sepak global seperti Liverpool FC. Ini merupakan kerjasama strategik yang bakal meletakkan jenama Nike sebagai antara yang terbaik dan inklusif dalam dunia bola sepak,” jelas Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Nike EMEA.

Nike Perkenalkan Kolaborasi Pertamanya Dengan Pasukan Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool 

IKLAN

Pilihan warna merah, putih dan teal merupakan warna tadisi untuk LFC sejak bertahun lamanya teruatamnya ia berkait dengan logo rasmi Liverpool FC.

Nike bakal memberkalkan jersi dan kelengkapan sukan bukan sahaja buat pasukan utama tetapi kepada pasukan wanita dan juga akademi. Ini termasuklah pasukan kejurulatihan Liverpool FC yang menjadi antara tunggak penting kejayaan mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI